"Ehem ehem." Damia berdehem perlahan untuk mengalihkan perhatian Azyra yang sedang tekun menulis.
Damia berdehem lagi sekali namun dehemannya semakin kuat.
"Kalau sakit tekak tu beritahu cikgu cepat-cepat, kang kena Covid dengan aku sekali kena tarik," perli Azyra tanpa memanggung kepalanya.
Damia tersenyum kecil. Marah ke tu?
"Bukan Covid pun.. saja je pura-pura sakit tekak."
Azyrah masih fokus menulis. Damia bercekak pinggang.
"Nur Azyra Syazwina!"
"Apa?!" Azyra memberontak apabila sebaris namanya diseru.
"Kau jangan la macam ni.. tak cakap dengan aku. Aku bosan tau tak." Dia mencebik bibir.
"Bosan? Eh, pandai ke bosan? Yang dua orang tu mana? Dah pupus dah?" sindir Azyra lagi.
"Kenapa kau asyik nak libatkan mereka? Aku bercakap dengan kau tiada kena mengena dengan mereka." Damia mempersoalkan.
"Kenapa kau tanya? Kau ni lupa ke buat-buat lupa? Aku tak nak cakap dengan kau. Kau pergi kawan dengan mereka. Jangan kacau aku." Lantas Azyra kembali menyibukkan dirinya.
Damia mengecilkan matanya. Tak nak cakap dengan aku ya? Senyuman nakal terukir di bibir.
"Zyra! Cicak!
"Hah?! Mana!? Eee! Takut!" Terlompat Azyra daripada kerusi. Kakinya terus berlari ke belakang Damia.
Damia menahan tawa dari meletus.
"Damia! Ada lagi ke? Eee benci la macam ni." Kedua tangannya sudah selamat diletakkan atas bahu Damia. Muka juga disorok disebalik kepala rakannya itu.
"Erm.. Hah dah hilang. Ish ish ish, dari mana cicak ni muncul pun tak tahulah." Damia menggeleng kepala.
"Betul ke tiada?" tanya Azyra ketakutan.
"Iya zyra-ku, tiada."
Sejurus itu, Azyra berdiri tegak kembali. Dengan berhati-hati dia melangkah semula ke tempatnya.
"Thank you tau bagitahu ada cicak tadi. Kalau tidak memang dah pitam la ku kat sini." Azyra menghembus nafas lega.
Damia tersengih seperti kerang busuk. Saja dia kenakan Azyra dengan cara itu kerana dia sudah maklum akan kawannya itu yang alergi dengan cicak. Terima kasih cicak kerana menjadi umpan pada hari ini.
Azyra berkerut. Lain macam je senyuman Damia harini? Sangat mencurigakan. Dia berfikir sejenak. Serta-merta wajah manis berubah masam.
"Hey! Kau saja je kan nak tipu aku kononnya ada cicak supaya aku kawan dengan kau? Kau ingat lawak ke? Aku dah kata yang aku tak nak cakap dan kawan dengan kau. Jangan kacau aku lagi!" Azyra memberi amaran apabila sudah tersedar dirinya ditipu hidup-hidup.
Damia menelan air liur. Aduh, sudah kantoi ini deh.
"M.maaf. Aku tiada niat pun nak buat kau marah, aku gurau je.." Damia menunduk kesal.
"Gurau? Kau bukan lagi kawan baik aku, jadi tiada istilah gurau dalam hal ni. Tolong, jangan ganggu aku. Kau pergi sana, kau ada kat sini pun sakitkan hati aku je." Azyra menjeling geram Damia.
Damia terdiam. Tipulah kalau dia tidak terasa dengan apa yang dikatakan Azyra. Tapi tidak mengapa, dia akan cuba memujuk Azyra sehingga berjaya. Itu tekadnya.
"Zy, Zy, tunggu!" Suara Damia menghentikan langkah Azyra yang berura-ura hendak keluar dari sekolah.
"N..nanti k..kau s..sampai ru..rumah buka beg k..kau bahagian zip d..depan," beritahu Damia dengan nafas yang tercungap-cungap akibat mengejar Azyra sebentar tadi.
YOU ARE READING
Sincerely Love ✔️
RomanceDELISYA SOFHIA - Kisah seorang wanita yang telah mengalami kisah pahit kematian suami bukan sekali malah dua kali membuatkan dia trauma dengan cinta bahkan perkahwinan. Kehadiran dua cahaya matanya, Damia Batrisya dan Dania Basyirah sentiasa menjadi...