꧁ SL 4 ꧂

240 75 45
                                    

"Hah? Aku yang kena jumpa client tu? Kenapa aku? Kau kan PA dia." Delisya menyoal bertubi-tubi.

"Entah, bos suruh aku maklumkan dengan kau je. Meeting tu tepat pukul empat petang hari ini dan tempatnya nanti aku hantar location dekat kau," ujar Laila.

Delisya menghembus nafas berat. Memang begitulah perangai bosnya, tiada angin tiada ribut tiba-tiba kena jumpa client. Nasib baik Delisya bukan seseorang yang cepat gelabah.

"Okay, Laila. Ada apa-apa lagi ke?"

"Rasanya tu je kot, maklumat-maklumat yang perlu kau bincang dengan client tu kau tau kan?"

Delisya mengangguk.

"Okay, then. Goodluck Isya." Laila melemparkan senyuman. Bahu Delisya ditepuk perlahan sebelum berlalu pergi.

Delisya termenung seketika. Jam di pergelangan tangan dikerling, 3.07 minit petang. Dia menepuk dahi, hanya tinggal satu jam sahaja untuk dia membuat persediaan. Tanpa melengahkan masa, fail-fail di atas mejanya dikemaskan sebelum dia mengangkat kaki pergi dari situ.

Adriana mengacau secawan kopi panas menggunakan sudu dengan perlahan. Matanya tidak ke arah cawan sebaliknya ke dinding di hadapannya. Kejadian tadi bermain-main dalam fikirannya.

"Hoi! Dari mana?" sergah Adrian dalam biliknya.

Adriana yang sedang lalu di hadapan bilik Adrian tersentak. Kepalanya menoleh kiri kanan sehinggalah wajah cemberut Adrian menyapa pandangan matanya. Dia mengeluh panjang. Muka dia lagi...

Adriana masuk ke dalam pintu bili Adrian yang terbuka.

"Dari tandas, bos. Kenapa? Kalau nak terkucil kena beritahu bos dulu ke?" jawabnya pedas, rasain lo.

Adrian menjeling dengan perlian Adriana. Buang kerja nanti baru tahu, getus hatinya.

"Kau pergi buatkan aku secawan kopi panas," arah Adrian.

Adriana ternganga sebesar alam. Jarinya menunding ke wajahnya.

"Saya? Saya kena buatkan bos kopi?" soalnya pelik.

"Dah tu? Ada lagi ke orang kat belakang?" Giliran Adrian pula membidas.

Adriana mengigit bibir.

"Laila pergi jumpa Delisya, tekak aku rasa haus kebetulan aku nampak kau lalu kat sini," terang Adrian.

"Tunggu je la Laila, bukan Laila tinggal kat situ sehari semalam pun." Adriana membalas.

"Suka hati aku la, kau nak aku potong..."

"Baik bos. Saya pergi sekarang," pintas Adriana. Lebih baik dia setuju sahaja kalau tidak mahu gajinya menjadi mangsa keadaan. Terbit sebuah senyuman pada bibir Adrian. Adriana menghentak kakinya dan terus keluar dari situ.

"Ish! Asyik-asyik aku je yang kena. Laila tu PA dia tak juga kena macam aku! Kalau dengan Delisya pun soft je siap awak, saya. Ini tidak adil! Kenapa aku je kena macam ni!" bebel Adriana tidak puas hati. Mukanya sudah masam mencuka.

"Hoi!" sergah Delisya.

"Oi mak nenek jatuh tergolek!" Adriana melatah. Pantas bahu Delisya dipukul.

"Salam mana, salam?" Dia bercekak pinggang manakala Delisya menghamburkan tawa.

"Baiklah. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh wahai Cik Adriana Safiyya." Delisya melemparkan senyuman manis.

Adriana mengulingkan matanya ke atas. Waalaikumussalam!

Sincerely Love ✔️Where stories live. Discover now