Istimewanya Irwan...

41 3 0
                                    

"Ok lah,saya ambil sebab ibu yang hadiahkan...bukan sebab lain...", terpaksa juga Insyiraa menerima pemberian itu.

"Kalau dijual, lumayan ni...",sempat lagi Insyiraa berseloroh sambil memasukkan kotak comel itu ke dalam poket keselamatan begnya.

Irwan hanya membulatkan matanya sambil melirik tajam dan tersenyum mendengar kata-kata gurauan Insyiraa itu.

Sebelum menurunkan Insyiraa di hadapan pintu hotel, sekali lagi Irwan bersuara,

"Aku masih menanti jawapanmu Insyiraa...",kembali ditenung wajah dara pujaannya itu.

Insyiraa tak pasti apa yang hendak diucapkan. Dia melepaskan keluhan panjang..

"Irwan, saya sebenarnya tak nak melukakan hati siapa-siapa...ini soal hati dan perasaan, soal hidup dan masa depan...",dia tidak berani menentang mata Irwan yang sayu itu.

"Saya bimbang jika bibir berkata iya, namun hati pula berbisik tidak, begitu juga sebaliknya...berilah saya ruang dan masa...saya mohon amat...please...",kali ini dia memberanikan diri menentang sepasang mata yang penuh mengharap itu.

Sayu amat wajah Irwan tika itu. Namun apakan daya Insyiraa..., dia tak mahu lagi terburu-buru mengenai soal jodoh ini. Bimbang pisang berbuah kedua kalinya.

Irwan mengetap bibirnya menyerlahkan lekuk pada pipinya. Tahi lalat yang menghiasi pipi kirinya menampakkan lagi keistimewaannya. Insyiraa akui itu. Ketampanan Irwan tak kalah kalau dibandingkan dengan lelaki lain yang pernah Insyiraa temui...

Namun, tak semudah itu untuk Insyiraa menerima cinta jejaka Banjar itu. Dia perlu menimbang baik buruk kesannya nanti. Bukan saja pada dirinya keluarga dan orang sekelilingnya...Perkahwinan sebenarnya bukan sahaja penyatuan dua hati malah lebih dari itu.

"Aku tak akan memaksa kamu Insyiraa...ambillah sebanyak mana ruang dan masa yang kamu mahu...aku tetap setia menanti..", ujar Irwan ikhlas.

"Jangan lupa esok pagi...aku ambil kamu di sini, jam enam ya..",ujar Irwan lagi setelah disedari wajah Insyiraa kembali muram bila soal tadi diungkit kembali.

"Saya sebenarnya kasihan sama kamu, banyak kerja kamu terbengkalai kerana saya..., makan pun tak menentu...",Insyiraa amat perihatin dengan jejaka itu.

"Mati pun aku sanggup untuk gadis Melayu bernama Ain Insyiraa...", ujar Irwan separuh bergurau sambil tersenyum walau agak hambar...

"Hmm..lelaki sama aja...oklah bye, tq bawa saya jalan-jalan...jumpa esok ya..Assalamualaikum...",Insyiraa tersenyum sinis sambil melepaskan tali pinggang keledar dan membuka pintu lalu melangkah keluar dari kereta.

"Waalaikumsalam.., aku ngak sama dengan lelaki lain Insyiraa..apa yang aku kata akan ku kotakan",ujar Irwan perlahan.

Irwan memerhatikan sahaja Insyiraa menapak ke arah pintu hotel, masuk ke ruang lobi sambil menghadiahkan senyuman buat pelayan hotel yang membukakan pintu untuknya, hinggalah dia memasuki lif di ruang lobi, lalu Irwan meneruskan pemanduannya untuk pulang. Mengapa setiap kali Insyiraa tersenyum pada lelaki lain, tiap kali itu jugalah hatinya jadi cemburu amat. Baginya senyuman gadis itu hanya milik dia seorang. Yang pastinya tidurnya malam itu mesti tak nyenyak lagi dan tak sabar untuk dia menunggu hari sore esoknya...

Insyiraa merebahkan badannya di atas tilam empuk hotel setelah membersihkan diri di bilik air. Peristiwa sebentar tadi yang disaksikan oleh tenangnya air Sungai Martapura kembali membayangi benaknya. Mimpikah aku...kalau ini mimpi cepatlah bangunkan aku....wajah-wajah insan yang dikenalinya di sini silih berganti bermain di fikirannya...ibu Irwan yang penyayang, bapa Irwan yang pendiam, Aisyah yang keletah...akhirnya Irwan, jejaka yang baru meluahkan isi hatinya tadi...

Sampaikah hatinya untuk menolak cinta jejaka Banjar yang jelas amat baik dan jujur itu...Bagaimana pula dengan keluarganya di kampung. Adakah mereka bersetuju jika jodohnya kali ini dengan insan dari negara lain...sudah terubatkah luka dari kesan percintaan jarak jauhnya dengan bekas tunangannya itu.

Dia tak pernah menyangka yang perkenalannya yang singkat dengan Irwan telah membuahkan perasaan cinta di hati jejaka itu. Hatinya mengakui Irwan memang istimewa..Jika tidak kenapa dia lagi rapat dengan Irwan daripada mereka yang lain...

Anang yang juga vokalis kumpulan muzik itu lebih menonjol personalitinya dari Irwan itu pun kurang menarik perhatiannya...Nasman pula lagi cilik orangnya, mudah mesra namun Insyiraa anggap dia umpama adik-adik saja lantaran tingkahnya kadang-kadang kebudak-budakan...entahlah...

Kenapa pemuda yang pendiam lagi pemalu itu juga yang dicari oleh Insyiraa bila dia ke sini...Tidak dinafikan Insyiraa memang menjadi pengikut setia chanel youtube mereka...Setiap kali ada video terbaru dari mereka akan Insyiraa tonton...walau pada awalnya hanya mengisi ruang senggang sementara ke bilik kuliah atau menenangkan fikiran selepas berhempas pulas menyiapkan assignmentnya...

Namun lama-kelamaan Insyiraa makin kagum dengan mereka..merdunya suara Anang, liciknya jari jemari Irwan memetik gitar, tak kurang juga dengan ahli yang lain memainkan peranan masing-masing telah meraih jutaan subscribers dan viewers yang telah menjadi sumber pendapatan sampingan yang lumayan buat mereka.

"Allahuakbar...",ungkapan keramat itu terpacul di bibir Insyiraa...sakit kepalanya memikirkan itu semua.

Entah bila Insyiraa terlelap...laungan azan subuh dari telefon bimbitnya serta diikuti dari masjid yang berdekatan mengejutkan dia dari mimpi. Bingkas bangun memikirkan belum satu barangan pun yang dikemaskannya lagi..Flightnya pukul 12 tengahari nanti.

CINTANYA AMPUH DI BUMI BANJARWhere stories live. Discover now