Taktik menjadi...

32 2 2
                                    

     "Cik Ain Insyiraa...betul kan...", soal Harris tatkala bertembung dengan Insyiraa di anak tangga blok pentadbiran.

"Insyiraa yang ketika itu sedang menuruni anak tangga untuk ke kafe memanggungkan kepalanya dari telefonnya melihat susuk lelaki yang menegurnya.

"Ya saya,...oh ustaz..ya boleh saya bantu...",menggelabah juga Insyiraa melihatkan di hadapannya berdirinya tutor kacak yang menjadi bualan rakan-rakan dan student-student kolej itu.

Berbaju kemeja coklat muda, bertali leher serta bersongkok. Menggalas beg sandang dan memegang fail di tangan dengan senyuman terukir pada wajah putih bersihnya. Memang kacak sekali.

"Di mana saya boleh jumpa dengan Prof Nizam?,...lagi pun saya tak berapa nak kenal lagi orangnya..maklumlah saya pun baru lagi kat sini...",ujar Harris dengan sopan sambil memandang Insyiraa di hadapannya.

"Oh, Prof Nizam,...dia tak ada kat kolej buat masa sekarang...dia out station...ada seminar kat luar negara...",jawab Insyiraa.

"Oh ye ke...?",ujar Harris dengan wajah yang agak hampa.

"Cik Ain ni pembantu dia kan...?",soalnya lagi.

"Ya, saya pembantu beliau...ada apa-apa ke yang boleh saya bantu ustaz...",ujar Insyiraa lagi sambil tersenyum manis pada tutor muda di hadapan.

Sejujurnya Insyiraa agak terganggu apabila ada pelajar dan staf yang lalu lalang di situ pandang memandang ke arah mereka. Jarang dia bercakap-cakap dengan staf lelaki sebegitu rupa.

Harris yang seakan perasan dengan ketidak selesaan Insyiraa itu bersuara,

"Tak sudahnya kalau kita bercakap kat atas tangga macam ni...Cik Ain nak ke mana?",

"Err...saya nak ke café.."jawab Insyiraa ringkas.

"Kalau macam tu jom lah...saya pun baru sekali dua ke sana...tak biasa...lagi pun boleh kita bincang kat sana ja..",ujar Harris sambil melebarkan senyumannya.

Insyiraa serba salah...Perasaan malunya makin menguasai suasana...Aduh..mana pernah dia berjalan seiringan ke café dengan staf lelaki. Kalau ada pun dengan prof Nizam. Itu pun macam bapa dengan anak. Dia memang takut digosipkan dengan sesiapa pun. Malu sangat-sangat.

Setelah diam seketika,

"Emm,..ok....silakan..", dengan sopan dia mengikuti Harris ke café.

Harris tersenyum senang. Jelas ternampak lekuk dagunya dan janggut sejemputnya bila dia tersenyum. Menjadi juga taktiknya. Sebenarnya dia sudah tahu yang Prof Nizam tiada di kolej. Dia cuma mahu mencuri peluang untuk berbicara dengan Insyiraa..pensyarah muda yang selalu dilihatnya bersama dengan Prof Nizam dan teamnya..

Kelembutan dan kesopanan gadis ini seakan mengimbau kenangannya pada gadis sekolejnya dahulu yang hanya diperhatikan dari jauh...Kalau dia tak silap percaturan, Ain Insyiraa ialah gadis itu. Itulah sebabnya dia mencari-cari peluang untuk berbicara secara bersendirian dengan gadis itu.

Walau ramai juga yang cuba menarik perhatiannya di universiti dahulu tiada seorang pun yang berjaya menawan hatinya lantaran kesibukan studynya dan keterlibatannya dengan kegiatan luar seperti ceramah serta program-program sukarela. Namun kelibat gadis pemalu dan penuh sopan ini beberapa kali berjaya menarik perhatiannya.

Dari sehari ke sehari hinggalah hari terakhir di universiti dia tak berjaya mengenali siapa gadis itu hinggalah dia melaporkan diri di kolej ini, barulah dia bertemu semula dengan gadis itu. Kali ini Harris berazam tak akan bertangguh lagi untuk mengenali siapa sebenarnya gadis ini. Ternyata makin matang penampilannya setelah bergelar pensyarah muda, namun masih pemalu dan penuh misteri seperti dulu.

Offer Prof Nizam untuk berkolaboratif bersama team mereka dalam satu projek Sejarah bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal oleh Harris. Inilah peluangnya untuk menyelam sambil minum air.

Insyiraa menarik kerusi pada meja tepi di sudut kiri kafe. Suasana kafe macam biasa. Riuh dengan orang ramai terutamanya pelajar-pelajar yang baru keluar dari dewan kuliah bersebelahan kafe itu.

"Cik Ain nak makan apa? Saya belanja...kebetulan gaji pertama saya masuk hari ni...", soal Harris sambil menarik kerusi berhadapan dengan Insyiraa.

"Eh, tak apa,tak apa...panggil aje saya Ain boleh.?..,saya biasanya minum je...lagi pun saya bawa bekal ni....",terus dia mengeluarkan bekal cucur udangnya yang sempat digorengnya pagi tadi.

"La, makan cucur udang je..Ain nak minum apa...nanti saya ambilkan...",ujar Harris lagi sambil bangun untuk ke kaunter kafe.

"Apa-apa je la...."jawab Insyiraa ringkas.

Dua tiga orang pelajar berhadapan mejanya berbisik sesama sendiri sambil memandang ke arah Harris yang sedang menapak ke kaunter kemudian kembali memandang dia. Dia hanya tersenyum ke arah student-student itu. Membawang pasal aku la tu...hai budak-budak ni...

Ish mana la si Sakinah ni. Kata tadi nak datang...mati la aku macam ni. Takkan aku nak mengadap si ustaz ni sorang-sorang. Pengsan aku kat sini nanti. Getus benaknya. Nuren Sakinah, rakan setugasnya itu belum nampak batang hidung lagi. Insyiraa mula gelisah lalu dia mengeluarkan telefon dari begnya dan mendail nombor sahabatnya itu.

"Hello Kinah, kau kat mana ni...cepatlah...mati la aku kat sini...",ujar Insyiraa perlahan.

"Aku kat belakang kau ni", segera ditarik kerusi bersebelahan dengan Insyiraa dan melabuhkan punggungnya di situ.

CINTANYA AMPUH DI BUMI BANJARWhere stories live. Discover now