꧁ SL 32 ꧂

96 33 41
                                    

"Terlajak perahu boleh diundur terlajak kata buruk padahnya."

Itulah peribahasa yang amat sesuai untuk insan yang bernama Delisya Sofhia. Kini, dia telah berada di hadapan bangunan yang besar. Ini merupakan kali pertama dia menjejakkan kaki ke Zafran Holdings.

"Zafran  for Harraz Zafran. Interesting," ucap Delisya sambil mengangguk kepalanya beberapa kali.

Tanpa membuang masa, dia mengatur langkah penuh kemas memasuki bangunan tersebut. Debaran di dada sudah tidak diendahkan. Tujuannya ke sini hanya untuk sebuah perkataan 'maaf'.

Delisya sudah termangu-mangu bila kakinya telah melangkah masuk.

"Bapak besar... Boleh buat padang bola dah lobi syarikat ni. Ditambah dengan dekorasi dia perh mewah gila. Fuh, rasanya macam dekat hotel five star pula," komen Delisya dalam hati sambil anak matanya masih meliar memandang keadaan sekeliling lobi tersebut.

Dengan lafaz bismillah, langkahnya terus disusun menuju ke kaunter lobi. Tiba sahaja di hadapan kaunter, desk girl itu lantas berdiri.

"Hi miss! Anything i can help you?" sapa gadis itu bersama senyuman manis. Delisya juga membalas senyumannya sebelum bertanya.

"Err.. tingkat mana saya nak pergi untuk berjumpa dengan Encik Harraz Zafran?" soal Delisya lembut. Matanya memandang tanda nama gadis tersebut, 'Airina'.

"Oh, kalau Cik nak jumpa dengan Encik Harraz, Cik pergi ke tingkat tiga dan Cik akan berjumpa dengan PA Encik Harraz yang bernama Aisyah," jelas Airina sopan.

"Baik, terima kasih." Delisya menayang senyuman sebelum mengorak langkah.

Ting!

Bunyi lif telah sampai ke tingkat tiga. Delisya semakin gementar kerana kini dia sudah berada berdiri tegak di hadapan meja seorang gadis yang bertudung biru sedang tekun menaip pada papan kekunci komputer itu.

"Er.. Assalamualaikum," ucap Delisya perlahan membuatkan gadis itu memanggung kepala.

"Waalaikumussalam, ya Cik boleh saya bantu?" soal gadis itu prihatin.

"Saya datang ni sebab nak jumpa dengan Encik Harraz Zafran. Dia ada tak?" Delisya bertanya tatkala melihat nama di meja gadis itu yang bertanda 'Aisyah Maisarah' seperti dimaklumkan oleh Airina tadi.

"Ada tapi... Cik ada buat appointment tak dengan Encik Harraz?"

"Hehehe, tak. Saya datang ni pun Encik Harraz tak tahu sebenarnya. Saya memang ada hal yang sangat penting dengan Encik Harraz. Boleh saya jumpa dia?" Delisya memujuk.

Aisyah terkial-kial. Aduh, macam mana ek?

"Kalau diikutkan.. memang tak boleh jumpa Encik Harraz tanpa sebarang appointment.  Tapi.. tak apa saya cuba tanya Encik Harraz. Boleh saya tahu nama cik?" tanya Aisyah perlahan.

Delisya tersenyum. Nasib baik gadis ini bertimbang rasa.

"Em... S..Sofhia," kata Delisya teragak-agak.

"Sebentar, ya." Sejurus itu Aisyah menekan punat telefon pejabat.

"Hello bos maaf saya ganggu erh.. ni ada orang nak jumpa bos." nada Aisyah kedengaran berbisik.

"Jumpa saya? Awak kata saya tiada buat appointment dengan sesiapa hari ini. Habistu siapa pula nak jumpa sekarang? Saya tiada masa la nak jumpa-jumpa orang!" Suara tegas Harraz menyapa gegendang telinga Aisyah.

Aisyah menelan air liur. Haih tak fasal-fasal aku kena marah. Dia sudah lali dengan perubahan mendadak bosnya yang tiba-tiba dingin sejak beberapa minggu yang lalu.

Sincerely Love ✔️Where stories live. Discover now