Cincin Emas Bertatah Berlian

38 2 0
                                    

Ibu Irwan datang menghampiri Irwan dan duduk di sebelahnya sambil memandangnya dengan penuh kasih seorang ibu.

"Ibu tahu, kamu suka banget sama gadis itu.., ibu pun suka amat sama dia..., tingkah lakunya sopan benar.., sesuai benar jadi menantu ibu..", ujar ibunya sambil meletakkan kotak baldu kecil di dalam genggaman Irwan.

"Apaan ni bu..?", tanya Irwan hairan.

"Ibu tahu anak ibu ni pemalu amat.., jadi ibu arahkan kamu beri cincin milik ibu ni pada Insyiraa sebagai tanda kamu mahu menyunting dia sebagai isteri kamu..", ujar ibunya serius.

"Tapi bu...", Irwan menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu.

"Ah, ngak ada tapi-tapinya...kalo kamu ngak suka, sini ibu simpan semula cincinnya", ujar ibunya lantas mengambil semula kotak cincin itu dari tangan Irwan.

Dengan cepat Irwan mengambilnya semula kotak itu dari tangan ibunya.

"Ok, ok....nanti aku sampaikan..",ujar Irwan sambil meletakkan kotak comel itu ke dalam poket jaket hitamnya.

Ibunya tersenyum puas melihatkan gelagat Irwan itu. Kalau tak dipaksa begitu sampai ke tualah membujang agaknya. Melepas jugalah dia hendak bermenantukan anak manis itu.

Irwan lantas mengambil jaket hitam yang tersangkut pada dinding dan mengeluarkan kotak baldu itu. Kotak comel itu dibukanya. Sudah kali ke berapa dia merenung cincin emas bertatahkan berlian milik ibunya itu, dia pun tak pasti. Kilauan dari batu berlian buatan orang tempatan itu seolah betul-betul menusuk kalbunya. Bagaimana harus dia mulakan bicaranya kepada Insyiraa.. Aduh, ibu, ibu...keluh hatinya sendiri.

Gimana kalo Insyiraa sudah ada yang punya. Gimana kalo Insyiraa menolak cintanya...gimana kalo jarak yang menjadi ukuran cintanya...Ah, tadi aku juga yang beria-ia memberi semangat buat Insyiraa supaya jangan mengalah sebelum berjuang...terasa kata-katanya tadi telah menjerut lehernya sendiri.

"Bang Irwan, menung jauh kenapa..", sejak bila Anang masuk, Irwan tidak sedar.

Lantas secepat kilat dia memasukkan cincin tadi ke dalam poket seluarnya. Bimbang jadi bahan usikan Anang pula.

"Aduh Anang, editingnya belum kusiapkan lagi...", keluh Irwan dengan rasa bersalah.

"Aku udah siapkan bang...",ujar Anang selamba.

Irwan terkejut dengan jawapan selamba Anang itu. Selalunya mereka berdua yang akan siapkan editing sementara yang lain akan jadi judgenya.

"Aduh, maaf banget Ann...aku lagi sibuk hari ini...", ujar Irwan menzahirkan rasa bersalahnya..

" Aku faham bang, bukan selalu dapat jumpa Insyiraa kan....", duga Anang sambil melemparkan senyuman nakal pada Irwan.

Irwan membalas usikan Anang itu dengan membaling botol air mineral di hadapannya pada Anang. Sempat Anang menyambut balingan itu.

"Jangan tunggu lama-lama bang, nanti dikebas orang...kalo abang ngak mahu aku boleh jadi penggantinya...", gurau Anang lagi..

"Jumpa esok bang, aku buruan ni udah lambat benar.."ujar Anang terus bergegas keluar.

Irwan melihat jam pada dinding, kemudian pada lengan kirinya pula. Hampir ke pukul 10 malam. Dia perlu bertindak segera. Masa itu emas. Esok pagi bukan masa yang sesuai. Lagi pula riuhnya pasar terapung bukan tempat yang sesuai untuk dia meluahkan perasaan. Petang pula Insyiraa udah mahu berangkat pulang. Kalau disimpan lagi cincin itu mahu aja ibunya menjelma dalam tidurnya nanti...tersenyum sendiri Irwan.

Lalu dia mengeluarkan telefonnya dari poket seluarnya. Tanpa mahu berfikir lagi dia terus mendail nombor Insyiraa...

Baru sahaja mengaminkan doa solat Isyaknya...telefon Insyiraa berdering. Apa lagi Prof Nizam nak tahu ni..tadi kan dah berbual panjang. Fikir Insyiraa.

"Hello Assalamualaikum,...",telefon itu dikepitkan antara bahu dan telinganya sambil tangannya menyangkut telekung pada hanger..

"Waalaikumsalam Insyiraa...", mendengar sahaja jawapan salam itu, Insyiraa merenung semula telefonnya, ternyata nama Irwan yang tertera ...ingatkan prof Nizam tadi.

"Ya mas Irwan.., kamu belum tidur...", soalan apa itu...ah biarlah..

"Belum, apa kamu udah tidur..?", soal Irwan pula.

"Belum,saya baru selesai solat Isyak ni...", Insyiraa melabuhkan punggung pada katil empuknya lalu merebahkan badannya sekali. Selesa sekali rasanya.

"Ayuh, temanin aku makan...",Insyiraa bingkas bangun bila mendengar ajakan Irwan itu. Terus diteleknya jam pada tangannya. Pukul 10 malam...

"Kamu belum makan...?", tak sengaja Insyiraa bertanya..

"Belum,...lagi pula ada hal nak aku cakapkan ke kamu...", serius bunyinya cakap Irwan itu.

"Kalau kamu udah penat, mahu tidur, terserah,...jumpa esok pagi aja...",tambah Irwan lagi bimbang kalau-kalau ajakannya mengganggu ketenteraman Insyiraa.

"Eh, saya ok aja...", terukir senyuman Irwan bila mendengar jawapan Insyiraa itu.

"OK ,dalam 20 menit lagi aku sampai...bye.."

CINTANYA AMPUH DI BUMI BANJARWhere stories live. Discover now