Kasih Bertaut...

20 1 0
                                    

     Sementara itu, Harris yang sedang menapak menaiki anak tangga sedikit kecewa perasaannya bila dia tak berpeluang lagi berbicara bersendirian bersama Ain Insyiraa. Ternyata bukan senang untuk mendekati gadis ini. Tak apalah, banyak lagi masa lain. Lagipun selepas ini keraplah dia akan bertemu dengan gadis itu untuk projek Sejarah Prof Nizam.

Berbagai persoalan timbul di fikirannya tika itu. Adakah Insyiraa telah dimiliki. Tapi, tak ada sebentuk cincin pun di jari dia tadi. Atau dia belum bertunang tapi sudah ada teman istimewa. Ah, tak mungkin, selama lebih kurang dua bulan dia kat sini, tak pernah pun dia nampak Ain Insyiraa bersama dengan lelaki kecuali prof Nizam dan teamnya sahaja. Atau boyfriendnya belajar di luar negara..?..Tak mungkin orang semanis, sesopan, selembut Ain Insyiraa itu tak ada sesiapa yang istimewa dalam hidupnya...Aduh, macam mana ni...fikirnya lagi..

"Ustaz...,", pelajarnya yang mengikutinya dari belakang memanggilnya.

"Biliknya di sini ustaz...",ujar pelajar itu lagi.

"Ya,ya, baik..", dah terlajak ke hadapan rupanya dia, tersenyum sendiri.

Persoalan Insyiraa semakin mengganggu benaknya malam itu. Dibelek-beleknya buku pengurusan kolej. Dicarinya fakulti Bahasa..tertera nama prof Nizam di atas sekali..matanya tajam merenung ke bawah...Cik Ain Insyiraa bt Rashidi.., Ijazah Sarjana Pengajian Melayu Sejarah..., nombor telefon,...

Yes, akhirnya..., Harris menyalin nombor telefon dan alamat Insyiraa ke telefonnya. Namun dia teragak-agak untuk menelefon. Apa yang hendak dicakapkan..., takkan nak berbual-bual kosong pula..., nak luahkan hasrat hati..., terlalu awal rasanya...,

Ah, whatsapp ja la.., tapi sama juga, nak cakap apa...,digaru kepalanya yang tidak gatal itu. Kalau mengenai projek Sejarah, tadi dia dah diberi pencerahan panjang lebar lagi..,Dalam dia memikir-mikir itu entah bila dia tertidur.

Sesekali insyiraa jadi hairan mengapa Prof Nizam tak pernah beritahunya yang projek Sejarah kali ini melibatkan staf luar dari bidang Sejarah. Biasanya dia akan diberitahu kalau ada apa-apa pembaharuan. Ah, dia kan bos, dia paling layak bertindak. Aku ni siapa...fikirnya pula. Tentang Ustaz tadi, dia tak mahu memikirkan sangat. Nanti prof Nizam balik dari out station barulah mereka akan bergerak.

Dan setelah Prof Nizam memberi pencerahan, barulah semua team faham akan duduk perkara sebenarnya..Hari demi hari dijalani dengan kesibukan tugas. Boleh dikatakan kerap juga Insyiraa bertemu muka dengan Harris dalam meeting, pembentangan dan taklimat. Semakin hari Harris merasakan Insyiraa adalah masa depannya, takdirnya dan calon yang paling sesuai untuk dijadikan pedamping dunia dan akhiratnya.

Hatinya berbunga riang apabila risikannya melalui rakan rapat Insyiraa, Nuren Sakinah, bahawa Insyiraa masih belum berpunya...Dia belum berpeluang dan masih belum berani meluahkan isi hatinya terhadap gadis itu. Telah beberapa kali dia ingin mendekati Insyiraa secara individu, namun setiap kali itu Tuhan tidak mengizinkan agaknya. Atau Insyiraa yang akan mengelak...sikap itulah membuatkan perasaan kasihnya makin menebal pada perawan itu.

Malam itu, Harris memberanikan diri menghubungi Insyiraa melalui whatsapp,

Assalamualaikum Ain,

Adam Harris ni...,

Saya bukan nak tanya mengenai projek, tapi ada sesuatu yang saya nak minta penjelasan...,

Setiap kali saya cuba nak bercakap dengan awak, ada sahaja yang menghalang dan awak juga selalu mengelak...,

Insyiraa yang ketika itu baru selesai menyidai telekung pada ampaian biliknya terkesima sebentar. Kenapa dengan ustaz ni, lain macam pulak mesejnya..hatinya berdebar-debar pula...Sakinah teman serumahnya pula belum balik dari kampung, menguruskan hal perkahwinannya bulan depan.

Adoi, Sakinah ni, time aku perlukan dia, tak ada la pulak dia...getus hatinya..nak jawab ke tidak ni...serba salah dibuatnya...sudah beberapa kali dia cuba mengelak dari berbincang secara individu dengan Harris...Dia juga bimbang dengan perasaannya sendiri..., mahu saja dia menidakkan rasa hatinya sendiri...yang dia mula sukakan Harris secara peribadi.., perasaan yang cuba dielakkannya..Sebenarnya dia telah berjanji dengan diri sendiri tak akan terlibat dengan cinta selagi belum menghabiskan PhDnya.

Tapi, ala...ni yang aku malas nak layan ni...Allahuakbar...takkan nak dibiarkan mesej si Harris ni. Lagipun esok hari mereka semua akan berjumpa untuk meeting akhir projek. Mana pula aku nak letak muka kalau aku biarkan mesej ni tak berbalas. Tapi tak sampai hati pula Insyiraa membiarkan orang di sana ternanti-nanti. Dalam Insyiraa teragak-agak hendak menaip mesej, masuk lagi mesej baru,

Ain, saya tahu awak baca mesej saya ni, please respons..

Tak boleh jadi ni...fikir Insyiraa,

Waalaikumsalam Ustaz,

Lain ayat ustaz dari biasa, kenapa ni?

Hati Harris berbunga apabila Insyiraa respons pada mesejnya. Dia mula memikirkan kata-kata yang paling sesuai untuk meluahkan rasa hatinya...,

Saya bukan orang bahasa, jadi saya tak pandai nak menyusun kata-kata,

Mungkin bagi awak bahasa saya kurang sopan, saya minta maaf,

Saya nak berterus terang dengan awak ni,

Terpulang apa reaksi awak, tapi saya perlu luahkan juga rasa hati saya ni,

Sebenarnya dah lama saya sukakan awak, sejak zaman kolej dulu..., tapi saya tak berkesempatan meluahkan pada awak. Awak tentu faham kesibukan saya dahulu hinggakan saya kehilangan peluang mendekati awak...

Agaknya Tuhan mahu mempertemukan kita di sini.

Untuk pengetahuan awak, 3 bulan lagi saya akan melanjutkan pelajaran ke Jordan lebih kurang 2 tahun. Saya nak awak tahu yang saya tak mahu lagi kehilangan awak buat kali kedua...

Panjang sekali mesej whatsapp Harris. Insyiraa terpana.., seakan bermimpi..., orang sehebat Harris ada menaruh hati pada dia yang dirasakan serba kekurangan itu. Apatah lagi sejak di kolej dulu...jantungnya makin berdegup kencang..tak tahu nak menzahirkan perasaan suka atau bagaimana. Mimpikah dia...,

Jadi saya dah buat keputusan akan menghantar rombongan untuk merisik dan sekali gus meminang awak hujung minggu ni,

Kalau ada sebarang bantahan, sila nyatakan sebelum esok,

Saya SERIUS ni...

CINTANYA AMPUH DI BUMI BANJARWhere stories live. Discover now