"Damia! Aku nak kau siapkan kerja sekolah aku," arah seorang budak perempuan. Buku latihan Matematik dilempar ke atas meja Damia.
Damia menutup mata menahan geram.
"Haah. Buku aku sekali, ada banyak lagi yang tak siap ni," suruh salah seorang lagi budak perempuan itu. Dia turut sama membaling bukunya.
Damia hanya buat-buat tak endah saja. Damia sudah lali dengan perangai mereka.
Mereka berdua mula naik angin melihat Damia yang langsung tidak memberikan sebarang respon. Seolah-olah mereka tidak wujud.
"Oi! Berlagak ek kau sekarang? Kau ingat sikit, kau tu tak ada ayah!" tempik Clarissa.
Itu la dia musuh utama Damia Batrisya. Nama sebenar Clarissa Raisya, tapi orang lebih mengenalinya sebagai Rissa. Majoriti memuji nama Clarissa sebab unik, tapi tidak pada Damia. Apa guna nama cantik, kalau perangai innalilah? Damia merupakan seorang pelajar yang sangat bijak terutamanya dalam subjek Matematik. Dia juga digelar 'anak cikgu' kerana disayangi oleh guru-guru di sekolah mereka. Mulai saat itu, Clarissa menyimpan dendam terhadap Damia. Dia tidak boleh melihat Damia hidup senang-senang.
"Entah, tak padan dengan gelaran anak yatim! Berlagak macam anak dato! Menyampah!" tengking Neena pula.
Nur Neena Fatanah, BFF sehidup semati Clarissa. Apa sahaja yang Clarissa lakukan pasti Neena akan menyokong malah ditokok tambahnya lagi.
Damia masih keras ditempatnya. Segala cacian dan makian yang dilontarkan mereka bagai masuk telinga kanan dan keluar berterbangan dari telinga kiri.
"Kau tengok tu, Neena. Sombong! Macam ni ke mak dia ajar dia?" Clarissa menjeling Damia. Sengaja mahu membuat hati Damia menggelegak.
"Kan? Aku dah tahu, inilah contoh-contoh perangai orang yang tiada kasih sayang ayah. Kasihan kau, Damia. Ada mak pun tapi tak pandai jaga anak."
Ketawa. Mereka mengejek Damia.
Jari-jemari Damia menggenggam kuat pensel di tangan. Air matanya mula bertakung. Ini sudah melampau! Sungguh dia terasa dengan hinaan mereka. Tambah-tambah lagi melibatkan mamanya yang 'konon' nya tidak mendidik dia dengan baik.
"Damia? Hey, kenapa ni kau ni? Kau okey tak?" tegur Azyrah yang baru sahaja tiba dari bilik guru. Nur Azyrah Syazwina, dia merupakan kawan baik kepada Damia Batrisya. Dialah yang akan sentiasa membela Damia dan menyerang Clarissa dan Neena apabila Damia dibuli.
Melihatkan Damia yang masih diam menunduk meja, Azyrah mengangkat wajahnya lalu tersenyum sinis melihat dua budak perempuan yang cukup dibencinya.
"Wah, tak serik-serik lagi kau orang ya? Dah tak ada kerja lain? Hm? Kerja Matematik dah siap? Nak aku beritahu Cikgu Yusra ke?" ugut Azyrah membuatkan muka mereka berubah pucat serta merta. Azyrah merupakan ketua kelas mereka, tidak hairanlah jika dia mengugut.
"Ish! Kau ni, ada je kat mana-mana. Entah apa yang kau nak bela sangat si anak yatim ni." Clarissa mendengus kasar lalu merampas buku Matematiknya di atas meja Damia yang tidak bersentuh itu. Neena memberikan jelingan maut, dia turut merampas buku yang sama dengan Clarissa lalu mengekori langkah kawannya dari belakang.
Azyrah mengeluh sambil menggeleng.
"Damia.. kau jangan ambil hati ek? Dorang tu sebenarnya cemburu dengan kau sebab kau disayangi cikgu, kau pandai, mak kau penyayang tak macam dorang. Tapi aku pelik, mereka olok kau tiada ayah tapi ayah dorang mana? Tak pernah nampak batang hidungpun. Jangankan ayah, mak dorang pun sama." Azyrah berfikir sejenak.
"Dah la Damia, jangan la diam macam ni. Kenapa kau nak sedih, kau kan ada aku. Aku sentiasa ada untuk kau," tutur Azyrah sambil memeluk bahu Damia erat menyalurkan kekuatan buat si kawan baik.
YOU ARE READING
Sincerely Love ✔️
Lãng mạnDELISYA SOFHIA - Kisah seorang wanita yang telah mengalami kisah pahit kematian suami bukan sekali malah dua kali membuatkan dia trauma dengan cinta bahkan perkahwinan. Kehadiran dua cahaya matanya, Damia Batrisya dan Dania Basyirah sentiasa menjadi...