"Mujurlah Raz dah sembuh seperti biasa. Allah dah selamatkan kita daripada peristiwa hitam yang telah berlaku beberapa tahun lalu untuk berulang semula kali ini. Ayah bersyukur dan gembira sangat untuk Raz dan Isya." Terukir senyuman manis si bibir tua Encik Danish.
"Alhamdulillah, yah. Raz pun tak percaya yang Raz dah sihat macam dulu. Raz janji yang Raz akan buat apa sahaja untuk isteri dan anak-anak Raz ni sebab tu Raz cuba sedaya upaya Raz untuk lawan koma ni," balas Harraz sambil menoleh ke arah Delisya sebelum meletakkan tangannya ke atas tangan isterinnya di sebelah yang sedang tersenyum terharu.
"Ayah, ibu mana?" soal Delisya kepada Encik Danish.
Senyuman Encik Danish serta merta mati. Mukanya berubah masam.
Harraz mengusap tangan Delisya. Kepala nya menggeleng ke arah Delisya yang sedang memandangnya. Delisya yang seakan-akan faham terdiam tunduk.
"Ibu kamu tu tak kisah pun pasal kamu, Isya. Tak payah la kamu nak tanya pasal dia tu." Kata-kata yang bersahaja tetapi cukup pedih.
"Ayah... Walau macam mana sekalipun perangai ibu, dia akan tetap jadi ibu Isya. Kalau ayah marahkan ibu sebab ibu hina-hina Isya masa kat hospital hari tu, ayah tak payah risau la. Isya dah biasa kena caci dan makian. Kita maafkan je la ibu dan kita doakan semoga ibu diberikan hidayah." Lembut Delisya menyusun ayatnya.
Harraz hanya memilih untuk diam. Dalam hati sempat dia memuji kesabaran isterinya ini. Delisya tetap menghormati dan memaafkan kesalahan ibunya walaupun dirinya selalu dipandang seperti anjing kurap oleh Puan Dahlia.
"Ayah dah buat keputusan." Suara mendatar Encik Danish membuatkan mereka berdua mengangkat wajah.
"Keputusan apa, yah?" Harraz bertanya.
"Ayah akan bercerai dengan ibu."
Delisya pantas menekup mulutnya yang terlopong. Harraz sudah membundarkan matanya tatkala mendengar pernyataan ayah mertuanya.
"Ayah apa? Ayah nak cerai dengan ibu? Ayah betul ke ni? Ayah dah fikir masak-masak?" Bertubi-tubi soalan dilontarkan Delisya.
"Ayah dah fikir lama pasal ni. Ikutkan hati ayah, ayah dah lama nak cerai ibu kamu masa dekat hopsital lagi tapi sebab ayah hormatkan Raz dan Isya, ayah tangguhkan dahulu. Sekarang ayah dah betul-betul niat nak lafaz talak," putus Encik Danish yakin.
Harraz mengeluh perlahan. Berkemungkinan tindakan ayah mertuanya ini adalah lebih baik daripada terus dibiarkan sahaja perkara sebegini kian melarat.
"Ab..abang."
Serentak kepala mereka bertiga menoleh ke arah empunya suara. Kelihatan Puan Dahlia sedang berjalan ke arah mereka bersama mata yang sungguh sembap dek air mata yang terus-terusan mengalir.
"Ab..abang... Abang betul ke nak cerai Lia? Abang... Lia... Lia isk isk isk... Lia minta ampun abang. Ampunkan dosa dan silap Lia selama ini. Isk isk isk... Sekarang Lia dah sedar ini semua salah Lia. Anak Lia ni tak salah pun sebenarnya." Mata digerakkan ke wajah Delisya di hadapannya.
"Lia yang tuduh dia bukan-bukan. Lia dah boleh terima hakikat yang ini semua ketentuan Allah dan semua yang berlaku ni adalah daripada kuasa Allah juga. Lia berdosa sangat sebab aniaya anak kandung Lia sendiri. Isk isk isk," sambungnya lagi. Sejurus itu, Puan Dahlia menapak pula mendekati Delisya yang sedang duduk di atas sofa. Badannya disamakan dengan separas lutut Delisya. Tangan naik menyentuh lutut Delisya berlapikkan skirt.
"Isya, anak ibu... Isk isk... Kejamnya ibu selama ini. Ibu hina, halau dan ibu tak mengaku Isya sebagai anak ibu. Apalah yang ibu fikir masa tu. Tergamaknya ibu buat semua tu tanpa ada belas kasihan pun. Isya... Isk isk isk... Ibu minta ampun dengan Isya. Maafkan ibu ya nak," pinta Puan Dahlia sebelum menghamburkan tangisan. Perkataan maaf sering kali meniti di bibirnya.
YOU ARE READING
Sincerely Love ✔️
RomanceDELISYA SOFHIA - Kisah seorang wanita yang telah mengalami kisah pahit kematian suami bukan sekali malah dua kali membuatkan dia trauma dengan cinta bahkan perkahwinan. Kehadiran dua cahaya matanya, Damia Batrisya dan Dania Basyirah sentiasa menjadi...