꧁ SL 7 ꧂

183 64 41
                                    

"Oh Malaysia, tanah air ku yang tercinta... I miss you so bad!" jerit Daniel Haiqal sambil mendepakan kedua tangannya ke udara. Dia baru sahaja menamatkan pelajarannya di London bidang perubatan beberapa hari lepas, dia merahsiakan perkara ini daripada pengetahuan keluarganya. Kini dia telah berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

"Tak sabar nya nak balik rumah jumpa ibu ayah dan kakak!" Daniel menepuk tangan suka. Tanpa dia sedari ada seseorang sedang memerhatikan tindak tanduknya dari belakang.

"Kenapa aku rasa macam kenal budak ni eh? Tapi... kat mana? Aduh otak berfungsi la sekarang." Lelaki itu mengetuk-ngetuk kepalanya untuk mengingati tubuh di hadapannya sekarang.

Daniel memaling ke belakang sekilas sebelum mahu melangkah pergi namun. Keningnya berkerut. Dia memusingkan kembali tubuhnya menghadap ke belakang. Sepasang mata bundarnya bersinar terang tatkala memandang seorang lelaki yang amat dikenalinya. Berlari anak dia mendapatkan lelaki itu.

"Abang Harraz!" lantang suara Daniel sambil berlari ke arah Harraz.

Harraz terkejut dengan jeritan itu. Dia memandang kiri kanan apabila mata-mata sedang melihatnya.

"Abang! Abang buat apa kat sini?" Daniel terlebih dahulu menyoal.

Harraz terpinga-pinga. Otaknya masih ligat nengingati wajah ini.

Daniel mengeluh.

"Sampai hati abang lupakan Daniel. Hm, tak apa la macam tu. Daniel balik la," luah Daniel sedih. Dia berura-ura untuk pergi.

"Daniel? Daniel Haiqal ke? Lah, Daniel Haiqal adik angkat busuk masam abang rupanya." Harraz menghamburkan tawa. Baru dia teringat akan adik angkatnya sewaktu berada di sekolah menengah ketika tingkatan lima dahulu. Daniel merupakan junior yang sangat rapat dengannya oleh itu dia mengambil Daniel sebagai adik angkatnya. Setelah selesai sekolah, hubungan mereka mulai terputus dek dia yang sudah bekerja dan Daniel yang sudah melanjutkan pelajarannya di luar negara. Siapa sangka kuasa tuhan mempertemukan mereka semula selepas bertahun-tahun lamanya.

"Hah, ingat pun tapi nak Daniel nak merajuk juga." Muncung sungguh mulut Daniel.

"Ala sorry la, otak abang slow sikit maklumlah dah tua... Kejap, Daniel buat apa kat sini? Baru habis belajar ke ni?" teka Harraz bersama mata yang terancap pada bagasi-bagasi Daniel.

"Pandai la abang teka, haah baru je habis. Abang pula buat apa kat sini?" tanya Daniel pula.

"Abang baru balik dari Dubai pagi tadi ada meeting," ujar Harraz.

Daniel membuat mulut berbentuk O.

"Abang makin segak la sekarang, bukan macam dulu rambut serabai teruk." Daniel tersenyum mengejek. Masih jelas wajah polos Harraz dalam ingatannya walaupun sudah 10 tahun lamanya.

"Amboi, Daniel pun apa kurangnya sekarang. Dah pandai bergaya, jauh beza dulu dengan spek mata besarnya. Sekarang dah mana pergi hilangnya spek Daniel?" Harraz menyilangkan tangannya.

"Ala bang, sekarang dunia sudah maju lor. Daniel buat operate mata sebelum study dulu supaya senang tak payah nak pakai spek lagi dah." Daniel tersengih.

Harraz mengangguk-angguk. Memang jelas ketara perubahan Daniel jika dibandingkan dulu dan sekarang. Sungguh tampan dan matang.

Sincerely Love ✔️Where stories live. Discover now