꧁ SL 16 ꧂

131 58 32
                                    

"Sorry traffic jammed tadi, itu yang aku lambat tu," kata Puan Dahlia sebaik tiba di dewan. Dia mengambil tempat bersebelahan dengan rakan-rakannya.

"Eh tak apa Lia, tak lambat pun. Majlis belum mula lagi," ujar Puan Azizah, selaku rakan kepada Puan Dahlia.

Mereka berada di sebuah majlis perkahwinan anak rakan mereka, oleh itu mereka duduk bersama-sama dalam semeja.

"Kau orang buat apa dari tadi?" ramah Puan Dahlia.

"Kita orang sembang-sembang kosong je," jawab salah satu dari mereka.

"Oh, borak pasal apa tu?" sampuk Puan Dahlia tersengih.

"Macam ni, kau nak tahu tak Lia cerita baru-baru ni, anak si Lehah tu kahwin dengan anak orang kaya, tak kacak mana pun tapi kaya kan. Beruntung la si Lehah tu dapat menantu kaya. Eh cakap pasal anak, anak kau yang perempuan tu tak silap aku dah dua kali kahwin tapi dua-dua laki dia mati, kan? Ya Allah, takutnya Lia! Entah-entah anak kau tu ada bela saka tak? Dah kikis duit, dia minta je bomoh tolong matikan laki-laki dia terus. Senang hidup. Eh, kalau aku la Lia memang tak la aku nak mengaku orang macam tu anak, memalukan keturunan." Panjang lebar hinaan Puan Maimunah terhadap Delisya.

Mereka di situ sudah melepaskan tawa. Dimana lawaknya pun tidak tahu.

Puan Dahlia mengigit dinding pipinya. Dia terdiam menahan rasa apabila ditertawakan oleh rakan-rakannya.

🌸🌸🌸🌸🌸

Delisya leka 'scrolling down' Instagramnya untuk mengetahui isu semasa.

"Empat hari tahan sakit, lelaki telan telefon Nokia dibawa ke hospital," ujar Delisya membaca artikel. Dia menekup mulutnya terkejut.

"Oi bang! Dah tak ada benda lain ke kau nak makan?" Delisya membebel. Kepalanya menggeleng-geleng. Apa nak jadi dengan manusia sekarang...

Tiba-tiba tekaknya terasa kering pula. Lebih baik aku makan aiskrim musim-musim panas macam ni, bisik Delisya. Dia kemudian bangun dan mula mengorak langkah.

Ringtone phone lagu 'Reckless' nyanyian Mandison Beer menandakan seseorang menelefonnya. Terbantut langkahnya, pantas dia menoleh pada skrin telefon dengan kerutan di dahi.

Unknown number

"Siapa pula ni?" Delisya menggesek ikon hijau di skin telefonnya. Telefon dilekapkan pada telinga.

"Hello?" sapa Delisya.

"Hi... Re..remember me, joe?" soal si pemanggil.

"Joe? Joe who? I've never had any contacts named joe." Delisya membalas.

"Actually... I am Joe. Joedoh awak," usiknya. Lelaki itu menekup mulut, malu.

Terbeliak sepasang mata Delisya. Urgh, klise!

"Nonsense, you better tell me who are you and what do you want from me. If there's nothing, please dont disturb me or i'll block your number," ugut Delisya tegas.

Lelaki itu mengesat peluh di dahi. Garang... I like! Dia tersenyum kecil.

"Wait! Jangan garang sangat, takutlah saya."

Sincerely Love ✔️Where stories live. Discover now