"Tentang... tentang saya hanya anggap kamu teman biasa...sebenarnya..."Insyiraa tak dapat meneruskan kata-katanya bila dia perasan renungan tajam sepasang mata Irwan bak sembilu yang menusuk kalbunya.
"Sebenarnya apa Insyiraa..?"sengaja Irwan bertanya walau pun dia tahu apa sebenarnya yang mahu diucapkan Insyiraa.
Sengaja dia mahu mendengar dari bibir gadis itu sendiri mengenai perasaannya terhadap Irwan.
Sukar amat Insyiraa mahu melafazkan itu bila mana Irwan ada berhadapan dengannya, tak seperti semudah dia menulis warkah cintanya dulu...
"Sebenarnya saya...amat-amat mencintai kamu Irwan...sejak bila...saya sendiri pun tak pasti..."akhirnya terungkap juga kata-kata yang sama seperti mana yang ditulisnya dalam warkah cintanya dahulu.
"Aku tahu Insyiraa.., sebenarnya kamu juga mencintai aku..."ungkap Irwan selamba sambil menatap sepasang mata bundar Insyiraa.
Insyiraa terkejut,
"Kamu tahu..?"
"Iya.."ujar Irwan sambil mengeluarkan salinan surat yang dibawa bersamanya.
Insyira terkejut melihat surat itu,
"Tapi, menurut Anang..."
"Ya aku telah membakar surat kamu yang asli. Ini salinan yang Anang sempat buat sebelum yang aslinya musnah kerana keegoanku sendiri.. aku baru berkesempatan mengetahui kandungannya sebentar tadi..namun udah terlambat..."
"Maafkan aku Insyiraa..., maaf sangat-sangat."Irwan menutup wajahnya dengan kedua telapak tangannya.
Matanya bergenang. Dia malu amat bila Insyiraa melihat dia dalam keadaan lemah begitu.
"Menangislah Irwan jika itu yang mampu melegakan perasaan kamu..."ujar Insyiraa terkenangkan semula kata-kata keramat Prof Nizam dahulu.
Irwan jadi hairan dengan tenangnya Insyiraa menghadapi semua itu. Atau adakah perasaan cintanya pada Irwan telah mati seperti mana pada Harris bekas tunangannya itu.
"Kamu tenang banget Syiraa.., apa kamu tidak cintakan aku lagi..?"Irwan menyapu matanya yang berkaca.
Insyiraa memandang wajah lelaki yang masih bertakhta disudut hatinya itu dengan pandangan sayu sekali.
"Tak guna saya simpan cinta ini lagi. Lebih-lebih lagi pada bakal suami orang dan saya tak akan pernah sakiti hati kaum sejenis saya...saya redha Irwan..redha dengan ketentuan Tuhan..."
"Jujur saya katakan Irwan, saya ke sini lagi bukan untuk merebut cinta kamu kembali, namun untuk menyatakan rasa cinta saya pada bumi ini.., bumi Banjar..."ujar Insyiraa sambil mengalihkan pandangannya ke Sungai Martapura.
Angin malam yang berpuput lembut makin meruntun hati kecil Irwan. Semua kata-kata yang keluar dari bibir perawan yang dicintai di hadapannya makin menyiat-nyiat perasaannya.
Ungkapan Insyiraa itu amat-amat menyedihkan lagi hati kecilnya. Dia telah jadi betul-betul tak keruan. Mahu sahaja dia membatalkan pernikahannya yang tidak berapa hari lagi itu. Namun sekali lagi dia sedar dia berpijak di bumi yang nyata.
"Insyiraa.., aku mohon...tolonglah, tolonglah beritahu aku gimana lagi harus aku perbuat untuk memperbetulkan situasi ini..."ujar Irwan lalu cuba mencapai kedua belah tangan Insyiraa untuk digenggamnya.
Insyiraa mengelak. Lalu menjatuhkan tangannya di ribaannya.
"Kamu tak perlu perbuat apa-apa Irwan, mungkin ini takdirnya...lupakah kamu empat tahun yang lampau di sinilah kamu pernah nyatakan, jika ada jodoh kita, Tuhan akan permudahkan...jika tiada, kamu terpaksa terima kan..."tenang sahaja Insyiraa ungkapkan itu.
Irwan terkesima lagi. Terjerat dengan kata-katanya sendiri empat tahun yang lampau.
" Yok kita pulang ke desaku sekarang. Aku mahu beritahu ibu supaya batalkan pernikahan aku. Aku mahu nikah sama kamu. Aku mahu jalani hidup seharianku bersama kamu. Aku mahu kamu jadi ibu kepada anak-anakku. Aku mahu menatap setiap saat senyuman manis berlesung pipit kamu itu. Aku mahu buktikan kata-kataku yang aku sanggup mati demi kamu benar belaka.."Irwan sudah nekad dengan keputusannya.
Dengan segera dia bangun mencapai lengan Insyiraa supaya mengikutinya ke kereta.
Sekali lagi Insyiraa membantah, dia mendongak ke arah Irwan yang tika itu berdiri betul-betul di hadapannya. Dilepaskan pegangan erat Irwan pada lengannya.
"Irwan..!,Irwan...! jangan begini...!...Istighfar banyak-banyak...kalau kamu mahu batalkan pernikahan kerana saya di sini, saya boleh ambil cuti pulang ke Malaysia sekejap..."simpati amat Insyiraa melihat ketidakupayaan Irwan saat itu.
"Mencintai itu tak seharusnya memiliki Irwan...kadang-kadang mencintai itu lebih kepada meredhai juga merestui..."tenang sahaja dilafazkan kata-kata itu dengan renungan lembut ke arah jejaka di hadapannya.
"Astaghfirullahalazim...Astaghfirullahalazim...!" Irwan kembali tenang dan duduk semula di kerusinya dengan melepaskan keluhan yang amat berat.
Dua tiga orang yang duduk berhampiran mereka seakan perasan dengan tindakan Irwan yang agak aneh itu.
Irwan kembali melepaskan pandangannya ke arah Sungai Martapura. Sekali lagi dirasakan kerlipan lampu neon umpama mata yang merenungnya tanpa gagal.
Insyiraa turut melepaskan pandangannya ke arah sungai. Air Sungai Martapura tetap tenang mengalir dengan penuh kesetiaannya ke kuala. Detik itu dia jadi makin rindu untuk berada di dada sungai seperti empat tahun yang lampau.
" Kamu tahu ngak Syiraa, pada malam kamu berjalan beriringan dengan Adam Harris bersama anaknya di depan mataku, aku rasakan aku telah tewas dalam mengejar cinta kamu...dan tatkala dia memperkenalkan dirinya sebagai bakal suami kamu, aku terduduk, jantungku seolah tertusuk panah berbisa"luah Irwan dalam sendu yang teramat sambil merenung wajah Insyiraa di hadapannya.
"Dan saat dia merayu padaku supaya melepaskan kamu untuk dimilikinya, aku jadi lagi tak keruan...mana mungkin..? membayangkan kamu tersenyum sama laki-laki lain udah membuatkan aku betul-betul cemburu apalagi merelakan kamu pergi ke dalam pelukan dia.."
"Dan tika ini, saat di mana aku udah pasti yang kamu juga turut mencintai aku, mana mungkin aku menikahi perempuan lain Insyiraa...mana mungkin..?"sekali lagi diraup rambut hitam dari dahi luasnya hingga ke belakang. Beberapa helaian rambutnya kembali berjuntaian di dahi.
Suaranya makin sebak. Disekanya lagi matanya yang kembali bergenang.
"Aku jadi hairan sama kamu Insyiraa, kenapa kamu jadi tenang banget,... kenapa kamu tidak mahu merebut cintamu semula...? seolah-olah kamu langsung ngak punya rasa.."ujar Irwan dengan bersungguh-sungguh.
Insyiraa turut terasa serba salah dengan luahan demi luahan yang Irwan utarakan. Tapi apa dayanya.
"Saya bukan jenis manusia yang pentingkan diri Irwan. Tidak terfikirkah kamu jika kamu memilih saya tika ini dan membatalkan pernikahan kamu bagaimana perasaan bakal isteri kamu...? juga keluarganya...? Bagaimana perasaan keluarga kamu sendiri..? perasaan orang-orang di sekitar kamu..?"bersungguh juga Insyiraa menzahirkan kata-kata itu.
Ditenungnya lagi Irwan di hadapannya yang sedang bergelut dengan perasaan sendiri dengan pandangan memujuk.
" Irwan, setelah kegagalan demi kegagalan yang saya hadapi dalam hidup, jua dalam cinta...,saya mulai sedar, yang hidup kita kadang-kadang bukan hanya untuk diri sendiri bahkan untuk orang lain juga.."Insyiraa tunduk memainkan jemarinya sendiri. Ada nada sendu di hujung kata-katanya.
"Jadi kamu sanggup korbankan diri kamu?,.. korbankan cinta kamu demi orang lain...?...Gimana dengan aku..? Adakah aku turut perlu berkorban begitu..?"Irwan membulatkan matanya ke arah Insyiraa.
"Ya, kamu perlu..!."jawab Insyiraa spontan.
YOU ARE READING
CINTANYA AMPUH DI BUMI BANJAR
RomancePerjuangan cinta yang tak bertepian...perjalanan trilogi cinta yang maha merumitkan... "Ternyata kamu bawa jiwa dalam setiap petikan gitarmu Irwan. Tak semua gitaris punya bakat seperti kamu"..ungkap Insyiraa kagum.. "Mati pun aku sanggup demi gadis...