Bertemu Kembali...

19 2 0
                                    

      Kemudian Insyiraa meneliti jadual mereka pada hari itu. Selepas Zuhur ada taklimat lebih kurang sejam setengah. Kemudian sesi suaikenal dengan pelajar dan pensyarah...Lepas Asar, baru free. Bolehlah dia curi masa sekejap untuk bertemu dengan Irwan.

Tak sampai hati pula nak menghampakan permintaan Irwan tadi. Lagipun dia tak dapat menipu dirinya sendiri yang dia juga amat merindui jejaka hitam manis itu.

"Petang nanti kalau kamu ngak ada apa-apa urusan, boleh kita jumpa sekejap. Malam nanti aku kerja di lounge..."

Dipandangnya Mukhriz yang sedang meneguk air kosong itu.

"Petang nanti lepas Asar saya nak keluar sekejap ye Mukhriz..."ujar Insyiraa.

"Awak nak ke mana ?"Tanya Mukhriz pula.

"Saya nak jumpa kawan sekejap.."jawab Insyiraa.

"Oo awak ada kawan kat sini...bagus lah...tapi malam nanti jangan lupa..."ujar Mukhriz sambil memandang pelajar mereka yang sedang makan di ruang hadapan.

"Ya..."balas Insyiraa ringkas.

Memasuki pintu gerbang ULM mengingatkan kembali Irwan kenangan lebih kurang 10 tahun dulu di mana kesibukannya menghadiri kuliah bersama rakan-rakan dan pada waktu petang beriadah sambil bermain bola sepak di padang. Mengusik pelajar junior dan kadang-kadang skip kuliah..antara kenakalan zaman kolejnya. Tersenyum sendiri Irwan.

Dia cuma mengagak tempat di mana Insyiraa dan studentnya berada. Masih tidak banyak berubah suasananya seperti sepuluh tahun yang lampau. Deretan pepohon hijau di sepanjang jalan di tepian tasik yang menjadi tempat berkumpulnya mereka setelah beriadah di sebelah petang masih sama.

Cuma bezanya ada beberapa bangunan tambahan yang sepuluh tahun dulu merupakan kawasan hutan kecil menjadi tempat perkhemahan mereka.

Begitu juga taman-taman bunga masih menghijau seperti dulu. Tempat di mana ramai pelajar lelaki dan wanita berkumpul sambil mengulang kaji atau sambil mencari jodoh. Irwan tersenyum sendiri.

Irwan memberhentikan keretanya di sudut kanan yang tidak begitu jauh dari dewan utama. Biasanya di situlah para pelajar akan berkumpul jika ada majlis suaikenal secara dalaman. Tepat sekali anggapan Irwan setelah beberapa minit kemudian kelihatan sebilangan pelajar diikuti beberapa orang pensyarah keluar dari pintu utama dewan.

Namun susuk tubuh yang Irwan rindui itu belum kelihatan. Sabar lagi dia menanti...setelah seketika dia mengambil telefon bimbitnya dan mendail nombor Insyiraa. Tatkala dia mahu mengaktifkan panggilan terlihat olehnya Insyiraa dengan baju kurung biru nilanya melangkah keluar dari pintu utama bersama seorang lelaki.

Di belakang mereka kelihatan beberapa orang pelajar lagi. Melihat dari cara berpakaian, Irwan pasti itu pelajar dari Malaysia. Irwan membatalkan niatnya untuk menelefon Insyiraa bila melihat Insyiraa sedang bercakap-cakap dengan lelaki di sebelahnya. Serius nampaknya. Sementara pelajar yang lain mengelilingi mereka.

Ada yang berselfie sesama mereka. Namun tumpuan Irwan masa itu hanyalah kepada satu-satunya gadis pujaannya yang amat dirindukan itu, Ain Insyiraa.

Manis sekali. Keanggunannya tak pernah berubah sejak kali terakhir mereka bertemu dulu. Ingin sahaja dia menapak ke arah Insyiraa masa itu, namun hatinya melarang. Bimbang mengganggu. Lagi pula terasa malu juga dia.

Seketika dia melihat Insyiraa memberikan penerangan kepada pelajarnya sambil dibantu oleh lelaki di sebelahnya. Kemudian mereka bergambar beramai-ramai di hadapan dewan itu. Mesra sekali dilihatnya Insyiraa bersama pelajarnya. Patutlah dia disayangi walau ke mana sahaja dia pergi.

Kelihatan Insyiraa melihat jam pada lengannya dan memandang sekeliling. Pandangannya terhenti kepada kereta Vios putih Irwan. Irwan pasti yang kehadirannya telah disedari Insyiraa.

Terlihat olehnya Insyiraa mengambil handphone dari begnya dan mendail. Seketika telefon Irwan berdering dan tertera nama Insyiraa di skrin. Irwan tersenyum sambil mengaktifkan panggilan itu.

"Assalamualaikum Irwan, kamu kah itu?"

"Waalaikumsalam, kamu rasa....?..Aku baru bangun dari mimpi bertemu dengan gadis berpakaian serba biru yang amat manis menawan..."ujar Irwan sambil tersenyum manis.

"Tunggu Sekejap ya...nanti saya ke sana.."Insyiraa bersuara sambil tersenyum mendengar gurauan Irwan itu.

Irwan melihat Insyiraa memasukkan semula telefonnya ke dalam beg sambil bercakap-cakap lagi dengan lelaki tadi. Aduh, cemburu lagi Irwan melihat kemesraan mereka. Lalu Insyiraa bersalaman dengan pelajar-pelajar perempuan yang lain.

Insyiraa menunggu mereka bergerak masuk ke dalam van lalu melambai kepada mereka apabila van itu bergerak menuju ke destinasi.

Kemudian Insyiraa mengatur langkah ke arah kereta Irwan. Aduh terubat rindu dendamnya melihat kelembutan dan kesantunan wanita itu menyusun langkah ke arahnya.

Sebenarnya jauh di sudut hati kecil Insyiraa pula amat berdebar sebenarnya untuk berhadapan dengan Irwan lagi. Rasa lain benar kali ini. Tatkala Insyiraa telah hampir ke kereta, Irwan lantas keluar dari kereta untuk membukakan pintu di sebelah penumpang.

"Assalamualaikum..., udah lama menunggu..?"ujar Insyiraa sambil menghadiahkan senyuman manis yang menyerlahkan lesung pipit di kedua belah pipinya buat jejaka yang berkemeja petak itu..

Senyuman yang amat dirindui Irwan dan sentiasa menjadi igauan mimpi Irwan.

"Waalaikumsalam Tuan Puteri, Silakan masuk...Untuk Ain Insyiraa..., mati pun Irwan Syah sanggup.."ujar Irwan juga tersenyum manis sambil membukakan pintu kereta untuk gadis pujaannya itu.

"Tq Irwan..."ujar Insyiraa sambil membulatkan matanya mendengar gurauan Irwan setelah pintu kereta ditutup.

"Macam mana kamu tahu saya ada di sini...?"soal Insyiraa setelah Irwan masuk dan duduk di sebelahnya.

"Di sini kan tempat aku dulu.."ujar Irwan.

"Maksud kamu...?"Insyiraa masih tidak memahami kata-kata Irwan itu.

"Aku bekas pelajar ULM.."kata-kata Irwan itu amat mengejutkan Insyiraa.

"Iya,?...kenapa saya tak tahu sebelum ni...?"

"Kamu yang ngak pernah nanya sama aku..."ujar Irwan sambil melirik pada Insyiraa dan menggerakkan kereta keluar dari kawasan dewan itu.

CINTANYA AMPUH DI BUMI BANJARWhere stories live. Discover now