Skrin telefon milik Delisya bercahaya menandakan satu panggilan sedang masuk. Telefon dibiarkan 'silent' kerana sekarang adalah waktu bekerja. Dia menghentikan jarinya dari terus menaip papan kekunci di hadapan. Jari-jemarinya mengambil Iphone untuk melihat nama si pemanggil.
Unknown number
"Siapa pula ni? Urgh, janganlah ada orang nak main-main kat aku lagi." Delisya mengomel perlahan. Dia mengambil keputusan untuk membiarkan dan menyambung semula kerjanya.
Iphone menyala lagi. Delisya mengeluh. Memang nak kena ni.
Delisya bangun dari tempat duduknya menuju ke pantri untuk menjawab panggilan tersebut supaya tidak menganggu pekerja lain membuat tugasan mereka.
"Hello?" balas Delisya acuh tak acuh.
"Isya! Anak ibu..."
Terbuntang luas matanya saat terdengar suara seseorang yang amat dirinduinya. Dia kembali melihat nombor tersebut. Ibu guna number phone baru ke? Teka Delisya.
Nombor telefon ibunya masih tersimpan kemas dalam kenalan Delisya walaupun ianya tidak pernah berangkat apabila di telefon. Rupanya ibunya menggunakan nombor telefon yang lain.
"Isya, Isya marah ibu lagi ke?" soal Puan Dahlia setelah tiada sapaan yang diterima.
Delisya tersedar.
"I....ibu ke ni? Ibu Isya?" soalnya tidak percaya.
" Ya, sayang. Ini ibu. Ibu kandung Delisya, Dahlia," tuturnya lembut.
Mengalir air mata Delisya. Air mata yang penuh dengan kegembiraan setelah tiga tahun tidak mendengar suara ibunya apatah lagi mendengar ibunya memanggilnya dengan panggilan 'anak ibu'. Seperti mahu terbang terus ke langit sahaja dia ketika itu tatkala suara ibunya menyapa gegendang telinga.
"Ibu dah maafkan Isya? Ibu dah boleh terima Isya?" soal Delisya sayu.
"Iya, sayang. Ibu tahu isk isk isk ibu... banyak buat silap dengan Isya isk isk isk Isya maafkan ibu ya? Balik la rumah nak, pintu rumah sentiasa terbuka untuk anak kesayangan ibu ni," rintih Puan Dahlia. Suara tangisan juga kedengaran.
"Ta...tak ibu.. Isya yang banyak buat salah dengan ibu, Isya dah lama maafkan ibu. Isya tak pernah sekalipun berdendam dengan ibu. Isya sayang sangat dekat ibu." Delisya meluah terharu. Ya Allah, terima kasih engkau buka kan pintu hati ibu untuk menerimaku semula, ucap kata hati Delisya.
"Ibu pun sayang Isya sangat-sangat. Nanti Isya nak datang rumah, bawa sekali cucu-cucu ibu tu mesti dorang dah besar, kan? Rindu nya ibu pada mereka. Isya call je bila-bila Isya nak datang, ya? Ibu boleh masakkan lauk favourite Isya." Puan Dahlia mengukir senyuman manis.
Delisya menguntum senyuman terharu. Hanya tuhan sahaja tahu betapa lama dia detik-detik ini.
"Baik ibu, Isya dekat tempat kerja ni. Isya janji kalau Isya free nanti Isya bawa cucu-cucu ibu tu datang rumah sekali. Terima kasih banyak ibu," tuturnya sebak.
"Sama-sama sayang, ini number phone baru ibu yang lama tu ibu dah tak guna dah. Isya call guna number ni, ya? Isya hati-hati kerja, ibu sentiasa doakan yang terbaik buat Isya. Ibu letak telefon dulu, assalamualaikum." Sejurus itu talian ditamatkan.
"Waalaikumussalam...." Delisya berkata bersama senyuman tersirat beribu-ribu kegembiraan. Oh dunia, tiada lagi air mata selepas ini...
🌸🌸🌸🌸🌸
"Hello bro! How are you?" tegur Adrian ramah.
![](https://img.wattpad.com/cover/251117636-288-k946593.jpg)
YOU ARE READING
Sincerely Love ✔️
RomanceDELISYA SOFHIA - Kisah seorang wanita yang telah mengalami kisah pahit kematian suami bukan sekali malah dua kali membuatkan dia trauma dengan cinta bahkan perkahwinan. Kehadiran dua cahaya matanya, Damia Batrisya dan Dania Basyirah sentiasa menjadi...