Lantas Insyiraa menerangkan situasi di dalam kelas tutorial tadi. Bagaimana pandangan sinis yang dilemparkan Irwan padanya serta bagaimana Irwan langsung tidak fokus pada kuliah Insyiraa.
"Benci sangatkah dia dengan kak Syiraa ni Aisyah..?"ujarnya dengan nada yang pilu..
Aisyah hanya tunduk membisu. Lalu dia menceritakan bagaimana kecewanya abang kesayangannya itu apabila mendapat tahu yang Insyiraa sudah punya pilihan lain. Berapa lama abangnya hanya umpama batu yang dingin dan tidak bersuara.
Bagaimana abangnya tidak lagi menjamah soto banjar serta apa-apa sahaja yang menjadi kegemaran Insyiraa. Bagaimana abangnya itu langsung tidak mahu mereka menyebut nama Insyiraa lagi. Dan bagaimana terkejutnya mereka bila tiba-tiba Irwan meminta ibunya mencari jodoh untuknya.
Setelah agak lama juga Irwan membisu seribu bahasa, akhirnya dia terpanggil untuk menyambung pengajian sarjananya. Aisyah jadi hairan. Ternyata aura Insyiraa masih kuat pada abangnya. Atau sengaja dia mahu membuktikan yang dia juga mampu berjaya dalam bidang akademik seperti Insyiraa.
Insyiraa mendengar cerita Aisyah itu dengan perasaan yang amat pilu. Dia juga turut terkenang bagaimana dia mengubati lukanya dengan hanya menumpukan pada pengajian PhDnya tanpa memikirkan apa-apa lagi sedangkan jauh di sudut hatinya meraung, menjerit dan memanggil-manggil nama Irwan pada setiap helaan nafasnya.
Ternyata Tuhan tidak turunkan ujian ke atas hambaNya melainkan ada hikmah di sebaliknya...Mashaallah...
Hikmahnya Insyiraa telah bergelar Dr Falsafah dan Irwan pula akan tamat pengajian sarjananya tidak lama lagi.
"Kak,aku yakin jodoh kakak dan bang Irwan masih kuat...ceritakanlah hal sebenarnya pada dia kak,,"pinta Aisyah.
"Aisyah, kakak ke sini bukan dengan tujuan merebut kembali cinta bang Irwan, lagi-lagi dia akan bernikah kan.., tapi kalau boleh kakak nak perbetulkan keadaan..."ujar Insyiraa sambil mengusap lembut bahu Aisyah.
"Eh dah lewat ni, jom kita pulang..."ujar Insyiraa bila melihat jam pada keretanya sambil menggerakkan keretanya ke destinasi.
Insyiraa bimbang pada Aisyah pula akan disasarkan kemarahan Irwan nanti. Dia tidak mahu kerana dia dua beradik itu bertikam lidah atau bermasam muka.
"Kenapa kamu lambat pulang Aisyah?, sama siapa kamu dihantar ?"soal Irwan tatkala Aisyah baru menapak ke ruang hadapan rumah.
Sengaja dia bertanya sedangkan dia nampak dari jendela tadi kelibat Insyiraa di dalam kereta.
"Aku ketemu sama Kak Syiraa bang..dia yang hantar aku pulang dengan mobilnya.."jujur Aisyah menjawab.
Terkejut dia dengan nada suara abangnya yang agak tinggi itu.
"Aku ngak suka kamu ketemu sama dia..apa kamu udah lupa sama pesanan ibu dan abah supaya aku menjaga kamu di sini?"tegas sekali suara Irwan.
"Aku fikir ngak ada salahnya aku ketemu sama dia..jangan kerna bang Irwan membencinya aku juga mesti begitu...!"berani sekali Aisyah bersuara.
" Kamu udah betah membantah cakap aku ya.."marah Irwan lagi.
"Bukan begitu bang, aku sadar kamu yang jaga aku di sini, kamu yang biaya segala keperluan aku...tapi..."Aisyah tidak dapat meneruskan kata-katanya kerana air mata makin bergenang di matanya..
Lalu dia menapak ke bilik dan menangis semahu-mahunya. Belum pernah abangnya yang lembut tingkahnya itu meninggikan suara padanya apa lagi memarahinya. Tapi hari ini kerana perawan seberang itu dia jadi baran.
Tangannya laju sahaja mendail nombor Insyiraa yang baru diambilnya tadi,
"Kak Syiraa..," hanya esak tangis Aisyah yang kedengaran pada telinga Insyiraa.
"Kenapa ni Aisyah...?"Insyiraa makin risau.
"Bang Irwan marah sama aku kak karna ketemu sama kamu.."ujar Aisyah dalam nada sebak.
Ternyata kerisauan Insyiraa tadi menjadi nyata. Akibat terlalu membencinya Aisyah pula jadi mangsa kemarahan Irwan.
"Aisyah, jangan ambil hati ya, bang Irwan cuma bimbang bila Aisyah lambat pulang..itu sebab dia tak sengaja meninggikan suaranya pada Aisyah..."ujar Insyiraa menenangkan Aisyah.
"Baiklah, kalau bang Irwan tidak suka kita ketemu, Aisyah perlu ikut cakapnya..sebab dia yang jaga Aisyah di sini..."
"Tapi kak.."Aisyah cuba membantah, tidak puas hati dengan ungkapan Insyiraa itu.
"Sudah.., Aisyah dah mandi belum ni? dah dekat maghrib ni...pergi mandi lepas itu solat..kemudian minta maaf sama bang Irwan ya...!"ujar Insyiraa mengakhiri perbualan mereka.
"Aisyah...!Aisyah..!"kedengaran suara Irwan dan bunyi ketukan pintu dari luar bilik Aisyah.
Sengaja Aisyah memekakkan telinganya. Hatinya betul-betul terasa bila dimarahi oleh abangnya nan seorang itu. Sedangkan tak ada salahnya pun.
Sementara Irwan terasa bersalah amat kerana melepaskan kemarahannya tadi pada adiknya itu. Sebelum ini tak pernah sekali pun dia meninggikan suaranya pada Aisyah.
"Maafkan abang Aisyah...yok kita makan..."terdengar lagi suara dari luar bilik Aisyah.
Lalu Aisyah bergerak ke pintu. Tak sampai hati dia membiarkan abangnya makan seorang diri.
"Aku.., aku juga mahu mohon maaf sama kamu bang...aku juga telah meninggikan suara sama kamu tadi.."ujar Aisyah merenung abangnya di hadapannya.
"Udah...aku maafkan kamu.."ujar Irwan sambil tersenyum.
"Bang Irwan, aku..., aku mahu nanya ni...tapi kamu jangan marah-marah lagi ya kayak tadi..."Aisyah mula menyusun strategi untuk menyiasat sambil memain-mainkan nasi pada pinggannya.
"Iya, apaan sih..? soal Irwan.
"Dulu menurut kamu kak Syiraa sudah ada pilihan sendiri bila kamu putus hubungan sama dia...tapi ternyata sampai sekarang kok dia masih sendiri...?"
Irwan agak terkejut dengan kenyataan Aisyah itu. Dia mengambil gelas air di hadapannya dan meneguk sedikit air kosong itu. Sebenarnya dia sendiri pun tidak tahu status sebenar Insyiraa.
"Kenapa kamu sendiri ngak nanyain dia.."ujar Irwan sambil memandang adiknya itu.
"Udah, tapi..."
"Tapi kenapa..?"Irwan tidak sabar mahu mendengar kata-kata Aisyah itu.
"Dia cuma bilang kamu sudah tersalah tanggap dan tertipu dengan pandangan mata kamu..itu aja...bila aku minta dia terangkan lebih lanjut, dia ngak mahu...dia ngak mahu melibatkan aku dalam masalah kalian.."ujar Aisyah panjang lebar.
"Udah, betul tu jangan campur urusan orang dewasa...aku ada kerja mahu diselesaikan...jangan lupa kemas meja..."ujar Irwan seraya bangun dari kerusi dengan meninggalkan sisa makanan yang tidak habis tadi.
YOU ARE READING
CINTANYA AMPUH DI BUMI BANJAR
RomancePerjuangan cinta yang tak bertepian...perjalanan trilogi cinta yang maha merumitkan... "Ternyata kamu bawa jiwa dalam setiap petikan gitarmu Irwan. Tak semua gitaris punya bakat seperti kamu"..ungkap Insyiraa kagum.. "Mati pun aku sanggup demi gadis...