꧁ SL 40 ꧂

109 24 32
                                    

"Apa hal penting yang akak nak cakap sampai call Daniel suruh balik rumah sekarang juga?"  soal Daniel mengangkat kening. Terkejut dia apabila menerima panggilan telefon daripada kakaknya yang mengatakan bahawa Delisya mahu buat memberita tahu sesuatu kepada mereka. Bila ditanya mengapa, jawabnya hal yang akan menentukan soal hidup dan mati si kakak. Nak tak nak dia curi-curi masa bekerjanha untuk pulang ke rumah.

Delisya mengerling Puan Dahlia yang sedang menayang muka menyampah di atas kerusi roda. Dia menelan air liur.

"Sebenarnya, Isya..."

"Isya nak beritahu apa, sayang?" Encik Danish bersuara ingin tahu.

"Isya..."

"Bodoh, cakap je la terus! Asyik Isya, Isya!" pintas Puan Dahlia tiba-tiba. Semenjak mulutnya semakin pulih untuk bercakap semakin rancak berdosa pula mulutnya.

Delisya terdiam tatkala ditengking ibunya. Ah, kalau macam ni baik aku kahwin lari je dengan Harraz. Eh? Terjangkit  pula Delisya dengan si Harraz ni. *Tepuk dahi*.

"Isya.. nak kahwin," luah Delisya takut-takut.

Hampir terkeluar sepasang biji mata Daniel dibuatnya.

"Akak? Akak betul-betul ke ni?" Maunya dia tidak pelik kakaknya yang trauma dengan hal-hal sebegini tiba-tiba mahu kahwin. Cincah?

Encik Danish buntu. Mengapakah anaknya ini mahu berkahwin semula? Betulkah apa yang didengarinya ini? Atau mungkin telinganya yang silap mentafsir?

"Huh, gila kau perempuan! Oh.. ni mesti lelaki yang pukul kepala aku tu kan? Bodoh! Kau nak kahwin dengan lelaki macam tu? Eh! Lagi satu, kau tak takut ke laki tu akan mati bila kahwin dengan kau? Kau dah lupa apa yang kau buat dengan arwah suami-suami kau dulu? Kau nak jadikan laki tu mangsa keadaan? Ya la, kau tu kan pembawa sial. Sesiapa yang kahwin dengan kau memang akan mati sebab apa? Sebab kau pergi bomoh-bomohkan mereka supaya senang la kau nak kikis duit laki-laki kau tu, kan? Kau fikir aku tak tahu ke apa yang kau buat selama ni? Dasar janda kerepot!" hina Puan Dahlia bertubi-tubi tanpa sempat untuk Delisya menjawab setiap satu tuduhannya.

Delisya hanya mampu menahan air mata yang mula hangat di tubir mata. Kepalanya tergeleng-geleng. Tergamak ibunya mempercayai orang luar daripada anak sendiri sehingga sanggup menfitnahnya? Anak yang ditatang dengan penuh minyak sejak kecil lagi. Berkecai hati Delisya apabila dilayan seperti itu.

"Lia! Awak dah melampau! Mulut awak tu baru je sihat boleh tak rehatkan sikit mulut tu dari bercakap benda tak berfaedah!" tempik Encik Danish kepada isterinya yang becok seperti burung murai. Dia menarik nafas dalam-dalam. 

"Isya..  Isya betul ke nak kahwin? Isya dah fikir masak-masak?" tanya Encik Danish kepada Delisya lembut.

"Akak yakin yang akak takkan ada rasa menyesal bila akak kahwin nanti? Kita orang tak pernah paksa akak tau. Kalau akak percaya yang akak akan bahagia dengan pilihan hati akak.. Daniel setuju. Daniel bukan apa Daniel tak nak hati akak terluka lagi," celah Daniel pula.

Delisya mengesat air matanya.

"Iya ayah, Daniel. Isya dah fikir lama tentang hal ni. Isya buat semua ni untuk masa depan anak-anak Isya. Entahlah, Isya rasa Isya yakin dengan pilihan Isya, Insya-Allah."  Delisya mengukir senyuman tipis.

"Huh, pandai kau berlakon kan?  Beberapa tahun lepas yang kau nak kahwin kali kedua pun macam ni la kau. Gatal! Nak kahwin juga walaupun dah janda! Sekarang kau ulang lagi benda yang sama. Dasar perempuan tak bermaruah! herdik Puan Dahlia lagi.

"Eh? Bila masa pula Isya yang nak kahwin masa tu? Bukan ke awak yang paksa-paksa anak awak tu untuk terima pinangan daripada anak kawan baik awak tu? Awak kata lelaki tu akan terima Delisya walaupun dia janda la, akan jaga dengan penuh kasih sayang la. Itu semua awak yang cakap kan? Awak lupa ke atau buat-buat lupa? Semua masalah ni pun bermula dari awak tau sebenarnya!" bidas Encik Danish serta merta menguncikan bibir Puan Dahlia.

Sincerely Love ✔️Where stories live. Discover now