"Aduh...", beratnya kepala Insyiraa ekoran lewat tidur serta banyak menangis malam tadi membuatkan dia merebahkan diri kembali..
"Allah, janji dengan Irwan pula pukul 6 pagi",ngomelnya sendirian.
Dicapainya telefon pada meja katil. Hampir pukul 5.00 pagi. Digagahnya juga ke bilik air. Setelah selesai solat subuh, dengan segera dia mengemas barangannya. Harap-harap tiada yang tertinggal..Kemudian menyarungkan baju kurung corak batik yang dibelinya dari Terengganu dua bulan lepas. Selepas make up ala kadar, dia menyarungkan pula tudung kuning air berpadanan dengan corak batik pada bajunya.
Menyorot jam pada tangannya. Aduh, sudah pukul 6.10 minit pagi. Suasana di luar sudah agak terang dengan sinaran matahari pagi di ufuk timur. Rasa bersalah pula membiarkan Irwan tertunggu. Tapi, kenapa dia tak telefon pun. Agaknya dia pun terlewat juga. Fikir Insyiraa sendiri.
Bila hampir 10 minit kelibat Insyiraa tidak kelihatan, Irwan bertindak meletakkan keretanya di parkir sebelah kanan hotel. Dia nekad untuk naik sahaja ke hotel. Bimbang Insyiraa ketiduran. Rasa bersalah pula Irwan dengan peristiwa malam tadi. Mesti Insyiraa penat kerana menemaninya.
Setelah mendapatkan nombor bilik Insyiraa dari receptionist yang juga merupakan kenalannya Ridwan, Irwan menapak ke arah lift. Bila pintu lift terbuka, ternyata salah serorang yang ada di dalamnya ialah gadis idamannya. Manis sekali dengan baju kurung batiknya. Menggalas beg sandang di belakang serta beg laptop di sebelah kanannya. Melangkah keluar dari lift sambil menarik beg roda umpama seorang cabin crew.
Kaget sedikit Insyiraa bila melihat Irwan telah terpacak di hadapannya dengan berjaket merah hati dan berseluar jeans hitam itu.
"Eh, Allahuakbar, sorry sangat..., saya terlewat..", ujar Insyiraa dengan perasaan bersalah.
"Ngak apa-apa", Irwan hanya tersenyum sambil mendapatkan beg laptop dan beg roda dari Insyiraa.
Disilangkan beg laptop pada dadanya umpama menyarungkan gitarnya lalu beg roda ditariknya mengikuti langkah Insyiraa ke kaunter reception.
"Selamat sore miss Insyiraa...", sapa receptionist yang bertanda nama Ridwan pada dadanya..
"Selamat sore encik Ridwan...saya mau check out..", balas Insyiraa dengan rasa tertanya-tanya dari mana si Ridwan ini kenal namanya.
Irwan di sebelahnya kemudian bercakap sesuatu dalam Bahasa Banjar yang Insyiraa tidak faham butir bicaranya dengan Ridwan. Patutlah kawan Irwan agaknya..
"Hari ini aku mau belanja kamu makan di atas air Insyiraa..", ujar Irwan sambil memakai tali pinggang keselamatannya pada seatnya.
"Atas air..? tak faham...",Insyiraa tertanya-tanya lagi.
"Tapi kamu janji ya...., hari ini ngak mau lagi bicara soal hati dan perasaan..",ujar Insyiraa lagi.
Hari ini dia mahu bebas menikmati keindahan Sungai Martapura dan pasar terapungnya tanpa memikirkan apa-apa yang akan membuatkannya sedih lagi.
"Ok bos..", jawab Irwan ringkas.
Teruja sekali Insyiraa pada pagi itu bila dibawa menaiki bot serta mendekati peniaga-peniaga yang kebanyakannya wanita yang menjual barangan di atas perahu kayu. Walau pun pada awalnya Insyiraa agak takut-takut untuk menaiki bot ke tengah sungai.
"Perlukah kita naik bot ni Irwan..", Insyiraa agak keberatan mengikut ajakan Irwan.
"Terserah kalau kamu hanya berpuas hati melihat orang-orang berjualan dari sini...",ujar Irwan pula.
Sejenak Insyiraa terdiam. Setakat melihat dari sini, tidak begitu mengujakan kerana dia pernah pergi juga ke pasar terapung di Thailand. Lebih kurang juga panoramanya. Hatinya teringin juga untuk merasakan pengalaman melihat dan bercakap sendiri dengan peniaga-peniaga itu. Apatah lagi bahasa mereka hampir sama.
Akhirnya terpaksa juga dia menapak menaiki bot itu. Tiada pilihan, Insyiraa terpaksa berpaut pada lengan Irwan kerana bimbang terjatuh dengan alunnya air Sungai Martapura itu. Nasib baik baju yang dipakai Irwan berlengan panjang. Setelah agak stabil dirasakan Insyiraa, barulah dia melepaskan lengan Irwan.
Dalam bot itu hanya ada beberapa orang penumpang sahaja. Mungkin orang luar sepertinya juga. Masing-masing teruja untuk melihat sendiri peniaga-peniaga bersampan itu dari dekat.
Banyak sangat hasil-hasil tani yang diniagakan di situ. Sayuran, buah-buahan, kuih muih tempatan...dan paling mengujakan mereka bersarapan nasi kuning banjar dengan kopi panas di atas bot...satu pengalaman indah yang hanya terdapat di bumi Banjar.
Hinggakan Insyiraa yang penakut sangat dengan aktiviti air sejak zaman sekolahnya itu terlupa yang dia sekarang berada di atas air. Kalah rasanya restoran-restoran yang ada di atas kapal-kapal mewah jika dibandingkan dengan sifat semula jadi pasar terapung ini. Jatuh cinta dia dengan bumi Banjarmasin ini dibuatnya.
Tak lupa juga dia merasa soto banjar dari dalam bot itu walau rasanya tak seenak air tangan ibu Irwan. Irwan pula senang sekali melihat keceriaan Insyiraa pagi itu. Cara dia mendekati serta bercakap dengan para peniaga dari atas perahu itu amat menyenangkan hati sekali. Malah boleh berbalas-balas pantun dengan peniaga-peniaga itu. Satu lagi keistimewaan orang Banjar. Berpantun.
Nasi lemak buah bidara,
Sayang selasih hamba lurutkan,
Buang emak buang saudara,
Kerana kasih hamba turutkan.
Sejenak Insyiraa menjawab,
Nasi lemak buah bidara,
Sayang selasih tumbuh di tepian,
Buang emak, buang saudara,
Sayangnya kasih tidak kesampaian...
Lalu dijualnya lagi pantun pada Insyiraa,
Buah langsat kuning mencelah,
Senduduk tidak berbunga pagi,
Sudah dapat gading bertuah,
Tanduk kada berguna lagi..
Insyiraa masih tak mahu mengalah,
Buah langsat kuning mencelah,
Senduduk tumbuh di pohon jati,
Walau dapat gading bertuah,
Tanduk jua tetap di hati...
Kali ini acara berpantun mereka mendapat tepukan gemuruh dari penumpang bot juga peniaga-peniaga yang rata-ratanya perempuan separuh umur...Ada yang turut merakamkan aksi itu. Irwan juga, sambil matanya memandang Insyiraa dengan senyuman yang terukir sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.
YOU ARE READING
CINTANYA AMPUH DI BUMI BANJAR
RomansaPerjuangan cinta yang tak bertepian...perjalanan trilogi cinta yang maha merumitkan... "Ternyata kamu bawa jiwa dalam setiap petikan gitarmu Irwan. Tak semua gitaris punya bakat seperti kamu"..ungkap Insyiraa kagum.. "Mati pun aku sanggup demi gadis...