Dari Kerana Mata

74 3 0
                                    

Insyiraa hanya menggelengkan kepala tanda tidak mengerti apa-apa kepada soalan Aisyah tadi sambil membantu ibu Irwan mencedok soto ke dalam mangkuk lalu diberikan kepada abah Irwan. Sengaja dia merenung tajam ke arah Irwan tanda protes.

"Sedapnya ibu, lain benar rasanya dengan soto yang saya makan sebelum ini", ujar Insyiraa ikhlas setelah merasa sesudu kuah soto bersama nasi impit.

Ibu Irwan hanya memandang sayu pada Insyiraa. Airmatanya bergenang. Cepat-cepat dia memalingkan muka ke arah lain. Entah kenapa sedari sampai tadi, Insyiraa merasakan yang ibu Irwan ingin menyampaikan sesuatu padanya.

Tengah hari itu Insyiraa dijamu lagi dengan lauk pauk masakan banjar. Namun dalam banyak-banyak masakan itu terselit satu masakan Melayu hasil tangan Insyiraa. Masak asam pedas utara. Resepi turun temurun nenek Insyiraa. Suka sangat Insyiraa bila melihat mereka menikmati masakannya.

"Sedap masakan Kak Syira..", puji Aisyah ikhlas.

"Terima kasih Aisyah,..mana boleh lawan masakan ibu...lagi sedap..",ujar Insyiraa sambil memandang ke arah ibu Irwan.

Ibunya hanya tersenyum. Redup matanya memandang pada Insyiraa amat menyentuh hati. Bertuahlah siapa yang empunya gadis ini. Tingkah laku dan tutur katanya semanis orangnya. Belum ada kesempatan untuk dia bertanya kepada anak bujangnya siapa Insyiraa di hatinya. Tapi,...naluri hati seorang ibu biasanya tepat. Dari cara Irwan memandang dan bercakap dengan Insyiraa, dia pasti ada sesuatu pada gadis itu yang membuat Irwan tertawan.

Namun sanggupkah dia bermenantukan orang jauh ini. Sanggupkah dia berpisah jauh dengan anak lelaki kesayangannya itu. Adakah sejarah akan berulang lagi.

"Ibu, ..kok jauh sekali menungnya..apaan ni..",soal Irwan setelah menyedari ibunya banyak bermenung dari bercakap selepas makan tadi.

Irwan melabuhkan punggungnya di sebelah ibu tersayang...Ibunya memandang Irwan penuh makna. Namun tiada sepatah perkataan yang tergambar dalam fikirannya saat itu untuk dizahirkan. Barangkali inilah peluang dia bercakap secara peribadi dengan Irwan. Aisyah tatkala itu sedang bersama Insyiraa di bilik. Mesra sekali anak perempuan tunggalnya itu dengan Insyiraa. Sudah lama Aisyah menginginkan kehadiran seorang saudara perempuan di rumah. Pastinya Aisyah juga telah tertawan dengan tinggi pekertinya gadis Melayu ini.

"Ibu,...aku tahu ibu lagi kenangkan kisah lalu kan...", ujar Irwan yang sangat memahami hati kecil ibunya itu. Mematikan lamunannya.

"Maafkan aku bu kalau hadirnya Insyiraa di sini,.. membuatkan ibu kembali sedih...",Irwan meraup kedua belah telapak tangan ibunya umpama memohon ampun.

"Tidak Wan...ibu malah suka amat bila Wan bawain Insyiraa ke sini. Hilang sekejap rasa rindu ibu pada tempat lahir ibu, orang-orang yang ibu sayang...Seolah-olah Insyiraa telah bawakan kesemuanya untuk ibu...", ujar ibunya sambil mengusap-usap wajah lembut anak lelaki keduanya itu.

Irwan suka amat diperlakukan begitu oleh ibu sendiri. Terbayang zaman kanak-kanaknya di mana setiap kali bergaduh dengan abangnya, dalam pelukan ibunyalah tempat dia mengadu.

" Sudah besar anak ibu ini...sudah cukup dewasa untuk berumah tangga..",kata-kata ibunya membuatkan Irwan kaget lagi.

"Dari mana kamu ketemu perawan Melayu itu, dari mana datangnya anak manis itu...sejuk hati ibu tiap kali memandangnya, tenang kali ibu dengar butir bicaranya...,penuh dengan adab sopan kemelayuan sejati..Apa dia sudah ada yang empunya..?",banyak betul soalan ibunya menjadikan Irwan buntu. Mahu dijawab yang mana satu.

"Ibu ni banyak benar soalannya...", ujar Irwan malu sambil memandang ke arah luar rumah.

Belum pernah dia bercakap dari hati ke hati dengan Insyira soal hidup, apatah lagi soal sulit berkaitan hati dan perasaan. Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa dari luar jendela entah kenapa dirasakan dingin amat. Setiap kali timbul nama Insyiraa, hatinya jadi tak keruan. Dari mana ibunya tahu yang dia ada menaruh hati pada perawan Melayu itu? Aduh malunya...fikir Irwan lagi.

Walau pernah sekali bertemu muka, berbicara dan hanya dua tiga kali berhubung melalui telefon namun hanya Tuhan yang tahu betapa dekatnya dia dengan Insyiraa. Setiap masa dan ketika hanya wajah itu yang tergambar di matanya. Datanglah mana-mana perawan secantik bidadari sekali pun di hadapannya, namun wajah lembut Insyiraa tak pernah terpadam dari minda lelakinya.

Kali pertama berbicara dan bertentang mata semasa di Pulau Bali tahun lepas, Irwan seakan terpukau dan terjerat dalam keanggunan, kesantunan, kesopanan perawan itu. Itu pun dia bercakap secara face to face dengan Insyiraa semasa penerbangan pulang Insyiraa ke Malaysia. Tak disangka Insyiraa menaiki flight lebih awal untuk pulang dan flight yang sama dengannya. Tak disangka pula seat kosong ditepi tingkap sebelah Irwan adalah tempat duduk Insyiraa.

"Terima kasih..",ujar Insyiraa sambil mengorak senyum pada Irwan dan Anang di sebelahnya kerana memberi laluan untuk dia duduk di tempat favouritenya di tepi tingkap.

"Mahu ke Banjarmasin ya Insyiraa",tanya Anang yang memang peramah itu.

"Eh, tidak, saya mahu pulang ke KL. Transit di Banjarmasin...kamu semua udah mahu pulang ya..?.", soal Insyiraa pula sambil turut memandang pada Anang yang duduk di sebelah Irwan.

"Iya, kami udah mahu pulang kok....Eh, mana sahabat-sahabat kamu yang lain", tanya Anang setelah dia pasti tidak melihat kawan-kawan Insyiraa yang lain.

CINTANYA AMPUH DI BUMI BANJARWhere stories live. Discover now