"Hai Damia, hai Dania! Eee.. rindunya! Semakin comel kau orang ek?" Laju tangan Adriana naik mencubit manja pipi gebu Damia dan Dania.
"Hai kak Ad! Damia pun rindu sangat kat akak," ucap Damia dengan mesranya.
"Ania un indu kak Ad (Dania pun rindu kak Ad)," kata Dania sambil tersenyum comel..
"Anyonyo, comelnya dia. Rasa nak gomol je la pipi tembam dia ni." Adriana menahan geram.
"Ehem ehem.. banyak kau orang punya sembang, habistu aku kat sini siapa nak layan?" Delisya memuncung panjang.
"Eh, baby tua ni nak attention juga. Dah, dah jom kita gerak sekarang," ajak Adriana. Tangan Delisya pantas menghalang Adriana dari pergi.
"Sebelum tu, kita singgah kedai kuih dekat tepi jalan nanti," beritahu Delisya kepada Adriana.
"Kedai kuih? Dah kenapa mengidam ke Cik Puan Delisya oi?" Adriana bercekak pinggang.
"Ish, bukan aku yang mengidam tapi anak aku yang sorang ni hah," jawab Delisya sambil mengerling Damia yang sudah tersengih-sengih seperti beruk dapat bunga.
"Wah! Damia, dah berapa bulan tu?"
Selaju Cheetah Delisya menampar lengan putih Adriana. Terkekek-kekek Adriana ketawa tatkala melihat Delisya yang sudah membesarkan matanya.
Damia membuat muka blur. Nampaknya mesej yang disampaikan oleh Adriana tidak masuk ke dalam akal fikiran budak yang berusia 8 tahun ini.
"Erh.. amarilah kita pergi beli kuih Damia!" Delisya pantas mengubah topik. Kakinya mengorak langkah ke arah kereta milik Adriana. Langkah Delisya dibantuti Adriana, Damia dan Dania di belakang.
"Kuih done! Sekarang nak pergi mana pula?" tanya Delisya setelah masuk ke dalam perut kereta. Plastik yang berisi Karipap yang dibelinya kepada Damia di tempat duduk belakang.
"Ainan Ania! Acam ana? Ainan! (Mainan Dania! Macam mana? Mainan!)," adu Dania sebelum mencebikkan bibir.
Delisya menggaru pipi yang tidak gatal.
"Er... sayang, hari ini kedai mainan tutup la, kan hari ahad. Mama terlupa nak bagitahu tadi dengan Dania." Delisya menayang sebaris giginya dengan harapan Dania tidak merajuk.
Damia memalingkan wajahnya ke kiri sebelum tergelak kecil. Jatuh kasihan pula melihat air muka adiknya yang menaruh harapan.
Delisya mengerdipkan lagi matanya berkali-kali sebelum mencerlungkan matanya ke arah Adriana di tempat pemandu.
"Haah, kedai tutup la hari ahad. Tu la mama ni banyak sangat makan semut sampai lupa-lupa je kerjanya. Dania tak payah kawan mama ni! Kawan kakak je la." Hasutan daripada Adriana membuatkan Delisya menyumpah serana kawan baiknya di dalam hati. Aku suruh kau tolong aku bukan suruh kau bawa gang! Tarak guna punya kawan! Kutuk Delisya perlahan.
"Ah? Jadi akak nak eyikan Ania ainan? Ania nak eyi agi atu atung arbi ebab 5 arbie Ania nak oyang agi tawan. Cian eka, oyeh ya oyeh ya (Hah? Jadi kakak nak belikan Dania mainan? Dania nak beli lagi satu patung barbie sebab 5 barbie Dania nak seorang lagi kawan. Kasihan mereka, boleh la boleh la)," rayu Dania bersama mata yang bersinar terang seperti emas yang baru keluar dari peti besi.
Adriana menelan air liur yang terasa kelat. Cis, ingat nak kenakan Delisya tapi sebaliknya dia pula yang terkena tempiasnya.
Delisya dan Damia menekup mulut menahan tawa daripada terletus. Terbit rasa bangga pula Delisya dengan anaknya seorang ini. Kikis duit orang lain tidak mengapa jangan kikis duitnya sahaja. Bukan Delisya tidak mahu belikan Dania patung barbie, tetapi sudah dibelikan sehingga berbelas namun malangnya boleh pula Dania mematahkan kepala barbie yang lain sebelum dibuangnya ke dalam tong sampah. Oleh itu kini tinggal beberapa sahaja patung barbie nya. Mulai saat itu, Delisya sudah taubat untuk membelikan anak bongsunya patung barbie lagi.
YOU ARE READING
Sincerely Love ✔️
RomanceDELISYA SOFHIA - Kisah seorang wanita yang telah mengalami kisah pahit kematian suami bukan sekali malah dua kali membuatkan dia trauma dengan cinta bahkan perkahwinan. Kehadiran dua cahaya matanya, Damia Batrisya dan Dania Basyirah sentiasa menjadi...