Delisya Sofhia leka. Leka menggali semula kenangan yang tersimpan kemas dalam lipatan sejarah. Titisan hujan pada luar tingkap mengembalikannya kepada nostalgia yang sudah lama dikuburkan. Kata-kata yang dilontarkan Puan Dahlia masih segar dalam ingatannya.
"Hey, kau dengar sini baik-baik, kau tu tak layak jadi anak aku. Disebabkan perangai iblis kau ni la, semua orang pandang buruk dengan keturunan aku! Kau memalukan aku! Mulai saat dan detik ini, kau bukan lagi anak aku. Aku tiada anak perempuan sundal macam kau! Dalam masa satu minit, aku nak kau dan anak-anak tak guna kau ni keluar dari rumah aku. Jangan berani kau tunjuk muka kau depan aku! Berambus!"
"Ibu... Isk isk isk... Isya merayu sangat tolong jangan halau Isya dan anak-anak Isya... Kita orang nak tinggal kat mana lepas ni? Ibu... Ibu kalau tak kasihan kan Isya, isk isk isk tolong kasihan kan anak-anak Isya, ibu."
"Arh! Diam! Anak-anak kau tak berhak nak dapat sekelumit belas kasihan pun daripada aku. Kau orang merempat kat tepi jalan ke, jadi pengemis ke, itu bukan masalah aku! Kau mati lagi bagus la! Dasar anak pembawa sial!
"Ibu!"
Kata-kata itu bagaikan pisau tajam menghunus hatinya. Ibu yang dahulunya seorang penyayang berubah sekelip mata membencinya hanya kerana kononnya dia telah memalukan nama baik keluarga mereka disebabkan dirinya yang digelar sebagai pembawa nasib yang malang. Betullah apa orang kata, hanya kerana satu keburukan sahaja, ia telah membutakan berjuta-juta kebaikan yang dilakukan.
Tatkala merasakan ada tangan yang sedang melingkar pada pinggangnya, dia lantas menyeka air mata yang sudah mengalir deras di pipi.
"Ma, mama kenapa ni? Mama ada masalah? Mama jangan sedih-sedih, Damia kan ada." Damia mengeratkan lagi pelukan.
Walaupun hanya berusia 8 tahun, Damia Batrisya sangat pandai dalam berkata-kata. Dia sentiasa akan menjadi pembakar semangat kepada Delisya untuk terus hidup.
"Tak la sayang, mama okay je. Mana adik? Dah bagi adik minum susu?" soal Delisya kepada Damia.
"Adik ada kat sofa. Habis minum susu, adik terus tidur selepas tonton kartun kegemaran dia tu."
Delisya tergelak kecil. Tahu sangatlah dengan perangai anak keduanya, Dania Basyirah yang berusia 4 tahun. Setiap kali selesai mengisi perut, pasti sahaja matanya akan menjadi berat dan seterusnya terlelap semasa menonton kartun kegemarannya iaitu 'we bare bears'.
"Okey sayang, thank you tolong mama." Delisya menghadiahkan sebuah senyuman. Dia sentiasa mengucapkan terima kasih kepada Damia setiap kali anak perempuannya menolongnya tanpa sebarang rungutan. Anak solehah bukan?
"Sama-sama mama, Damia turun dulu. Damia nak tengok adik kalau-kalau dah bangun ," tutur Damia lalu tersengih. Kemudian, kaki disusun melangkah ke pintu sebelum meninggalkan Delisya bersendirian.
Delisya menghantar pemergian Damia melalui ekor mata. Sejurus itu, dia bangun dari tempatnya untuk pergi ke tandas namun bunyi 'ting' pada iphone 6 miliknya membantutkan langkahnya. Bebola mata terus terhala pada skrin yang menandakan mesej baru sahaja masuk.
Adriana Safiyya ❤️
Isya, kau free tak? Jom lepak, aku bosan duduk kat rumah lagipun hari ni kan cuti. Jomlah kita release tention sekejap.
Delisya tersenyum. Release tention konon padahal nak memboros, getus Delisya dalam hati. Pantang betul kalau gaji sudah masuk, gatal sahaja mahu membeli. Nasib Delisya sayang. Lantas dia pun membalas mesej tersebut.
YOU ARE READING
Sincerely Love ✔️
RomanceDELISYA SOFHIA - Kisah seorang wanita yang telah mengalami kisah pahit kematian suami bukan sekali malah dua kali membuatkan dia trauma dengan cinta bahkan perkahwinan. Kehadiran dua cahaya matanya, Damia Batrisya dan Dania Basyirah sentiasa menjadi...