Harraz masuk ke office dengan penuh bergaya. Ceh, seri-seri pengantin baru la katanya.
"Eh, bos! Selamat pagi!" sapa Aisyah ceria.
"Amboi, gembira nampak." Harraz bercekak pinggang.
"Mestilah bos, dah lama bos cuti almaklumlah orang tu kan baru je kahwin." Aisyah menayang sebaris gigi putihnya.
Harraz tergelak perlahan.
"Saya nak masuk bilik dulu. If there's any problem, keep me informed okay?"
"Baik! Patik menjunjung titah, tuanku." Aisyah mengangkat sumpah.
Tergeleng kepala Harraz dibuatnya. Sabar je la dapat PA otak kingkong macam Aisyah.
Harraz lantas menuju ke bilik pejabatnya sambil bersiul kecil. Semangat betul dia mahu mulakan kerja lagi-lagi hujung minggu ini mereka akan mengadakan meeting dengan syarikat yang megah mengenai satu projek besar. Fuh, jangan main-main projek ni. Jika ianya berjalan dengan lancar, duit yang akan diperoleh mencecah sehingga beratusan ribu.
Harraz menghenyakkan punggung di kerusi pejabatnya. Dia membuka laci di bawah tempat duduknya. Fail sulit berkaitan dengan projek itu dicari.
Tangannya yang menyelak satu-satu fail dengan perlahan mula menjadi laju tatkala fail sulit tersebut tidak kelihatan. Jantungnya berdegup kencang.
Fail-fail yang di dalam laci diselongkar sehingga bertaburan di atas lantai. Dia masih setia mencari namun tetap juga tiada.
Harraz menghentak kakinya kuat.
"Shit! Mana pula fail ni? Takkan fail tu boleh hilang? No! Memang aku letak elok-elok kat sini. Arh!" Harraz meraup wajahnya kasar.
Punat '1' pada telefon pejabat itu ditekan sehinggalah terdengar suara Aisyah dihujung talian.
"Aisyah masuk bilik saya sekarang. Sekarang!" Suara Harraz kedengaran sangat tegas.
"B....ba..ik b..bos." Aisyah menelan air liur yang terasa pahit. Habislah kalau bos dah keluarkan suara singa dia memang innalillah la pejabat ni jawabnya.
"B..bos.. k..kenapa b..bos pa..nggil.. sa..ya?" Tersekat-sekat bicaranya apabila memandang Harraz yang sedang berdiri menghadap tingkap besar yang memperlihatkan suasana di luar sudut bilik. Harraz membelakangi mejanya.
Buk!
Harraz menumbuk dinding. Kuat. Buku lalinya sudah mula kemerahan. Pasu bunga di atas meja dibaling ke dinding sehingga pecah.
Terketar-ketar Aisyah. Terkejut dia tengok sisi Harraz yang tidak pernah dilihatnya sebelum ini. Nampak sahaja bosnya ini happy go lucky, namun jika salah seorang buat masalah lebih-lebih lagi berkaitan dengan syarikatnya.. memang nahas.
"Fail sulit untuk projek besar kita dah hilang. Awak tahu di mana?" soal Harraz perlahan. Nadanya berubah lembut tiba-tiba.
"Hah? Hilang? Bos biar betul?" Aisyah mengerdipkan matanya berkali-kali.
"Muka saya ni macam main-main ke?!" tengking Harraz pula mengejut. Amarahnya sudah menggunung.
Terhinjut bahu Aisyah dibuatnya. Dia semakin takut melihat wajah bengis bosnya.
"Saya nak awak pergi tempat security dan dapatkan rakaman CCTV. I want to know that useless person who enters my room and steal the file!" arah Harraz bengang.
"B..ba..baik bos!" Terkulat-kulat dia lari keluar daripada kawasan yang seram itu.
"Iffah! Iffah! Fail projek besar tu dah hilang! Bos kata tiada kat bilik dia! Habislah kita kena lunyai dengan bos! Macam mana ni?" adu Aisyah yang dalam ketakutan. Kehulur-kehilir dia berjalan akibat terlalu gementar.
YOU ARE READING
Sincerely Love ✔️
RomanceDELISYA SOFHIA - Kisah seorang wanita yang telah mengalami kisah pahit kematian suami bukan sekali malah dua kali membuatkan dia trauma dengan cinta bahkan perkahwinan. Kehadiran dua cahaya matanya, Damia Batrisya dan Dania Basyirah sentiasa menjadi...