꧁ SL 39 ꧂

106 28 23
                                    

"Rasanya sesuai tak aku pakai baju ni nanti?" soal Delisya di hadapan cermin sambil meletakkan sepasang baju kurung ke atas tubuhnya.

Geleng.

"Nah.. simple sangat. Macam nak pergi rumah jiran je gayanya," bebel Delisya lalu meletakkan baju tersebut ke atas katil miliknya.

"Aduh, jadi nak pakai apa ni?" Delisya menggaru kepalanya. Matanya meliar mencari baju lain yang terdapat dalam almari tersebut.

Tiba-tiba retina mata terhenti pada sehelai gaun berwarna ungu muda. Satu senyuman terukir di bibirnya. Lantas dia mengambil gaun itu lalu melangkah ke arah cermin. Baju itu diletakkan semula ke atas tubuh.

"Perfect and elegant! Macam manalah aku boleh terlepas pandang baju secantik ini?" Delisya mengelipkan mata sambil menilik diri melalui pantulan cermin.

Sehelai baju yang sungguh bermakna sehinggakan sayang untuk dia memakai baju. Memori dia bersama baju itu menerpa ke dalam kotak fikirannya.

"Kakak tengok apa tu?" tegur Daniel yang datang dari belakang Delisya.

"Eh, tiada apa la." Delisya meletakkan semula gaun ungu muda yang dibeleknya tadi.

"Kakak suka ke baju tu?"

"Suka tu memang suka tapi.. tak apalah. Daniel, jom kita balik dah lewat dah ni. Kakak kena kerja esok pukul tujuh pagi lepastu petang nak kena kerja kat office lagi," kata Delisya.

"Kakak, kenapa kakak nak kena kerja part time lagi? Gaji akak bos bagi tak cukup ke?" Daniel bertanya

"Daniel, kakak baru je start kerja mana cukup gaji yang akak ada sekarang ni nak tampung semuanya. Barang dapur, barang sekolah Damia, pampers dan susu Dania lagi. Nak tak nak akak kena kerja kuat untuk kesenangan hidup anak-anak akak," luah Delisya sayu.

Daniel mengeluh.

"Tapi.. kenapa kakak bersusah payah macam ni. Ayah dengan ibu kan boleh tolong kakak?" cadang Daniel.

Delisya tersenyum tipis. Mereka nak tolong? Encik Danish ada juga menawarkan diri tetapi dihalang mati-matian oleh Puan Dahlia untuk membantu Delisya walau satu sen pun duit kepada anak perempuannya kerana katanya Delisya bukan lagi tanggungjawab mereka walaupun suaminya telah meninggal dunia dua bulan lepas.

"Tak apa Daniel, kakak memang sengaja tak nak menyusahkan ibu dan ayah. It's okay kakak boleh cari duit untuk tampung hidup akak dan anak-anak akak dengan hasil titik peluh akak sendiri," tekad Delisya. Dia tersenyum tawar.

"Daniel bukan apa tapi kak.. akak tu perempuan. Jahitan dekat perut akak pun masih belum pulih sepenuhnya.. bila akak kerja kuat macam ni Daniel takut boleh membahayakan rahim akak tau tak. Kalau akak ada masalah duit, kakak minta je pada Daniel. Duit belanja Daniel yang ayah bagi masih ada lagi Daniel simpan, kalau akak perlukan akak beritahu Daniel ya?" lembut Daniel menuturkan kata.

Delisya tersentuh dengan keikhlasan hati Daniel. Memang bertuah dia dikurniakan seorang adik yang sentiasa menyokongnya walau apa jua yang akan berlaku.

"Jangan la macam tu, itukan duit belajar Daniel. Daniel simpan duit tu elok-elok buat belanja. Fasal akak Daniel jangan risau, akak pandai jaga diri akak sendiri, Insya-Allah." Delisya tersenyum manis.

Daniel angguk lambat-lambat.

"Erm.. kakak tak nak beli baju ni?" Daniel kembali bertanya kerana baju itu seperti mencuri perhatian Delisya tetapi tidak mahu pula dibelinya. Dia mengajak kakaknya untuk membeli belah dan dalam masa yang sama dia mahu meluangkan masa bersama kakaknya waktu cuti ini.

Sincerely Love ✔️Where stories live. Discover now