Insyiraa pula tatkala itu sedang menghadap laptop kesayangannya. Dia seolah mendapat semangat baharu setelah menonton dan menghayati akustik gitar dari Irwan sebentar tadi. Dia bertekad walau apa pun yang menghadangnya selepas ini akan ditempuh dengan berani...
Benar kata Prof Nizam, semua kritikan panel penilai itu hanya untuk meningkatkan jati dirinya..
Persoalan Irwan dan juga Adam Haris perlu diletakkan ke tepi semuanya. .Teringat dia dengan pesanan Prof Nizam selaku penyelianya juga.
"Jika kamu mahu lulus tanpa masalah, cuba elakkan diri dari terlibat dalam isu cinta lagi. Pengajian PhD bukan seperti pengajian ijazah pertama, juga tak sebegitu mudah juga dengan ijazah kedua..."
Masih segar juga dalam ingatan Insyiraa, betapa peritnya juga untuk dia menghabiskan masternya selama dua tahun. Hampir-hampir dia drop satu paper kerana masalah kesihatan juga masalah kekangan masa antara karier dan pengajian serta keluarganya dulu.
Terpaksa juga dia berulang alik ke kampung berikutan bapanya yang diserang penyakit jantung dan terpaksa ditahan selama dua minggu di wad. Hampir dua minggu juga dia terpaksa mengambil cuti untuk menemani bapanya di wad.
Tapi ternyata kini dia diduga lagi dengan soal hati dan perasaan tatkala bergelut dengan tesisnya. Walau dicuba membuang segala kenangannya bersama kedua-dua lelaki yang berbeza karektor dan personaliti itu, namun dengan sendirinya semua itu akan silih berganti datang dalam mindanya umpama slide show presentation pada student-student kolejnya.
"Ain, kau ok ke...?"Tanya Sakinah setelah dilihatnya jauh sahaja menung sahabat baiknya itu..
"Macam mana presentation petang semalam...? Ok..?" soalan Nuren Sakinah itu mengingatkan semula Insyiraa tentang kejadian memalukan petang semalam.
"Tak ok la Kinah,...malunya aku...rasa macam nak give up ja..."ujar Insyiraa sambil menatap wajah comel sahabat baiknya itu.
Sakinah menarik kerusi dan duduk berhadapan dengan Insyiraa.
"Ya ka....? Sabar la Ain...tu pasal la aku takut nak sambung study ni...sedangkan kau yang komited dengan kerja ni boleh direject macam tu aja...apa lagi aku...hai tak kuasa mok cik..."ujar Sakinah sambil menggelengkan kepalanya..
Insyiraa tersenyum melihat gelagat sahabat baiknya itu.
"Ala, kau boleh la Kinah, kau lagi hebat dari aku..."ujar Insyiraa sambil menghadap laptopnya semula.
"Ain, sorry la kalau aku nak tanya hal peribadi sikit ni..."Sakinah agak serba salah mengungkapkan ayat itu bila dia sedar akhir-akhir ni kawan baiknya itu kelihatan kurang ceria.
"Kau ni Kinah, macam tak biasa pula dengan aku...kita kan dah macam adik beradik pun. Semua kisah aku ada dalam poket kau kan.."ujar Insyiraa sambil menghadap wajah Sakinah semula.
"Takla...aku tengok kau serius ja akhir-akhir ni, takut juga aku nak menanya...macam mana kesudahan kau dengan Harris ni... ?akhirnya terpacul juga soalan yang disimpannya sejak beberapa hari yang lalu itu.
Wajah Insyiraa turut berubah lagi bila nama Harris disebut. Terbayang kali terakhir dia berjumpa dengan Harris di hospital. Simpati melihat wajahnya yang suram tak terurus itu.
"Entahlah Kinah, aku tengah serabut ni...tak tau nak fikir dah...aduh, Allahuakbar..."Insyiraa melepaskan keluhan berat.
Melihatkan keadaan itu Sakinah menggosok-gosok lengan sahabatnya itu untuk menenangkan dia.
"Aku rasa macam nak lari jauh dari sini..."ditenungnya dalam-dalam wajah Sakinah di hadapannya...
"Kau nak lari mana?...ke Indonesia..."ujaran spontan Sakinah itu amat mengejutkan Insyiraa.
Sekali lagi wajah Insyiraa benar-benar berubah. Terkejut dengan kata-kata Sakinah itu. Dari mana dia tahu pasal Indo ni..
"Ha, dah kenapa pula ni...lain macam pulak riak wajah kau...pipi tu dah merah padam kenapa..?Sakinah hairan benar dengan perubahan wajah Insyiraa yang dari tadi muram kemudian agak ceria.
"Apa kau merepek lagi ni Kinah, bila masa aku nak lari ke Indo...nak buat apa aku kat sana...?"ujar Insyiraa cuba menutup malunya.
"Eh, kau ni saja buat-buat tak tahu ke atau kau memang tak tahu...?persoalan Sakinah makin memeningkan kepala Insyiraa.
"Apa ni Kinah, betul aku tak tahu apa-apa pun...!"Insyiraa memegang erat tangan Sakinah tanda dia memang tak tahu apa-apa.
Kemudian Sakinah menerangkan perkara yang dia ingatkan Insyiraa memang sudah maklum itu.
Rupanya sudah ada memo untuknya dan seorang lagi pensyarah lelaki untuk menjadi organizer pertukaran pelajar selama hampir sebulan ke ULM di Banjarmasin.
"Banjarmasin...?"terpacul perkataan itu dari mulutnya.
Serta merta terbayang di matanya kisah hampir setahun yang lalu di sana yang masih tersimpan kemas dalam memorinya.
" Kenapa Ain, ada masalah ke..?soalan prof Nizam di hadapannya mematikan lamunannya.
"Eh, tak Prof..."ujar Insyiraa.
"Saya sengaja letak nama awak Ain. Saya nak awak berehat sekejap dari tesis tu. Lagi pun bukan semua kena reject kan..sebahagian aje...Sebab lain, awak dah biasa di sana, jadi senang sikit awak nak organise student kita tu..."Prof Nizam merenung pensyarah muda di hadapannya itu.
Ada riak berlainan umpama kebingungan pada wajah gadis di hadapannya.
"Lagi pun awak dengan Mukhriz je yang masih single kat sini..kalau yang lain sudah berkeluarga, susah sikit nak bagi komitmen nanti..."
"Tempat awak kat sini nanti saya cari pengganti..."ditenungnya lagi pembantunya itu..
"Awak dengar tak Ain apa yang saya cakap ni...awak macam lost saja...kenapa ni...?"Prof Nizam tak puas hati dengan sikap Insyiraa yang agak dingin pada hari itu.
"Maaf Prof...sejak semalam fikiran saya serabut sikit...tapi Inshaallah, saya akan bagi komitmen yang sepatutnya untuk tugasan ni..."itu sahaja yang mampu diungkapkannya kepada bosnya itu.
Sedangkan dalam hatinya hanya Tuhan sahaja yang tahu gejolak perasaannya tika itu. Memikirkan lagi dua minggu keluarga Harris akan datang semula ke rumahnya menuntut janji. Memikirkan wajah suram dan sayu Adam Harris yang mengharap benar persetujuannya..
"Berilah saya peluang kedua Ain untuk menebus kekhilafan lalu...tolonglah..."masih segar di ingatannya ungkapan berbaur penyesalan dari bibir Harris tatkala pertemuan mereka minggu lepas.
Berat lagi mindanya memikirkan Si Comel Adam Iskandar yang baru pulih dari demam, yang dahagakan kasih seorang ibu itu...,memikirkan Irwan dan ibunya di bumi Kalimantan sana...
YOU ARE READING
CINTANYA AMPUH DI BUMI BANJAR
RomancePerjuangan cinta yang tak bertepian...perjalanan trilogi cinta yang maha merumitkan... "Ternyata kamu bawa jiwa dalam setiap petikan gitarmu Irwan. Tak semua gitaris punya bakat seperti kamu"..ungkap Insyiraa kagum.. "Mati pun aku sanggup demi gadis...