"Oh, mereka masih di sini..saya terpaksa pulang dahulu..ada hal..",balas Insyiraa sambil mengenakan save belt.
Terbayang wajah student-student Insyiraa di kolej yang akan menghadapi exam akhir semester. Pulangnya dia lebih awal untuk membantu mereka.
Irwan mula gelisah. Tak tahu apa yang nak dicakapkan. Perasaan mengantuknya akibat keletihan tadi hilang terus. Seketika terdengar suara kapten kapal membuat pengumuman biasa.
Insyiraa pula mengalihkan pandangannya ke luar tingkap melihat sepuas-puasnya panorama Bali yang akan ditinggalkannya sebentar lagi. Tiba-tiba teringat pesanan prof Nizam supaya memberitahunya bila sudah menaiki flight. Terus dia mengambil telefonnya dari dalam beg. Malang sekali telefonnya pula tak dapat diaktifkan seperti malam semalam.
Aduh kenapa ni...ditenungnya telefon itu..Allahuakbar...janganlah kau buat hal lagi...Ini kali kedua telefonnya jammed semenjak dia di pulau itu.
Irwan hanya melihat tingkah Insyiraa dari ekor matanya. Anang di sebelahnya telah ketiduran dengan earphone di telinga. Simpati dengan situasi itu, dia membuka bicara,
"Kenapa..?",Insyira sedikit kaget bila menyedari Irwan perasan dengan tingkahnya tadi.
"Err..tak.., ni handphone saya ada masalah sikit..", jawab Insyiraa.
"Udah dikeluarkan kad simnya..?",soal Irwan pula.
Insyiraa hanya menggeleng-gelengkan kepalanya. Manalah dia tahu hal-hal telefon ni..tahu pakai aja..yang lain biasanya serah ke kedai sahaja.
"Sini aku liat..",Irwan menawarkan pertolongan.
Insyiraa memberikan telefon di tangannya kepada Irwan. Irwan mengeluarkan meja kecil pada seat hadapannya. Kemudian dengan tenang satu-persatu dia keluarkan part-part dari telefon itu. Memory card dan sim card diserahkan pada Insyiraa, bimbang jatuh ke bawah. Dibiarkan begitu telefon Insyiraa selama beberapa minit.
"Maaflah, saya dah ganggu masa rehat kamu Irwan..",Insyiraa memulakan bicara dengan pemuda pendiam itu.
"Eh, ngak jadi masalah...HP aku pun selalu begini...biasanya akan ok selepas dua tiga menit..",ujarnya sambil tersenyum kepada Insyiraa.
Itulah kali pertama Irwan dapat memandang wajah lembut dan mendamaikan itu dari jarak yang dekat. Tidak berani bertentang mata dengan Insyiraa lalu dia kembali menyatukan semula bahagian-bahagian telefon setelah merasa masa yang yang diambil telah mencukupi untuk merehatkan telefon itu.
Insyiraa meletakkan semula sim card dan memory cardnya di meja kecil berhadapan Irwan lalu Irwan memasukkan semula ke tempat asalnya. Kemudian dia menekan punat di sebelah kanan telefon itu.
"Alhamdulillah...", serentak mereka mengungkapkan itu.
"Makasih Irwan...nasib baik kamu ada,kalau tak, berpeluh juga saya ni...", ujar Insyiraa sambil tersenyum manis menampakkan lesung pipitnya pada kedua-dua belah pipinya lalu mendapatkan semula telefonnya dari tangan Irwan.
Senyuman itulah yang setiap saat menghantui hidup Irwan dan membuat Irwan penasaran terus dengan gadis Melayu itu. Namun tiada siapa yang tahu isi hati lelakinya itu. Sikap pemalunya itu mengatasi segalanya. Lantas dia membiarkan sahaja perasaan cintanya itu hinggalah terjadi salah faham.
"Bang Irwan, kamu masih ingat sama Insyiraa..? gadis Melayu dari Malaysia...", soal Anang pada suatu petang sedang mereka melakukan editing video untuk dipaparkan pada chanel youtube mereka.
Hati Irwan berdebar-debar bila nama Insyiraa disebut, nama yang sentiasa ada dalam benaknya setiap kali bangun dari tidur juga setiap kali hendak memejamkan matanya pada malam harinya. Namun dia berlagak selamba, bimbang akan menimbulkan apa-apa syak di hati Anang, sahabat baiknya yang telah dianggap umpama saudara itu.
"Oh ya, Insyiraa, aku ingat, gadis Malaysia yang kita jumpa di Bali tu waktu show kita di sana...kenapa Ann?", Soal Irwan ingin tahu.
"Dia ada DM aku bang..", tergambar perasaan gembira dalam nada suara Anang menjadikan Irwan tenggelam punca.
"Iya...?", Irwan seakan tidak percaya.
"Apa katanya...?",soal Irwan lagi.
"Katanya dia suka amat sama suara aku...Dia support banget chanel kita bang, katanya kita gandingan yang serasi, jangan pernah fikir untuk berpecah..",ujar Anang lagi. Tergambar perasaan bahagia pada wajah Anang.
"Oh, bagus..", ringkas sahaja jawapan Irwan.
Mood Irwan pada hari itu terus hilang. Ternyata Anang yang menjadi pujaan ramai itu telah dapat merebut hati Insyiraa rupanya. Hatinya jadi makin hancur bila kerap juga Anang bercerita yang mereka saling berbalas mesej. Tak pernah pula dia bertanya apa kandungan mesej mereka.Bimbang hatinya makin luluh...dan sejak beberapa bulan ini tumpuannya hanya pada muzik sahaja walau pun nama Insyiraa masih belum terpadam dari mindanya..
Sedangkan yang sebenarnya Anang selalu meminta pandangan Insyiraa mengenai konsep video mereka. Anang suka sekali dengan idea-idea bernas Insyiraa untuk diupload dalam chanel mereka. Jika dia sudah kekeringan idea, kepada Insyiraalah tempat untuk dia mengadu. Insyiraa hanya respons bila dia tidak sibuk dengan kuliah atau assignmentnya..
Ternyata masih ada peluang untuk dia mendekati gadis manis itu. Hari ini telah membuktikan segalanya...tidak ada apa-apa hubungan istimewa pun antara Anang dan Insyiraa sebenarnya...Terima kasih Tuhan...
"Eh.., menung jauh lagi anak ibu ini...", sergah ibunya mematikan pula lamunan Irwan.
"Wan, kalo udah suka jangan nunggu lama-lama dong...atau kamu mahu ibu yang mulakan..?",kata-kata ibunya membuatkan lagi sekali Irwan terpana.
"Ibu..., ibu restu kalau aku sama Insyiraa...?",soal Irwan sambil menatap tajam wajah ibunya minta kepastian.
"Kalau itu jodoh kamu, masakan ibu boleh halangnya...Mungkin Tuhan telah hantarkan Insyira untuk jadi penghubung kasih ibu dengan saudara-saudara ibu di Malaysia...Cuma ibu minta kamu jangan lupakan ibu di sini...",ujar ibunya mengusap-usap ubun-ubun Irwan yang ketika itu duduk melutut menghadap ibunya.
"Ibu, ngak usah ngomong gituan dong...tak mungkin aku lupakan ibu...ibu tetap ratu di hatiku...", ujar Irwan sambil menggenggam erat tangan ibunya..
YOU ARE READING
CINTANYA AMPUH DI BUMI BANJAR
RomansaPerjuangan cinta yang tak bertepian...perjalanan trilogi cinta yang maha merumitkan... "Ternyata kamu bawa jiwa dalam setiap petikan gitarmu Irwan. Tak semua gitaris punya bakat seperti kamu"..ungkap Insyiraa kagum.. "Mati pun aku sanggup demi gadis...