Pejam celik pejam celik, esok merupakan hari di mana Harraz Zafran dan Delisya Sofhia akan disatukan. Cepat sungguh masa berlalu.. seperti baru saja kelmarin Harraz memikat Delisya. Sepanjang tempoh persiapan nikah dan sanding mereka, Puan Dahlia langsung tidak menghulurkan tangan untuk membantu menyiapkan majlis tersebut. Dia hanya datang menjenguk-jenguk dan menyumpah-nyumpah sahaja. Mujurlah Datin Halimah dan Dato Harri tidak mengambil hati dengan sikap besan mereka yang satu itu. Segala persiapan 80% diuruskan oleh keluarga Harraz. Kadang-kadang jika ada masa terluang, Encik Danish akan turut serta untuk menolong apa yang patut.
Delisya sedang leka membuat bunga telur yang diperbuat daripada tisu itu untuk dihadiahkan kepada tetamu yang hadir nanti. Manakala pekerja-pekerja yang lain pula sedang sibuk mengurus perhiasan-perhiasan bilik pengantin, persalinan cadar, tirai dan segala barang-barang hantaran untuk dibawa ke dewan pada pagi esok.
Sambil Delisya kusyuk membuat kerjanya di ruang tamu, satu kelibat muncul di hadapannya.
"Sudah, sudah aku nak korang bla sekarang. Dah lewat dah ni esok pun boleh lagi sambung tak payah nak tergesa-gesa sangat. Korang fikir rumah aku ni dewan ke kau orang nak duduk lama-lama? Dah la ramai pula tu buat sempit rumah aku je," halau Puan Dahlia kepada mereka yang sedang memandangnya tidak puas hati. Amboi orang tua ni, datang-datang menghalau. Hello! Kita orang datang ni atas arahan Datin Halimah yang memesan kepada kita orang untuk membantu menguruskan persiapan di rumah bakal pengantin perempuan tau!
Mereka akhirnya terpaksa juga keluar dari rumah itu kerana jika dibiarkan, makin teruk mereka akan dimaki.
Setelah semuanya beransur pergi, Puan Dahlia menapak mendekati Delisya yang masih setia bersama bunga telurnya.
"Seronok la kau, dapat kahwin dengan bukan calang-calang orang. Pandai kau pilih kan? Kau cari lelaki yang kaya habistu senang la kau nak kikis satu-satu harta dia. Lepas dah habiskan duit lelaki tu, kau jumpa bomoh minta matikan bakal suami kau tu. Senang hidup kau kan? Aku yang terdesak nak duit pun tak hingin nak buat cara terkutuk macam kau la! Syirik! Iblis! Manusia bertopengkan syaitan!" caci Puan Dahlia lantang.
Delisya mengetap bibir kuat. Menyabarkan hati yang membara.
"Ibu, berapa kali Isya nak cakap Isya tak buat semua tu! Isya tak buat! Isya tahu mana haram dan halal ibu. Tidak tergamak langsung Isya nak buat macam tu!" sangkal Delisya sedaya yang mampu.
"Huh, jadi kau nak kata kedua-dua laki kau mati tiba-tiba la? Tanpa sebab? Macam tu je mati? Heh! Kau boleh tipu semua orang la tapi kau tak boleh tipu aku! Aku ulang sekali lagi kau tak boleh bodohkan aku! Eh, entah, entah lepas kau nampak aku pukul Damia dan Dania haritu, kau terus pergi bomoh-bomohkan aku sampai aku boleh terkena strok mengejut! Ini semua sebab kau kan, bodoh!"
Delisya menggeleng kepalanya bersama air mata yang sudah jatuh berjuraian di pipi. Astagfirullahaladzim, kenapa ibunya ini tidak pandai faham akan erti takdir?
"Kasihan sungguh bakal suami kau tu sebab dapat bakal isteri pembawa sial macam kau ni! Semua orang telah kau perbodohkan. Kau butakan mata mereka supaya tak dapat lihat satu habuk pun kekotoran pada tubuh jijik kau tu! Kau tahu tak kau la manusia paling sial yang pernah aku jumpa! Dasar perempuan sundal! Puih!" Selepas menghina demikian, Puan Dahlia meludah air liur nya tepat terkena di wajah cantik Delisya sebelum meninggalkan Delisya berseorangan.
Delisya menutup kelopak matanya untuk membiarkan sahaja cecair jernih dari mata untuk mengalir dengan asyiknya. Air liur ibunya dilapnya sekilas menggunakan lengan baju. Nasib sahaja pekerja-pekerja tadi sudah pergi, kalau tidak habis maruah Delisya diperlakukan sebegitu.
"Kenapa begini berat ujian ku Ya Allah? Apakah aku memang tidak boleh bahagia? Kenapa ibu tak pernah nak percayakan aku? Kenapa dia terus-terusan menuduh aku tanpa bukti? Ya Allah, aku tak tahan. Aku juga seorang manusia biasa yang mempunyai hati dan perasaan. Sakit Ya Allah, sakit, luah Delisya. Dia menyembamkan wajahnya ke lutut sambil menangis tersendu-sendu.
YOU ARE READING
Sincerely Love ✔️
Storie d'amoreDELISYA SOFHIA - Kisah seorang wanita yang telah mengalami kisah pahit kematian suami bukan sekali malah dua kali membuatkan dia trauma dengan cinta bahkan perkahwinan. Kehadiran dua cahaya matanya, Damia Batrisya dan Dania Basyirah sentiasa menjadi...