Insyiraa, Irwan vs Soto Banjar

91 3 0
                                    

"Baiklah teman-teman, nanti jumpa lagi ya..saya tak nak ganggu kalian..saya tahu kamu lagi sibuk kan...Saya gerak dulu..",Insyiraa memasukkan semula handphonenya ke dalam beg seraya bangun.

"Eh kak, kok tergesa amat...seminar tu bila?", terkejut Nasman bila mana hanya sekejap Insyiraa berada di situ.

"Malam nanti, jam tujuh...", jawab Insyiraa.

"Sekarang awal lagi kan. Baru jam sembilan pagi..", Anang turut menyampuk.

Irwan juga turut terkejut bila Insyiraa sudah mahu meninggalkan mereka.

"Saya mahu bersiar-siar melihat persekitaran Banjarmasin ini dulu...Bye guys...see you again",ujar Insyiraa sambil menapak keluar.

Hati Irwan mula tidak sedap bila melihat tingkah Insyiraa. Kenapa dia tak diberitahu oleh Insyiraa kedatangannya atau Anang udah tahu, tapi ngak mungkin, Anang juga turut terkejut tadi bila melihat tiba-tiba Insyiraa muncul di situ, Nasman, tak mungkin, Kalau Nasman tahu tentu dia dah diberitahu. Faham benar tentang tingkah Nasman yang tak pandai simpan rahsia itu, atau...Tiba-tiba baru dia teringatkan telefon bimbitnya yang ditinggalkan di bilik sound. Segera dia ke sana untuk mendapatkan telefonnya...Sementara Insyiraa telah bergerak keluar setelah bersalaman dengan dua orang krew wanita di situ.

Hati Irwan mula berdetak kencang tatkala melihat 3 panggilan tak berjawab dan 3 mesej whatsapp dari Insyiraa pada telefonnya.

"Aduh, kenapa dengan aku ini, kasihan Insyiraa...", getusnya sendiri. Rasa bersalah sangat kerana tidak menghiraukan telefonnya sejak dari pagi tadi.

Sepantas yang boleh dia mencapai kunci keretanya dan mencapai jaket hitam pada kerusi di hadapan meja dan bergegas keluar.

"Anang, ada Insyiraa mesej kamu tadi pagi?", soalnya kebingungan.

"Enggak bang, kenapa?", Anang turut bingung dengan soalan Irwan.

"Aku keluar duluan ...editing nanti malam ya..",ujar Irwan sambil mendail nombor telefon Insyiraa pada telefonnya. Rupanya dia telah salah faham selama ini.

Semua yang ada di situ kebingungan melihat tingkah Irwan. Selama ini senior mereka itu seorang yang cool sahaja. Apa sahaja permasalahan diselesaikan secara selamba. Tapi hari ini perlakuannya luar biasa amat. Namun Anang sudah dapat mengagak apa sebenarnya punca Irwan jadi cemas begitu.

"Insyiraa...Insyiraa....", dia menggelengkan kepala sambil tersenyum sendiri.

Irwan menyangkakan Insyiraa selalu berhubung dengan Anang. Melihat reaksi Anang tadi memang jelas dia pun tak menyangka kehadiran Insyiraa yang mengejut itu.

Lamunan Insyiraa terhenti tatkala melihat Irwan menapak semula ke arah kereta. Sudah bertukar pakaiannya.

"Maaf, buat kamu lama menunggu..",ujar Irwan sambil melabuhkan punggung pada seat pemandu dan membetulkan helaian rambutnya yang berjatuhan di dahinya.

Beg sandang diletakkan pada seat belakang. Terasa lain sekali suasana dalam kereta Irwan hari ini bila ada penumpang dari seberang yang akan dibawanya berjalan sekitar Banjarmasin. Bauan minyak wangi yang dipakai Irwan tadi mewarnai ruang kenderaan itu. Insyiraa hanya memerhatikan Irwan dari ekor matanya.

"Sesuai sekali dengan kamu baju itu", kata Insyira jujur bila melihat Irwan mengenakan t shirt pemberiannya.

Pada bahagian dada kiri ada bertulis 'LovefromM'sia...Pada lengan kiri pula tertulis #irwansyah...

Semua itu memang Insyiraa tempah khas dari seorang rakan baiknya yang memang pakar dalam design t shirt di Malaysia.

"Jujur, aku suka banget baju ini...makasih sekali lagi Insyiraa", akui Irwan sambil menggerakkan kereta keluar dari ruang parkir. Perasaan bersalahnya pada Insyiraa kerana tidak membalas panggilan dan mesej darinya meruntun semula di benaknya.

"Sama-sama..mahu ke mana kita?", soal Insyiraa sambil melihat-lihat sekitar kawasan yang masih asing lagi buatnya itu.

"Kamu udah makan", getus Irwan bila rasa laparnya kembali menganggu perutnya.

"Dah, tadi pagi kat hotel..kamu?", soal Insyiraa semula sambil melemparkan pandangan pada Irwan.

"Belum..?", terkejut Insyiraa dengan jawapan selamba Irwan itu.

"Mashaallah, dari tadi pagi...?",soal Insyiraa inginkan kepastian.

"Ya.", selamba Irwan mengangguk.

"Kamu ngak lapar?", kasihan pula Insyiraa..Betullah tadi apa dicakapkan di dalam studio.

"Lapar banget ni..Ayuh temanin aku makan..",ujar Irwan sambil membelokkan keretanya ke sebelah kiri jalan dan memberhentikan kereta di sebelah gerai makan.

Panoramanya tak jauh beza dari di Malaysia. Gerai makan di tepi jalan dengan meja dan bangku kayu. Tidak begitu ramai pelanggannya. Insyiraa mengikuti Irwan duduk di sudut kiri kedai.

Berhampiran tempat duduk mereka ada sebuah gerai yang berpayung yang menjual kuih-muih tradisional banjar mungkin. Insyiraa amat tertarik sekali melihat gerai tersebut. Mahu sahaja dia ke situ..Tapi segan pula dengan Irwan yang duduk berhadapan dengannya.

Irwan memesan nasi kuning dengan sambalnya.

"Kamu Insyiraa mahu makan apa?", soal Irwan tatkala pelayan kedai itu datang bertanya.

"Emm, apa yang istimewa di sini dik.."Insyira buntu, tak tahu apa yang hendak dimakan..

"Banyak mbak, soto banjar, lontong, nasi kuning, ketupat..."

"Soto sama air suam...", cepat sekali Insyiraa respon setelah mendengar ada menu favouritenya, soto ayam.

Irwan hanya tersenyum melihat gelagat Insyiraa yang nampak lucu sekali itu.

"Kenapa sih", kurang senang dengan pandangan mata Irwan menyebabkan Insyiraa bertanya.

CINTANYA AMPUH DI BUMI BANJARWhere stories live. Discover now