"Kamu tahu ngak Syiraa...,waktu kamu menjejakkan kaki tadi pagi ke sini, waktu pertama kali ibu melihat wajah lembut kamu ini..,hanya Tuhan yang maha mengetahui betapa gembiranya ibu, betapa bersinarnya hati ibu..., baju kurung yang kamu pakai ini telah mengimbau kembali kenangan berpuluh tahun dahulu saat ibu pertama kali menjejakkan kaki ke sini, bertemu dengan almarhum kedua mertua ibu...",terlihat wanita itu mengukirkan senyum dalam sendu...
"Kamu umpama gadis kiriman Tuhan yang diutuskan melalui Irwan untuk menyiram kembali hati ibu yang telah lama gersang ini dengan air mawar..., kamu seolah telah datang membawa salam semua saudara-saudara ibu dari Malaysia...., kamu umpama jelmaan ibu berpuluh -puluh tahun yang lampau....terima kasih sayang...",lantas dipeluknya Insyiraa lebih erat dari tadi...
Melihatkan situasi itu, Aisyah turut datang dan merangkul mereka berdua dari belakang. Sementara Irwan dan abahnya hanya berpandangan dan mengukirkan senyuman penuh kesyukuran.
Dalam hati kecil abah Irwan pula, tergambar perasaan syukur yang teramat. Baginya kehadiran gadis seberang ini umpama penawar duka buat isterinya yang tersayang. Isterinya yang tega meninggalkan keluarga sendiri demi cinta pada seorang jejaka Banjar ini. Tingkah tertib dan sopannya tak ubah seperti wanita yang telah menjadi isterinya itu. Pertama kali dia melihat perawan itu menapak ke anjung rumahnya pagi tadi, terasa terbayang kembali waktu pertama kali dia memperkenalkan isterinya pada ibu dan ayahnya berpuluh tahun dahulu...
Irwan pula tak berhenti-henti mengucapkan syukur pada Ilahi. Ternyata percaturan Allah itu tiada siapa yang dapat menduganya. Tersentuh hati lelakinya saat melihat keceriaan ibunya yang telah berpuluh-puluh tahun menyimpan duka lara...
Takdir yang mempertemukan dia dengan Insyiraa dan takdir juga yang telah mempertemukan keluarganya dengan perawan itu. Dan apakah selepas ini takdir berpihak padanya...entahlah..Angin petang yang berpuput lembut menyapa wajahnya kembali menjatuhkan helaian rambut hitamnya pada dahi polosnya.
Tatkala rangkulan dilepaskan, Aisyah mula bersuara,
"Ibu.., apaan ni sih..., aku pun sayang ama ibu..., kok kak Syiraa aja yang ibu panggil sayang....cemburu aku...."ujar Aisyah dengan wajah yang muncung dibuat-buat setelah pelukan mereka dileraikan.
Pecah berderai tawa mereka semua melihat aksi kebudak-budakan Aisyah itu. Namun semuanya faham Aisyah sengaja hendak menceriakan keadaan. Insyiraa mengusap-usap lembut rambut ikal Aisyah umpama mengusap kepala adik-adiknya sendiri.
"Nah rasakan..., selama ini kamu penasaran amat kan. Kononnya ibu sayang sama kamu seorang aja.., ternyata..."usikan Irwan itu menyebabkan Aisyah membaling bantal kusyen ke arahnya.
"Ala....bang Irwan tu lagi cemburu sama aku kan...", balas Aisyah pula sambil mencebikkan bibirnya pada abangnya.
"Udah,udah..., ibu sayang semua anak-anak ibu...",ujar ibunya menenangkan keadaan.
Insyiraa cuma tersenyum melihat gelagat mereka. Rupanya dalam diam kuat menyakat juga si Irwan ni. Fikir Insyiraa. Lega sedikit hatinya bila mendengar pengakuan ibu Irwan tadi. Kurang sedikit perasaan bersalah di benaknya. Patutlah hatinya teringin amat hendak mengikut Irwan pulang ke perdesaan ini. Rupanya hatinya telah didorong oleh sesuatu.
Ternyata Irwan mempunyai seorang ibu yang hebat. Seorang pejuang cinta yang ampuh, seteguh gunung yang tak pernah gentar dengan hentaman ribut mahu pun taufan, setabah pantai yang terus terhampar walau badai datang melanda...Namun tak pernah sesaat pun dirinya melupakan keluarga tercintanya nun jauh di Malaysia...keluarga yang telah membesarkannya dengan penuh kasih dan sayang.
Setiap selesai solat sentiasa dititipkan doa buat mereka nun jauh di sana. Hanya kebahagiaan dan kesejahteraan yang diharapkan untuk mereka semua...
YOU ARE READING
CINTANYA AMPUH DI BUMI BANJAR
RomansaPerjuangan cinta yang tak bertepian...perjalanan trilogi cinta yang maha merumitkan... "Ternyata kamu bawa jiwa dalam setiap petikan gitarmu Irwan. Tak semua gitaris punya bakat seperti kamu"..ungkap Insyiraa kagum.. "Mati pun aku sanggup demi gadis...