Perawan seberang ini memang mempunyai aura yang lain benar..Ke mana saja atau dengan siapa aja dia bersuara dia terus menjadi tumpuan semua..fikir Irwan lagi. Irwan tersenyum sendiri.
Insyiraa baru tersedar yang mereka dikelilingi oleh ramai orang lalu dia cepat-cepat bersalam dengan peniaga tadi...
"Makasih bu...Saya Ain Insyiraa dari Malaysia...",lalu dia membeli beberapa biji limau manis yang kulitnya masih hijau itu untuk menghilangkan rasa malu sebentar tadi.
Irwan merakam segala tingkah Insyiraa menerusi telefonnya. Semua moment ini akan menjadi pengubat rindu Irwan bila Insyiraa telah terbang pulang ke Malaysia nanti. Tersenyum sendiri Irwan bila teringatkan tingkah spontan Insyiraa tadi yang berpaut erat pada lengannya ketika hendak menaiki bot.
Terasa hebatnya dia menjadi lelaki bila diperlakukan begitu oleh Insyiraa. Jelas terlihat yang Insyiraa agak takut bila berada di atas air.
Sengaja untuk menduga lagi keberanian Insyiraa di atas air, Irwan mendapat idea, lalu dia bercakap-cakap dalam Bahasa Banjar dengan salah seorang peniaga dalam kolek itu. Lalu dia mendekati Insyiraa,
"Insyiraa, kamu mahu naik sampan sama mereka..", soal Irwan sambil memasukkan handphone ke dalam jaketnya.
Insyiraa mengerutkan keningnya tanda ragu-ragu, namun hatinya teringin sangat merasa sendiri bagaimana berjualan dari atas sampan kayu itu.
"Yok, aku temanin",Irwan lantas mengajak Insyiraa mengikutinya ke belakang bot.
Terpaksa Insyiraa membuntuti Irwan juga. Irwan menarik sampan kayu tadi mendekati bot dibantu oleh seorang lelaki yang kebetulan berada di situ. Kemudian dia turun dahulu ke dalam sampan kayu itu. Terus dia menghulurkan tangannya supaya Insyiraa pula turun.
Melihatkan sampan itu beralun-alun mengikut alunan sungai, Insyiraa jadi takut amat. Menyesal pula dia bersetuju mengikut Irwan. Digeleng-gelengkan kepalanya ke arah Irwan.
"Come on Insyiraa...,", ujar Irwan dari dalam sampan dengan tangan yang masih terangkat menunggu Insyiraa.
"Ayuh mbak, cowoknya sedang menunggu tu...", jerit seorang pemuda dari dalam bot.
Terpaksa juga Insyiraa turun ke dalam sampan kecil itu dengan amat payah sekali, dia cuba berpaut sendiri pada bot itu namun perasaan takutnya menyebabkan dia terpaksa juga berpaut pada kedua tangan Irwan...kalau aku jatuh la dalam sungai ni...aduh...fikir Insyiraa.
Irwan terus menggenggam erat tangan Insyiraa, Berat badan Insyiraa yang tak seberapa itu seratus peratus berada di tangan Irwan. Takkan dibiarkan sedikit pun perasaan takut perawan itu menguasai keadaan.
Sementara itu bahagian bawah kain sutera crepe Insyiraa telah basah tercium air Sungai Martapura. Biarlah,...bukan selalu dia dapat merasa pengalaman ini.
Insyiraa melepaskan pegangan tangan Irwan dan bergerak ke tengah sampan sementara Irwan duduk di hujung kolek kecil itu. Dia mengeluarkan telefonnya dan kembali merakam situasi di situ. Insyiraa amat teruja dapat merasakan sendiri pengalaman berjualan dari atas perahu itu. Bukan sahaja mereka gunakan rupiah malah ada juga sistem tukaran barang. Terasa dia seperti sudah kembali ke zaman kegemilangan Kerajaan Melayu dahulu.
Dia turut membantu ibu Seri pemilik kolek itu tawar menawar bersama pelanggan, juga membungkus buah-buahan dan sayuran. Ada dua tiga orang pelancong luar dari Eropah turut menunjukkan minat terhadap barangan dari kolek ibu Seri lantaran Insyiraa fasih juga berbahasa Inggeris.
Hairan amat pelanggan tetap Ibu Seri bila hari ini datangnya dia bersama sepasang merpati dua sejoli...
"Tq sangat-sangat Irwan. Satu pengalaman yang akan saya ingat sampai bila-bila...best sangat-sangat...",ujar Insyiraa setelah mereka naik ke darat.
"Aku suka lihat kamu ceria begini...",.getus Irwan jujur.
Seketika Insyiraa duduk di tembok di bawah redup pepohonan di tepian taman menghadap ke arah Sungai Martapura lalu tunduk meninjau bahagian bawah kainnya. Diperahnya bahagian yang basah tadi supaya cepat kering. Dikeluarkan sepaket tisu dari beg sandangnya dan dilapkan sarung kakinya yang turut basah. Irwan turut melabuhkan punggung di sebelahnya sambil melihat perlakuan Insyiraa.
Salah satu lagi keistimewaan Insyiraa yang amat menarik perhatian Irwan, sepanjang dia kenal perawan Melayu ini, dia belum pernah melihat perawan itu menyarung jeans ketat bersama t shirt sendat seperti kebanyakan gadis-gadis lain seusianya.
Setia sekali dengan sepasang baju kurung tidak kira waktu dan tempat. Juga selendangnya yang labuh menutupi seluruh bahu dan dadanya semuanya warna-warna pastel yang menyejukkan mata memandang. Juga bahagian kakinya yang sentiasa bertutup dengan sarung kaki dan bahagian bawah lengan yang sentiasa bertutup dengan sarung lengan.
"Serius, saya ngak pernah rasa pengalaman indah ini di mana-mana tempat yang saya pernah pergi..",Irwan tersenyum manis mendengar pengakuan jujur Insyiraa sambil mengesat peluh pada dahinya.
Beberapa helai rambut hitamnya jatuh berjuraian menutupi dahi luasnya. Insyiraa memberikan paket tisu pada tangannya untuk Irwan. Irwan mengelap seluruh wajah serta lehernya. Ada kesan tisu yang terlekat pada pipi dan lehernya. Spontan Insyiraa mengutip cebisan tisu itu. Tersentuh hati kecil Irwan dengan tindakan Insyiraa itu. Senyuman masih tidak lekang pada wajahnya.
Baru hari ini Insyiraa perasan yang betapa manisnya senyuman jejaka Banjar ini yang berseluar jeans dan berbaju jaket yang berpenutup kepala itu. Tambahan lagi sepasang mata lembutnya amat menawan sesiapa sahaja apatah lagi gadis-gadis. Rambutnya yang hitam lebat itu berbelah di tepi serta berjuraian sedikit di bahagian dahi menyerlahkan lagi kelakiannya...
Aduh kenapa pula dengan aku ni...fikir Insyiraa. Sentimental pula jadinya..dia lantas tersenyum sendiri.
"Kenapa..?"soal Irwan bila menyedari Insyiraa merenungnya begitu.
"Kenapa apa...?",Insyiraa buat-buat tak faham.
YOU ARE READING
CINTANYA AMPUH DI BUMI BANJAR
RomancePerjuangan cinta yang tak bertepian...perjalanan trilogi cinta yang maha merumitkan... "Ternyata kamu bawa jiwa dalam setiap petikan gitarmu Irwan. Tak semua gitaris punya bakat seperti kamu"..ungkap Insyiraa kagum.. "Mati pun aku sanggup demi gadis...