꧁ SL 70 ꧂

92 10 14
                                    

"Kau.. Kau bunuh aku, lepaskan mereka.. Aku merayu dekat kau, tolonglah..." Perkataan tolong tidak henti-henti meniti di bibir Harraz. Aisyah sedikit pun tidak berasa kasihan.

"Lepaskanlah anak-anak kami, Aisyah... Mereka masih kecil untuk terima semua ni. Mereka tak tahu apa-apa, tolong la Aisyah." Delisya lagi merintih. Harraz terangguk-angguk setuju. Tidak sanggup dia melihat anak-anak kecil ini mati dibunuh kerana satu masalah yang tiada kaitan dengan mereka. Lagi-lagi masalah yang dia sendiri cipta.

"Kau orang menangis air mata darah sekalipun, aku tak akan lepaskan anak-anak bodoh kau orang ni. Walaupun kisah ini lima tahun yang lepas, tapi luka yang kau buat sangat dalam, Harraz. Memang luka yang kau buat sudah menjadi parut tapi... parut ini tidak mungkin akan hilang buat selamanya." Aisyah menghapuskan air matanya yang ingin keluar. Wajahnya sangat bengis seolah-olah dipenuhi dengan api kemarahan yang membara.

Harraz semakin buntu. Dia menyumpah seranah dirinya kerana pernah menghina gadis ini sehingga menukarkan diri gadis ini menjadi seorang yang penuh dengan rasa dendam dan benci.

Aisyah mengerling semula jam ditangannya. Dia bergerak jauh ke hadapan untuk mengambil sesuatu di dalam laci.

Harraz menoleh ke kiri melihat wajah comel anaknya yang lecun dengan air mata. Harraz tersenyum tawar.

"Dania sayang.. Tak mau cry, papa ada kat sini. Papa minta maaf sebab papa tahu ini semua salah papa, tapi Damia, Dania, Daffwa dan mama yang terima hukumannya. Papa menyesal sangat. Ayang, abang minta maaf.. Maafkan abang." Harraz menoleh memandang wajah-wajah kesayangannya.

"Papa, mama.. Damia sayang papa dan mama. Damia.. Damia tak marah papa dan mama, Damia tahu papa dan mama tak minta semua jadi macam ni. Damia dah reda dengan ujian yang Allah bagi dekat Damia. Kalau Damia... ditakdirkan untuk pergi jua, Damia boleh masuk syurga, kan?" Damia tersenyum tipis. Delisya teresak-esak menangis dengan ayat yang keluar dari mulut anak sulungnya. Dia mengucup ubun-ubun Damia dari tepi. InsyaAllah sayang, Damia anak mama yang solehah, bisik hati Delisya.

Delisya kemudian mendaratkan kepalanya di bahu Harraz. Damia pun turut menyandarkan kepalanya pada bahu kiri Delisya manakala Dania meletakkan kepalanya pada bahu kanan Harraz. Mereka seakan-akan sedang berpelukan bersama, ikatan pada tangan mereka tidak menjadi penghalang antara kasih sayang yang sentiasa mekar dalam keluarga itu. Mereka sama-sama menutup mata dan menangis sepuas hati.

"Nampaknya kau orang dah sedia. Hm?" Aisyah muncul bersama pistol di tangan.

Mereka menggigil ketakutan melihat senjata menakutkan itu.

Aisyah tersenyum sinis. Lantas dia mengeluarkan sehelai sapu tangan dari poketnya sebelum dialaskan ke atas pistol tersebut. Sarung tangan yang menutupi kulitnya dibuka.

Delisya dan Harraz berpandangan. Sapu tangan tu...

Aisyah yang perasan dengan reaksi mereka berkerut. Dia melihat sapu tangan tersebut, lalu dia tertawa kecil.

"Oh, sapu tangan ni? Kau orang kenal?" Dia menunjuk sapu tangan itu.

Mereka hanya diam. Tidak memberi sebarang respon.

"Aku tahu yang kau orang tahu. Sapu tangan ni aku cari tak jumpa rupanya ada dengan kau sewaktu aku masuk bilik kau untuk ambil fail. Dari situ aku dah syak yang sapu tangan ni tercicir masa aku kat tempat kejadian kau kena langgar hari tu. Macam mana pun aku tak tahu, tapi aku tak kisah langsung. Kau tahu sebab apa?" Aisyah mendekatkan wajahnya kepada Harraz.

"Sebab kau tu bodoh! Lembab!" Aisyah terus menunjal dahi Harraz berkali-kali.

Harraz menahan sabar dengan menutup matanya. Delisya diam menahan rasa.

Sincerely Love ✔️Where stories live. Discover now