Indahnya bumi Banjar

64 3 0
                                    

     Perjalanan mereka diteruskan ke desa Irwan. Perjalanan yang memakan masa hampir tiga suku jam itu tidak terasa kerana diwarnai dengan pemandangan yang begitu indah tak ubah seperti kampung halaman Insyiraa.

Sesekali Irwan melirik ke arah Insyiraa yang tak jemu-jemu melihat pemandangan luar. Tudung ungu lembut yang dipakainya meliuk-liuk ditiup angin. Pabila kereta Irwan diperlahankan Insyiraa mengambil kesempatan merakam gambar pemandangan cantik di luar. Sengaja Irwan menurunkan cermin keretanya dan mengambil udara luar untuk memberi ruang pada perawan itu menikmati sepuas-puasnya pemandangan.

Kalaulah ada pensel dan kertas sekarang, ingin sahaja Insyiraa melakar keindahan ciptaan Tuhan yang tiada tandingnya itu.

"Saya dengar di sini terkenal dengan pasar terapung kan.."soal Insyiraa sambil memandang Irwan setelah puas menikmati pemandangan di luar apatah lagi dilihatnya Irwan hanya berdiam diri membiarkan dia menelusuri persekitaran.

"Ya, betul", jawab Irwan ringkas.

"Esok pagi aku boleh bawain kamu ke sana..", tambah Irwan lagi. Helaian rambutnya berjuntaian jatuh ke dahi ditiup angin luar menyerlahkan lagi ketampanan jejaka banjar itu.

"Kamu kan sibuk di studio rakaman. Saya tak nak menyusahkan kamu lagi...",ujar Insyiraa. Rasa bersalah sangat terhadap Irwan.

"Kamu kan tetamu aku...", apa gunanya kawan kalau tak boleh menolong..", ditenungnya lagi wajah lembut di sebelahnya itu.

Aduh, makin lama Irwan makin penasaran jadinya...hatinya makin tak keruan saat itu. Bagaimana caranya dia hendak perkenalkan gadis itu kepada ibunya. Pasti ibunya terkejut amat. Tak pernah sekali pun dia membawa mana-mana kawan perempuannya pulang ke desa. Jika ada pun mereka datang beramai-ramai semasa hari perayaan atau ada majlis kenduri. Pasti pertanyaan demi pertanyaan akan diajukan ibunya yang selama ini mahukan dia cepat mencari calon menantu untuknya.

"Tak apalah Irwan, saya boleh aja call uber, minta dia hantarkan ke sana..", Insyiraa masih berat hati menerima pelawaan Irwan.Memikirkan lagi apa kata kawan-kawan Irwan yang lain.

"Ngak apa-apa kalau orang dah tak sudi..", ujar Irwan dengan wajah merajuk yang dibuat-buat..

"Aduh, sensitif banget cowok Banjar ni ya...", seloroh Insyiraa pula.

Irwan tersenyum manis sambil melirik pada Insyiraa. Tahi lalat pada pipi dan lehernya jelas kelihatan yang menjadi trademark pada wajahnya.

" Udah, jangan jual mahal, esok pagi jam 6.00 aku tunggu kamu di depan hotel...", ujar Irwan muktamad. Bimbang kalau betul Insyiraa call uber seperti tadi pagi, habislah peluangnya untuk berbicara lagi sama gadis manis ini.

"Ok bos,...", Insyiraa dah tak berdaya menolak pelawaan jejaka Banjar itu.

Irwan tersenyum puas. Akhirnya Insyiraa tunduk dengan kemahuannya. Pemanduannya diperlahankan apabila memasuki lorong kecil untuk ke rumahnya. Insyiraa menumpukan semula penglihatannya ke luar. Pemandangannya tak tumpah seolah-olah di perkampungannya sendiri. Kiri kanan jalan dihiasi dengan sawah padi yang menghijau. Bezanya cuma jelas terlihat bukit bukau yang berbalam menghiasi di belakang hamparan sawah yang luas mata memandang itu.

"Mashaallah...", terpacul kata-kata itu dari bibirnya.

"Kenapa..?",soal Irwan kebingungan.

"Aduh, kalau saya punya masa, mahu saja saya rakamkan dalam lukisan panorama ini Irwan...indah amat", ujarnya sambil merakam gambar persekitaran dengan telefon bimbitnya.

Harapnya cuma satu, akan diabadikan dalam lukisan tangannya pemandangan itu. Tapi sehari dua ini dia memang sibuk dengan seminar Bahasa itu. Ada masa terluang pula dia hendak menerokai keindahan kota seribu sungai itu yang julung-julung kali dapat dilawatinya ini. Entah bila pula di dapat ke sini lagi. Bersyukur amat dia apabila diajak Irwan ke perdesaan ini.

Dalam mengelamun itu tak sedar rupanya kereta Irwan telah berhenti di hadapan sebuah rumah kampung yang sangat unik binaannya. Ruang anjung hadapannya ada ciri-ciri binaan minang pada bumbungnya, sementara bahagian tepinya dihiasi dengan rimbunan pepohonan hijau bunga kertas yang sedang berbunga lebat. Lagi sekali Insyiraa terkesima dengan pemandangan itu. Tambahan lagi terhampar pemandangan sawah padi di belakang rumah dengan latar belakang pergunungan yang berbalam-balam. Jatuh cinta dibuatnya dengan keindahan itu.

"Insyiraa...", suara Irwan mengejutkan lamunannya.

"Kenapa...?", soal Irwan setelah melihat Insyiraa bagaikan hilang dalam diri sendiri.

"Eh, dah sampai ke...?",Insyiraa sedikit terkejut.

"Ayuh..aku kenalkan sama ibu dan abahku..", ujar Irwan bila melihat ibu dan abahnya telah menunggu di anjung hadapan rumah.

Dengan hati yang agak berdebar-debar Insyiraa membuka pintu kereta. Di anjung rumah terlihat olehnya wanita dalam lingkungan separuh usia bangun dari bangku kayu apabila melihatnya keluar dari kereta. Dari redup pandang wajah itu, Insyiraa amat pasti itu ibu Irwan. Ternyata redup wajah Irwan diwarisi seratus peratus dari ibunya. Sementara lelaki yang masih duduk namun turut terpana dengan kehadirannya pasti bapanya. Berkulit hitam manis seperti Irwan, memakai kopiah putih, tersenyum manis padanya, pun saling tak tumpah seperti senyuman Irwan.

CINTANYA AMPUH DI BUMI BANJARWhere stories live. Discover now