Satu lagi yang merisaukan benaknya, Irwan yang jauh di sana. Apa khabarnya pula..kalaulah dia burung, dah lama dia terbang merentasi Laut China Selatan melihat keadaan Irwan di sana, Ah rasa apakah ini, dah berputikkah cintanya pada jejaka Banjar yang polos itu.?
Dan pada petang itu dia telah nekad mendail nombor Irwan setelah sekian lama, namun tidak berjawab, hatinya makin risau...tatkala bergelut dengan perasaan yang dalam kebingungan itu dia teringat akan Nurul Aisyah, adik Irwan yang keletah itu.
"Assalamualaikum Aisyah...",
"Eh, Kak Syiraa, waalaikumsalam kak...mimpi apa kamu nelfon aku nih....pa kabar kak...aduh rindu banget aku sama kamu...", teruja Aisyah mendengar suara Insyiraa..
"Kak Syiraa sihat saja Aisyah, adik kakak yang manis banget ni gimana...ibu sama abah gimana juga...?", soal Insyiraa.
"Eh kami lagian sihat-sihat aja kak...Cuma...",
"Cuma..cuma apa Aisyah?....bang Irwan di mana ya..?",
"Ini kak..., bang Irwan lagian ngak sihat kak, udah hampir dua minggu di kampung...demem...",terkejut Insyiraa, betullah seperti gerak hatinya..
"Dua minggu..?lama tu.!,...sekarang gimana kesihatannya?",risau amat Insyiraa.
"Nah, kak Syiraa ngomong dengan dia sendiri ah..", Aisyah bergerak ke ruang anjung lalu memberikan telefonnya kepada abangnya yang ketika itu sedang menghadap laptop dengan earphone di telinga.
Irwan sedikit terkejut dengan tindakan Aisyah itu..lalu dia mengambil telefon dari tangan Aisyah, menanggalkan earphone dan meletakkan telefon Aisyah ke telinganya sambil mengepitnya di antara bahu dan telinganya sementara tangannya masih lagi memainkan pada kekunci laptopnya.
"Hello....", mendengar sahaja suara itu Insyiraa terkedu...dah hilang segala kata-katanya...kenapa dengan aku ni...fikirnya..
"Hello...",diulang suaranya lagi.
"Oh, Assalamualaikum Irwan..", Insyiraa memulakan bicara.
"Waalaikumsalam...Insyiraa ....!", spontan nama itu terpacul dari bibirnya yang telah mengorak senyum.
Terus ditinggalkan laptop di hadapannya. Dia bergerak ke laman rumahnya untuk memastikan suaranya dapat didengar dengan jelas oleh Insyiraa serta suara Insyiraa yang lunak itu tetap jelas di pendengarannya. Tak dihiraukan pandangan nakal Aisyah padanya. Ibunya yang ketika itu sedang menatang minuman petang dari dapur hairan dengan tingkah Irwan yang kelam kabut itu.
"Kamu ngak sihat ya Irwan...",spontan juga soalan itu keluar dari mulut Insyiraa.
"Kenapa Insyiraa, suara kamu seolah risau nih...",Irwan jadi hairan mendengar suara Insyiraa yang berbaur risau itu.
"Tak de la...kamu tak ada dalam video-video terbaru group kamu...tadi Aisyah cakap dah dua minggu kamu di kampung, demam katanya...risau saya dibuatnya memikirkan kamu..",Insyiraa menepuk kepalanya sendiri kerana terlepas cakap.
Pecah berderai tawa Irwan apabila mendengar kata-kata Insyiraa itu,
"Kamu percaya sama omongan Aisyah tu, ", ujar Irwan setelah reda ketawanya,
Aduh, malunya Insyiraa hanya Tuhan yang tahu...dah la terlepas cakap tadi,
"Aku bercuti lama di kampung ni. Ada hal yang aku perlu bereskan...risau juga kamu ke aku ya?...aku mikirin aku aja yang panasaran sama kamu di sana....",ada nada usikan dalam kata-kata Irwan itu.
Insyiraa mengetap bibirnya. Hilang sudah kata-kata yang mahu diungkapkan, namun jauh di sudut hatinya berasa amat lega apabila mengetahui kabar Irwan itu.
"Kamu di sana gimana Insyiraa...? aku.,..aku rindu banget sama kamu...terima kasih kerana sudi nelfon aku..senang banget hati aku dapat dengarin suara kamu...",ujar Irwan sambil membayangkan wajah manis Insyiraa di hadapannya.
"Saya sihat Alhamdulillah di sini...cuma...",mahu sahaja dia meluahkan dilema perasaannya tika itu tapi,
"Cuma apa Insyiraa...jangan bikin aku risau di sini...",Irwan pula yang tertanya-tanya.
"Cuma saya sekarang ni sibuk dengan tesis ...rasa macam nak give up pun ada...hari-hari stress..", tak jadi Insyiraa meluahkan apa yang menyesakkan perasaannya tika itu.
"Oh...lega aku mendengarnya...ingatkan bungaku udah mahu dipetik orang...",nada gurauan Irwan itu betul-betul terkena batang hidung Insyiraa..
Aduh...kalaulah kamu tahu gejolak perasaan aku saat ini Irwan...kata-kata itu hanya bermain di benak Insyiraa. Tak sampai hati rasanya dia memberitahu perkara yang sebenar. Apatah lagi kalau itu akan mendatangkan kesedihan pada Irwan dan keluarganya.
"Jangan gituan dong..., semangat terus ya...gimana cara aku boleh bantu kamu...coba kamu katakan...", ujar Irwan memberi kata-kata semangat buat buah hatinya itu.
Insyiraa terharu dengan keprihatinan Irwan itu. Dia terkedu lagi. Tak tahu apa yang harus diungkapkan. Lantas dia bangun mengaktifkan laptopnya di atas meja sana. Tak pasti apa yang hendak dibuat dengan laptop itu. Dia jadi keliru sendiri dengan perasaannya...
"Hello, kok kamu diam aja Insyiraa...atau ada sesuatu barangkali yang kamu sembunyikan dari pengetahuan aku ",ujar Irwan lagi.
"Tak.., saya sedang menghadap laptop ni...emm...Irwan... betul kamu boleh bantu saya tangani stress ni...?",spontan Insyiraa mengungkapkan kata-kata itu.
"Ya, anything for you Insyiraa..."ujar Irwan.
"Mainkan saya satu lagu dengan gitar kamu...please..",tiba-tiba sahaja Insyiraa teringin sangat melihat dan mendengar petikan gitar Irwan lagi..
"Kapan,? sekarang..?",tanya Irwan, terkejut dengan permintaan Insyiraa yang tiba-tiba itu.
Insyiraa tersenyum mendengar respons Irwan itu,
"Taklah, bukan sekarang...nanti bila kamu lapang...tadi kamu katakan ada urusan yang belum dibereskan.., jadi beresin dulu dong..",Insyiraa mengajuk pelat Indo Irwan..
Insyiraa jadi hairan dengan diri sendiri, kenapa dia jadi agak kebudak-budakan hari ini. Rasa bersalah pula dengan permintaannya itu, sedangkan dia tahu Irwan juga sibuk...Tapi dia memang rindukan petikan gitar Irwan yang baginya ada jiwa itu...
"Ok bos...nanti aku videokan, aku hantar ke kamu ya...",hati Irwan berbunga riang. Ternyata Insyiraa masih tidak lupakan dia.
"Sorry Irwan, kalau permintaan saya ni agak kebudak-budakan... saya stress sangat ni...",
"Iya, betul tu...tapi aku suka...aku suka bila kamu jadi kebudak-budakan,..karna aku suka kali memanja-manjakan kamu..",gurau Irwan sambil membayangkan senyuman manis berlesung pipit Insyiraa.
"Aduh, kamu ni kan Irwan, nampak aja pendiam, tapi kuat menyakat kan!",Insyiraa tersenyum manis sekali, terasa hilang segala duka laranya sebentar.
Sayangnya Irwan tidak dapat menikmati senyuman itu.
"Menyakat....?, apa tu..?",soal Irwan tidak mengerti.
"Oh, menyakat tu macam.., macam usikan... dengan tujuan untuk bergurau..",jelas Insyiraa.
"Oh...,kamu kan sedang stress, jadi aku coba untuk hiburkan kamu..",ujar Irwan tersenyum juga
"Tq Irwan, aku tahu kamu juga sibuk di sana...udah ramai peminat kamu kan...subscribers dengan viewers udah cecah hampir jutaan...",
"Iya kok, namun ngak sama dengan kamu, kamu very special viewers aku dari Malaysia",
"Ya..betul sekali...ok lah Irwan, sampaikan salam saya pada ibu,abah juga sama Aisyah, saya rindu amat dengan kampung kalian, rindu dengan masakan soto ibu, lontong, mandai goreng, kuih babongko..., lagi satu.., bilang sama Aisyah, yang dia ada hutang sama saya..."ujar Insyiraa sambil tersenyum mengakhiri bicara petang itu.
YOU ARE READING
CINTANYA AMPUH DI BUMI BANJAR
RomancePerjuangan cinta yang tak bertepian...perjalanan trilogi cinta yang maha merumitkan... "Ternyata kamu bawa jiwa dalam setiap petikan gitarmu Irwan. Tak semua gitaris punya bakat seperti kamu"..ungkap Insyiraa kagum.. "Mati pun aku sanggup demi gadis...