Pulangnya mereka ke bandar hari itu dibekalkan oleh ibu Irwan dengan soto banjar yang sangat enak pada tekak Insyiraa. Dalam kereta, sekali lagi suasana senyap menguasai diri masing-masing. Insyiraa asyik memikirkan tugas beratnya malam nanti. Irwan yang menumpukan perhatiannya pada pemanduannya tertanya-tanya sendiri perihal Insyiraa tadi, juga turut membawa hajat besar dari ibunya buat perawan itu. Tak tahu dari mana hendak dimulakan bicara..., apatah lagi melihat Insyiraa hanya diam sahaja seolah-olah memikirkan sesuatu yang serius amat.
"Kamu marah sama aku..?',akhirnya Irwan bersuara..
"Eh, takdelah,...kenapa pula saya mesti marah sama kamu?",ujar Insyiraa sambil menoleh ke arah Irwan.
"Kok sedari tadi kamu diam aja...risau juga kalau-kalau kamu marah sama aku mengenai ibu...",ditenungnya tepat wajah gadis Melayu di sebelahnya.
"Sebenarnya saya suka amat dapat jumpa sama ibu kamu, apatah lagi bila tahu asalnya dia sama tempat dengan saya...",ujar Insyiraa ikhlas sambil melepaskan pandangan ke luar.
"Saya cuma...aduh...", tak dapat meneruskan kata-kata bila memikirkan apa yang Prof Nizam katakan padanya di telefon tadi.
"Atau sebab telfon tadi..", ujar Irwan lagi menduga.
Insyiraa terkejut. Bijak juga Irwan membaca perasaannya. Lalu dia terpaksa memberitahu apa masalah sebenarnya malam nanti. Prof Nizam terpaksa pulang segera ke Kuala Lumpur kerana ada hal kecemasan. Jadi, menjadi tugasnya pula untuk membentangkan kertas kerjanya dalam seminar malam nanti.
"Prof, saya rasa saya tak boleh buat la....macam mana ni?",teringat ungkapannya di telefon tadi.
"Ain, saya yakin awak boleh. Lagi pun awak yang paling banyak menyumbangkan idea untuk kertas kerja ni kan. Saya tahu kemampuan awak Ain. Takkan awak nak mengaku kalah sebelum berjuang. Lagipun ini soal maruah kolej kita, juga maruah negara Ain", terdengar semangatnya suara Prof Nizam dari corong telefon.
Insyiraa hanya mendiamkan diri sambil menarik selendang banjarnya yang ditiup angin petang..
"Dah, dah...jangan fikir lagi, I know you can do it...", Prof Nizam menamatkan perbualannya di situ.
"Aku udah agak tadi bila keliatan wajah kamu berubah amat bila menerima panggilan itu", kata-kata Irwan menamatkan lamunan Insyiraa.
"Seram sejuk rasanya nak berhadapan dengan peserta seminar nanti.., rasa nak give up aja..",ujar Insyiraa sambil memegang kedua-dua belah pipinya sambil memejamkan matanya memikirkan malam nanti.
"Eh...udah sejauh ini kamu datang.., kemudian mahu pulang dengan tangan kosong aja..., mahu mengalah gituan aja..come on la Insyiraa.., dalam bola sepak sekali pun Malaysia selalu bermati-matian mau menang sama Indo...", semangat sekali pemuda Indo itu berkata-kata untuk memancing perasaan Insyiraa.
"Ai, ini dah lebih ni.., main bola bagai...", Insyiraa mula warm up bila Irwan mengungkit mengenai bola sepak pula...
Irwan tersengih sendiri bila melihat gelagat Insyiraa. Dah ternyata Indonesia memang musuh tradisi Malaysia. Setiap kali ada perlawanan bola antara Indo dan Malaysia selalunya rakyat kedua belah negara akan bertikam lidah di media sosial.
"Ok.., saya terima cabaran tu..Malaysia tak akan mengalah sama Indonesia...",getus Insyiraa sambil menunjukkan isyarat tangan kanannya separas bahu seraya menjeling Irwan di sebelahnya.
Irwan hanya tertawa lucu. Ternyata gadis ini ada semangat juang yang tinggi. Fikirnya lagi. Kagum dengan keberanian perawan itu. Memang bukan calang-calang orang gadis idamannya serta impian ibunya juga. Barang amanah pemberian ibunya untuk Insyiraa tadi tersimpan rapi dalam poket jaket hitamnya.
Dan malam itu berlalu jua seperti biasa...Alhamdulillah, tugas Insyiraa selesai dengan suksesnya tanpa masalah. Walau pun jauh di sudut hati Insyiraa kecut amat bila berhadapan beratus-ratus pasang mata dalam dewan yang besar itu. Amanah Prof Nizam dapat ditunaikan dengan jayanya..
Sementara itu Irwan pula keluh kesah di studionya. Kerja-kerja editing yang dilakukan tak satu pun yang menjadi. Wajah ibunya mahu pun Insyiraa berkali-kali tergambar di hadapannya. Kata-kata dan pesanan ibunya tadi tatkala ibunya memanggil dia masuk ke bilik peraduan ibu dan abahnya masih terngiang-ngiang di telinganya berulang-ulang.
"Wan, terima kasih kerana telah mempertemukan ibu sama Insyiraa...", kata ibunya sambil mengeluarkan sesuatu dari kotak lama dari dalam almari baju.
Sementara Irwan duduk pada birai katil tertanya-tanya sendiri kenapa dia dipanggil ibunya ke bilik.
YOU ARE READING
CINTANYA AMPUH DI BUMI BANJAR
RomancePerjuangan cinta yang tak bertepian...perjalanan trilogi cinta yang maha merumitkan... "Ternyata kamu bawa jiwa dalam setiap petikan gitarmu Irwan. Tak semua gitaris punya bakat seperti kamu"..ungkap Insyiraa kagum.. "Mati pun aku sanggup demi gadis...