Insyiraa...Maafkan Aku..Maafkan Aku...!

33 2 0
                                    

     "Insyiraa...maafkan aku...maafkan aku..."rintih Irwan sambil meraup wajahnya dengan lemah sekali.

Helaian surat tadi berserakan di lantai.

"Bang Irwan, maafkan aku bang.."Anang bergegas melutut di hadapan Irwan bagai pesalah menyerah diri untuk menerima hukuman.

"Aku terlebih dahulu membuka surat itu sebelum kamu membakarnya dan aku membuat salinannya...aku ngak berani-berani memberitahunya ke kamu...aku bimbang api kemarahan kamu makin membuak..."

Irwan hanya menggeleng-gelengkan kepalanya tanda penyesalan yang teramat. Akhirnya air mata lelakinya menitis juga ke pipinya.

Fikirannya betul-betul buntu saat itu...apa yang harus diperbuat untuk memperbaiki keadaan..?

Nun di perdesaannya persiapan majlis perkahwinannya sedang rancak dijalankan. Berhadapan dengannya di sini Ain Insyiraa yang ternyata langsung tidak bersalah seperti yang dianggapnya tiga tahun yang lalu.

"Apa yang harus ku perbuat Ann...aku udah ngak berdaya lagi....aku udah tewas Ann.., aku tewas..."rintihan Irwan itu benar-benar meruntun jiwa Anang.

"Sabar bang, kita sama-sama cari jalan penyelesaiannya...aku janji, aku bantu kamu ya...aku janji..."lalu dipeluknya sahabat sejatinya itu erat-erat.

Dia turut sebak menghadapi situasi yang serba memilukan itu. Malam itu juga melalui Aisyah, Irwan telah pergi menemui Insyiraa. Tak sanggup lagi untuk dia menunggu hari esok untuk meleraikan segala permasalahan.

"Kak Syiraa"

"Ya Aisyah.."

"Gini kak, bang Irwan..."

"Kenapa dik..? Kamu dimarahi lagi..?"

"Tidak, bang Irwan mahu ketemu sama kamu"

"Mahu ketemu..? Di mana?"

"Tebing Sungai Martapura.."

Irwan makin gelisah bila berhadapan dengan Sungai Martapura tanpa Insyiraa di sisinya. Setelah tiga tahun menjauhi sungai itu, baru malam itulah dia menapak semula ke situ. Sikap Insyiraa yang berkeras benar untuk datang sendiri ke situ membuatkan dia makin gusar. Gusar kalau Insyiraa sengaja membiarkan dia keseorangan di situ.

Sedari jauh Insyiraa telah perasan dengan susuk tubuh itu. Berseluar jeans gelap serta jaket maroon berkepala membaluti tubuh lelaki itu. Masih segar dalam ingatannya baju itulah yang dipakai Irwan sewaktu mereka menaiki sampan di pasar terapung empat tahun yang lampau.

Dengan tenang Insyiraa melangkah menghampiri jejaka yang sedang memegang palang besi sambil merenung jauh ke arah Sungai Martapura itu.

"Assalamualaikum..."suara lunak itu mematikan lamunan Irwan serta merta.

"Waalaikumsalam..."spontan dia menjawab salam itu dan menoleh ke arah pemilik suara itu.

Terpukau Irwan dengan keanggunan Insyiraa malam itu. Sepasang kurung rona krim bersulamkan bunga-bunga cokelat muda pada bahagian bawah baju dan lengan membaluti tubuh itu serta shawl cokelat muda menghias cantik wajah itu. Tiada apa yang berubah dengan perawan itu melainkan senyumannya yang tidak semanis dulu.

Irwan cuba tersenyum ke arah wajah tenang itu, tidak lagi seserius di dalam dewan kuliah kelmarin juga seserius di pejabatnya siang tadi.. Insyiraa membalas senyuman itu walau agak hambar.

Sungai Martapura yang mengalir tenang dan dihiasi dengan sinaran lampu neon di kiri dan kanan tebingnya kembali menjadi saksi pertemuan dua insan itu. Menara pandang juga turut setia menyaksikan pertemuan semula Irwan Syah dan Ain Insyiraa setelah tiga tahun berlalu.

Insyiraa telah bersedia untuk menghadapi amarah Irwan malam itu.Irwan pula telah kehilangan kata-katanya malam itu tatkala melihat wajah tenang Insyiraa. Suasana sepi mewarnai dua insan itu ketika mereka duduk berhadapan menghadap ke dada sungai.

"Kenapa dengan kamu Irwan, sepatutnya bakal pengantin perlu ceria, berseri-seri.."ujar Insyiraa tatkala melihat Irwan hanya berdiam seribu bahasa.

Tak terniat di hatinya untuk menyindir atau melukakan hati Irwan. Spontan sahaja persoalan itu keluar dari bibirnya.

Irwan melepaskan pandangan pada Insyiraa di hadapannya dengan wajah yang amat sendu. Rasa bersalahnya terhadap perawan itu makin menghambat perasaan. Tindakan melulunya dahulu yang merosakkan telefonnya serta membakar surat Insyiraa turut menghukumnya tika itu. Kalaulah dapat diundurkan masa...Ahh...! bentaknya sendiri.

Insyiraa jadi kurang selesa bila ditenung begitu lantas dia melepaskan pandangannya ke menara pandang yang lampunya berkelip-kelip umpama bintang timur itu. Kenapa dirasakan damai sekali di situ.

"Maafkan aku Insyiraa, selama tiga tahun ini rupanya aku telah tersalah anggap sama kamu, aku bertindak melulu tanpa usul periksa..."terungkap juga ayat itu dari bibirnya.

Insyiraa jadi hairan bila mendengar kata-kata Irwan itu. Dia turut juga menyedari tiada lagi pandangan benci dan sinis Irwan seperti hari kelmarin kepadanya.

"Aku ngak tahu lagi gimana aku harus perbuat Insyiraa"tambah Irwan sambil menongkat tangannya pada kedua paha serta menelungkupkan wajahnya ke bawah.

"Aku sangkakan kamu udah bahagia sama Harris dan anaknya. Mana mereka?"soal Irwan kembali memandang Insyiraa.

Tak dijangka Insyiraa ayat itu yang akan disoal oleh Irwan.

"Kamu fikir saya akan bahagia bersama orang yang saya tidak cintai..?"soal Insyiraa spontan.

Irwan menunduk lagi mendengar kata-kata Insyiraa itu. Lalu kisah Harris dan anaknya diceritakan kepada Irwan.

"Setelah saya pulang ke Malaysia dengan membawa kekecewaan di sini, saya jadi immune, saya jadi seorang yang tidak punya rasa lagi...."

"Saya tumpukan seratus peratus hidup saya pada pengajian..walaupun.., walaupun sebenarnya dalam setiap helaan nafas saya ada nama kamu serta wajah kamu di situ, walau jauh di sudut hati kecil saya ini meraung-raung memanggil-manggil nama kamu setiap ketika..."kali ini ada nada sendu dalam ungkapannya.

Irwan jadi makin tak keruan dengan luahan rasa Insyiraa itu. Tasik hatinya makin dibanjiri dengan kesedihan yang tidak tergambarkan.

"Lama-kelamaan sikap saya itu membuatkan Harris mengalah. Akhirnya dia sedar tak guna dia perjuangkan cintanya pada orang yang tidak cintakan dia sama sekali".

" Kemudian dia mengambil keputusan untuk berkahwin dengan iparnya sendiri dan berhijrah ke Australia..."terkenang kembali Insyiraa dengan pelukan erat Adam Iskandar sewaktu ingin berpisah dengannya di KLIA dua tahun yang lalu.

"Dan saya tak pernah tahu Irwan, tak pernah tahu sama sekali yang dia datang bertemu kamu dan menceritakan segala-galanya tentang kisah silam kami pada malam itu."ujar Insyiraa lagi.

"Dan saya mahu kamu tahu malam ini..., bahawa ada hal yang tidak benar yang dinyatakan Harris pada kamu malam itu."ujar Insyiraa dengan memandang tepat pada mata Irwan

Sepasang mata yang masih terpahat nun jauh di sudut hatinya.

"Tentang apa..?"soal Irwan.

CINTANYA AMPUH DI BUMI BANJARWhere stories live. Discover now