Ditolehnya ke belakang. Bangku besi masih ada di situ. Bangku di mana dia duduk sambil minum minuman sejuk bersama Irwan. Di situlah dia melayan keserabutan fikirannya yang dicetus oleh bekas tunangannya Adam Harris.
Belum sempat dia ingin mengutarakan perkara itu kepada Irwan, mereka terpaksa bergerak pulang kerana perubahan masa di tempat kerja Irwan.
Aduh..., laju sahaja memori itu menjelma di ingatannya saat berdepan dengan tempat sejarah bermulanya cinta mereka berdua itu.
Setelah puas menikmati pemandangan sungai dia melabuhkan punggungnya pada bangku besi di belakangnya. Ternyata aura Irwan masih ada di situ. Masih tergambar di matanya Irwan yang berkemeja petak tika itu melirik dengan ekor matanya pada Insyiraa di sebelah yang pada saat itu tengah meleraikan keserabutan fikirannya.
Kemudian Insyiraa menongkatkan tangannya pada kedua pahanya sementara matanya dipejamkan sambil kedua tangannya meraup wajahnya sendiri.
"Kamu seolah memikirkan sesuatu yang berat amat...kalau boleh dikongsi sama aku."terkejut lagi Insyiraa mendengar bisikan suara halus itu.
"Allahuakbar.."ungkapnya perlahan.
Ternyata tempat ini telah menjadi keramat cinta buat dirinya. Ternyata ada sahaja kenangan dia bersama dengan Irwan di situ. Adakah keputusannya menerima lamaran pekerjaan sebagai pensyarah kanan di ULM suatu kesilapan?
"Insyiraa...,kamu ke sini lagi..!"bisikan apa pula yang singgah ke telinganya kali ini..?
Terkejut Insyiraa bila dilihatnya susuk tubuh yang dia kenal itu berdiri di sebelah tempat duduknya.
"Anang, apa khabar kamu?"ujar Insyiraa.
Tak disangka Anang juga turut berada di situ.
"Kamu ada seminar lagi di sini ya..?"soal Anang sambil duduk di atas bangku besi di sebelah Insyiraa lalu menghadap ke arah sungai.
"Tak, saya ditawarkan kerja di sini, di ULM.."ujar Insyiraa.
"Oh, tahniah.."ungkap Anang.
"Kawan-kawan yang lain bagaimana..? Sihat semuanya..?"Insyiraa sudah mati akal, tak tahu apa yang ingin dicakapkan.
"Oh, sihat Alhamdulillah...kamu... sudah ketemu sama Irwan..?"akhirnya soalan itu ditanya juga pada Insyiraa.
Wajah Insyiraa sedikit berubah. Teringat pandangan sinis Irwan dalam kelas tutorial dan pertemuan di pejabatnya tengah hari tadi, juga pengaduan Aisyah yang dimarahi Irwan kerana bertemu dengannya.
"Ya sudah...kebetulan dia hadir ke kelas tutorial saya, juga di pejabat saya tengah hari tadi.."terkejut juga Anang dengan kenyataan Insyiraa itu.
"Maksudnya kamu ada bicara secara peribadi dengan dia..?"soal Anang lagi.
"Ya bicara mengenai kuliah sahaja, tidak lebih dari itu... ternyata marah benar dia dengan saya. Pandangannya pada saya penuh dengan kebencian.."ujar Insyiraa sambil melepaskan pandangan sayunya ke arah sungai.
Simpati Anang melihat perawan itu. Teringat pada kandungan surat Insyiraa yang salinannya masih elok dalam simpanannya. Serba salah dia.
"Kenapa dia benci benar pada saya Anang.? Takkan kerana peristiwa yang hanya dilihatnya dengan mata kasarnya pada malam itu telah melenyapkan segala kepercayaannya pada saya.."soalan Insyiraa itu benar-benar menyayat hati lelaki Anang.
"Benar kamu ngak pernah tahu apa yang terjadi selepas kamu meninggalkan lounge malam itu..?"soal Anang cuak.
Insyiraa terkejut sekali dengan persoalan Anang itu. Lalu dia menghadap ke arah Anang di sebelahnya memohon penjelasan.
"Apa yang terjadi? setahu saya Irwan marah benar bila melihat saya, anak kecil serta lelaki itu...mungkin dia menyangka saya ada hubungan sama lelaki itu.."ujar Insyiraa menjelaskan keadaan sebenar.
"Bukan menyangka Insyiraa, tapi kenyataan kan.."ujar Anang menduga.
"Kenyataan...?apa ni..?saya betul-betul tak faham la Anang...tolong jelaskan.."wajah Insyiraa betul-betul inginkan penjelasan.
Rupanya Insyiraa tidak tahu yang Harris datang bertemu Irwan. Fikir Anang. Lalu satu persatu kisah malam suram yang panjang itu dibuka semula buat tatapan Insyiraa.
Anang menceritakan semula bagaimana Irwan didatangi semula oleh Adam Harris setelah tamat persembahan mereka pada malam itu. Kisah bagaimana Harris memperkenalkan dirinya sebagai bakal suami Insyiraa, juga bagaimana Harris merayu Irwan melepaskan Insyiraa dengan menjadikan anak kecilnya serta wasiat arwah isterinya sebagai alasan utama...
Tak ketinggalan juga kisah bagaimana Harris menyatakan yang Insyiraa pernah berterus terang pada Harris yang dia tiada apa-apa perasaan pun pada Irwan, cuma teman biasa yang menjadi faktor utama kebencian Irwan padanya.
"Astaghfirullahalazim..."hanya ungkapan itu yang lahir dari bibir Insyiraa.
Seakan petir halilintar yang sambar menyambar ke arah Insyiraa bila mendengar satu persatu kisah yang Anang ceritakan semula itu. Sungguh tidak disangkanya sampai ke situ Harris sanggup bertindak. Patutlah hanya pandangan benci yang dia terima dari Irwan sejak bertemunya di sini.
Tiba-tiba Insyiraa teringat akan sesuatu,
"Surat, surat tulisan tangan saya...? Irwan baca atau tidak..?"soal Insyiraa, benar-benar ingin kepastian dari Anang.
Anang hanya menggeleng-gelengkan kepalanya.
"Maksud kamu Anang...?"soal Insyiraa tidak faham dengan reaksi Anang itu.
"Pulang sahaja ke studio dinihari itu selepas pertemuan panjangnya dengan Adam Harris, terus Irwan mengamuk, hilang kawalan diri..habis semua barang-barang dalam biliknya termasuk telefon bimbitnya hancur jadi mangsa amarahnya yang menggila..."ujar Anang sedih mengingatkan kembali peristiwa itu.
"Perasaan amarahnya itu terbawa-bawa lagi hingga dia menjumpai surat kamu di bawah pintu. Aku lihat dibakarnya surat itu tanpa sempat dibukanya pun.."
"Sejak hari itu, kami semua udah tidak menyebut lagi nama kamu di hadapannya. Bimbang kemarahannya datang lagi.."ujar Anang sambil menunduk.
"Allahuakbar.."ungkapan itu sahaja yang terucap di bibir Insyiraa.
Terasa mahu meraung dengan permainan takdir itu. Namun Insyiraa sedar apa yang berlaku telah berlalu, tak guna disesalkan lagi.Walau menangis air mata darah sekali pun masa tidak boleh diulang semula. Lalu dia redha...
"Kamu tahu ngak Anang, saya tulis surat itu ketika saya terlantar sakit di hospital...setelah.., setelah hampir ke subuh saya menunggu dia di kampus, namun dia tak juga kunjung datang....sampai hati Irwan..."ujar Insyiraa lemah sambil mengeleng-gelengkan kepala seraya meraup wajahnya dengan sayu sekali.
Ya aku tahu Insyiraa.... Anang hanya mampu menjawab dalam hatinya sahaja. Perasaan bersalahnya kian menghambat mindanya tika itu.
"Kamu ke sini seorang aja Insyiraa.? Mana Adam Harris dan anaknya..?"soal Anang cuak sekali sambil memerhatikan sekitar.
YOU ARE READING
CINTANYA AMPUH DI BUMI BANJAR
RomantikPerjuangan cinta yang tak bertepian...perjalanan trilogi cinta yang maha merumitkan... "Ternyata kamu bawa jiwa dalam setiap petikan gitarmu Irwan. Tak semua gitaris punya bakat seperti kamu"..ungkap Insyiraa kagum.. "Mati pun aku sanggup demi gadis...