Merpati Dua Sejoli...

43 1 0
                                    

     Memang betul kata Anang, kalah hotel lima bintang bila melihatkan adanya nasi lemak bersama aksesorinya, sandwich telur dan sardin, puding laici, koktel buah-buahan, jus oren dan seakan terasa ada sesuatu yang kurang...,

"Insyiraa..., kopinya...?"ungkap Irwan spontan setelah membantu Insyiraa membuka tin susu.

Insyiraa tersenyum manis sambil mengeluarkan kopi dari bungkusan plastik,

"Ada..., nanti saya siapkan.."

Irwan yang sebelum ini bukannya penggemar kopi tetapi jadi sebaliknya bila sahaja meminum kopi yang dibuat oleh Insyiraa setahun yang lalu ketika kali pertama dia ke perdesaan Irwan. Memang benar, cinta punca segala...

Hari minggu itu satu studio bersarapan dengan meriah sekali. Tatkala itu Insyiraa teringatkan sahabat baiknya Sakinah yang memang suka makan itu. Lalu dia merakam video untuk dihantar kepada Sakinah. Kemudian video yang berdurasi hampir satu minit itu selamat sampai ke aplikasi whatsapp Sakinah.

"Amboi, bahagia kau kat sana ye..?"

"Kau nak tunjuk kat aku makanan yang banyak tu ke... atau nak tayang kat aku mamat handsome bertahi lalat tu?"

Mesej Sakinah itu membuatkan Insyiraa tersenyum.

"Apa-apa je la Kinah...kau tak rindu aku ke..?"

"Aku kat sini asyik ingat kau dengan baby je..lagi-lagi bila aku masak nasi lemak ni...kau kan suka makan.."

Sakinah pula berhenti sekejap dari menghadap laptopnya lalu menyambung semula perbualan mayanya bersama Insyiraa.

"Mahu aku tak rindu kau, lagi-lagi time kau masak macam ni..aku tak kira, kau balik nanti kau kena masak kat aku macam ni juga."

"Ala, kau cakap je kau rindu kat aku kan, tapi sebenarnya kau bahagia sangat-sangat kat sana dengan cowok kau yang ganteng tu...jeles aku.."

Sekali lagi ayat-ayat Sakinah itu membuatkan Insyiraa tersengih...

Tanpa Insyiraa sedar, tingkahnya itu diperhatikan sedari tadi oleh Irwan,

"Syiraa, makan duluan dong, udah sejuk nasi di pinggan tu.."ujar Irwan sambil duduk di tempat kosong di sebelah Insyiraa.

Insyiraa mengalihkan pandangannya sambil tersenyum pada Irwan di sebelahnya yang ketika itu sedang menyedut kopi panas. Lalu Insyiraa meletakkan telefonnya di sebelah.

"Udah setahun kok baru aku dapat merasa kopi seenak ini.."ujar Irwan perlahan sambil meleret pandangannya ke arah Insyiraa kemudian pada telefon di sebelah Insyiraa pula. 

Insyiraa hanya tersenyum manis mendengar pujian itu. Sementara dalam benak Irwan pula timbul sedikit perasaan ingin tahu atau perasaan cemburu bila Insyiraa tersenyum-senyum sendiri tatkala menaip mesej tadi. Perlakuan Irwan itu disedari Insyiraa. Dia seakan faham dengan reaksi cuak Irwan itu.

"Kenapa...?"soal Insyiraa ringkas.

"Kamu tersenyum-senyum sendiri sambil baca mesej...cemburu aku.."ujar Irwan perlahan.

Wajah Irwan kelihatan lucu sekali bila menunjukkan reaksi cemburunya. Insyiraa hanya tersenyum mendengar ngomelan Irwan itu. Tatkala itu Insyiraa telah menghabiskan sisa makanannya pada pinggannya lalu dia bangun untuk memasukkan pinggan kertas yang berlapikkan daun pisang itu ke dalam plastik sampah di sudut dinding dengan membiarkan Irwan termangu sendiri.

Irwan mengikuti langkah Insyiraa dengan matanya. Kurung ungu berbunga yang tersarung cantik pada tubuh gadis itu, juga selendang ungu lembut itu mengingatkan dia kali pertama Insyiraa mengunjunginya di sini tahun lepas.

Insyiraa kembali semula duduk di sebelah Irwan setelah mengambil sebotol air kosong di atas meja, lalu mencapai telefonnya di sebelah. Dia mengaktifkan semula telefon, membuka aplikasi whatsapp serta menunjukkan kepada Irwan video mereka sedang makan tadi dan mesejnya dengan Sakinah.

Irwan meneliti video itu juga mesej-mesej Insyiraa bersama Sakinah tadi, lalu mereka berpandangan dan saling tersenyum sesama sendiri...

Tanpa mereka sedari pula perlakuan mereka berdua menjadi tontonan semua yang ada di situ.

"Aduh, aduh...,bahagianya merpati dua sejoli ni...."gurauan Nasman itu menyebabkan semua yang ada tertawa riang.

Merah padam muka Insyiraa. Irwan pula tersenyum manis sambil tunduk malu memandang lantai.

"Bang Irwan, usah ditangguh-tangguh...,terus aja langsungnya.., gerenti nanti hari-hari bang Irwan takkan terlepas sarapan lagi..."gurau Nasman lagi membuatkan Insyiraa bangun dari situ lalu bergerak mengemas meja yang sedikit berselerak dengan sisa makanan.

Malunya dia hanya Tuhan yang tahu... Irwan pula hanya membulatkan matanya pada Nasman sambil melirik kepada Insyiraa yang sedang mengemaskan meja makan itu. Yang lain pula hanya tersenyum melirik nakal kepada Irwan dan Insyiraa.

"Makasih Insyiraa.., kamu udah susah payah masak untuk kami semua"ujar Irwan ketika menghantar Insyiraa pulang semula ke kampus.

"Sama-sama Irwan, tak ada susahnya...bukan saya seorang aja yang masak, ramai yang tolong tadi, kamu juga..."ujar Insyiraa sambil melepaskan senyuman pada Irwan di sebelah.

"Saya suka bila lihat kamu semua berselera makan...terutamanya sang gitaris itu yang selalu combined breakfast and lunch..."gurauan Insyiraa itu memecahkan tawa Irwan.

"Suka kali kamu mengata aku kan.., sedangkan kamu hanya sikit aja jamah makanan tadi.."ujar Irwan pula sambil melirik padanya.

"Tukang masak biasanya kurang berselera dengan masakan sendiri..."ujar Insyiraa pula.

"Ok. Nanti aku pula masakkan untuk kamu ya...!"ujar Irwan selamba.

"Iya..!, masak apa?,... bila..?"soal Insyiraa penuh minat sambil memandang pada Irwan menantikan jawapan.

Tak sangka pula jemari yang lincah memetik gitar itu juga boleh memasak.

"Iya kok.., masak air sama mi segera...itu pun bila kamu udah sah jadi milik aku.."ujar Irwan melirik nakal pada Insyiraa.

Bila mendengar gurauan Irwan itu, tiba-tiba wajah Insyiraa kembali berubah jadi muram. Kembali kepalanya serabut memikirkan permasalahan yang sama.

Bila melihatkan reaksi Insyiraa, Irwan jadi serba salah pula,

"Syiraa..., maafkan aku...gurauan aku tadi keterlaluan barangkali...".

"Eh, tak adalah Irwan..., saya suka makan mi segera.., lebih-lebih lagi kalau kamu yang masak..."ujar Insyiraa cuba menutup kegusarannya.

Insyiraa sedar sedari awal kedatangannya kali kedua ke sini, Irwan cuba mencuri peluang untuk menagih jawapan cinta darinya. Cuma dia yang sering mengelak.

Irwan tersenyum mendengar jawapan Insyiraa itu. Berat lagi untuk dia bertanya apa yang ada dalam fikiran gadis seberang itu. Jika diikutkan hatinya sekarang juga dia mahu bawa pulang Insyiraa ke rumah untuk dijadikan suri hatinya..., menyediakan makan dan pakainya..., melengkapkan hidupnya sehari-hari...,menjadi penemannya tatkala dia memetik gitarnya di bilik rakaman...

Dipandang lagi gadis di sebelahnya yang ketika itu sedang asyik memerhatikan pemandangan di sepanjang jalan menuju ke ULM.

"Irwan..! hati-hati...!"dengan spontan Insyiraa menahan tangan Irwan di stereng agar tidak tersasar ke tepi jalan yang tatkala itu ada banyak motosikal...

"Mashaallah..."ungkap Irwan spontan.

"Kenapa Irwan, kamu ketiduran ya..."soalan Insyiraa membuatkan Irwan serta merta tersenyum.

"Senyum pula dia..."ujar Insyiraa tak puas hati.

"Aku mimpi tadi..."jawapan Irwan itu lagi menambah kebingungan Insyiraa...

CINTANYA AMPUH DI BUMI BANJARWhere stories live. Discover now