꧁ SL 50 ꧂

102 15 52
                                    

Pisau yang tergenggam kemas dalam tangan lantas dinaikkan perlahan-lahan untuk menikam mangsa.

"Nah, ini dia air awak."

Suara Adrian yang datangnya dari tepi membantutkan niat lelaki itu untuk mencederakan Delisya. Sepantas kilat pisau dimasukkan semula ke dalam kocek seluar sebelum berpaling dan berlalu pergi dari situ.

"Wah! Lajunya. Bos ni betul ke dah bayar?" sakat Delisya sambil memasukkan telefon bimbit yang dipegangnya ke dalam beg. Kemudian dia bangun dari duduk di atas kerusi yang disediakan.

"Amboi, mestilah dah. Kebetulan tadi tak banyak orang sebab tu saya cepat sikit," jelas Adrian sambil menghulurkan minuman itu kepada Delisya.

"Terima kasih lagi sekai, bos." Delisya mengambil minuman tersebut. Mereka melangkah ke kereta bersama-sama.

"Oh ya, Harraz ada call saya tadi," ucap Adrian setelah masuk ke dalam kereta.

"Harraz kata apa?" soal Delisya lalu menghirup airnya sedikit.

"Dia tanya kenapa saya call. Katanya phone dia silent sebab ada meeting. Saya beritahu yang awak ada dengan saya dan sekarang saya on the way nak hantar awak balik," maklum Adrian. Tiada satu pun yang tertinggal.

"Bos ada cakap pasal kandungan saya ke?"

"Nope. Saya rasa lebih baik awak yang beritahu berita gembira macam ni. Biar dia dengar daripada mulut awak sendiri."

Delisya tersenyum senang. Nasib baik bos nya ini seorang yang memahami, kalau tidak tak dapat la dia melihat riaksi Harraz nanti.

"Harraz suruh saya beritahu awak yang dia balik petang karang macam tu sebab syarikat dia baru je dapat projek baru. Dia memang kena concentrate habislah kalau tak mahu pisang berbuah dua kali lagi," tutur Adrian.

Delisya mengangguk faham.

🌸🌸🌸🌸🌸

Tok tok tok!

"Delisya! Delisya! Buka pintu ni!" panggil Encik Danish lantang. Tangan kirinya ligat mengetuk pintu manakala tangan kanannya menggenggam kuat tangan Puan Dahlia.

"Huh, ini rumah isteri baru abang, kan! Abang saja je sebut nama anak haram tu padahal orang yang dalam rumah ni isteri baru abang!" Puan Dahlia membuka mulut walaupun dalam kesakitan.

"Diam! Kau tak tahu apa-apa, jangan sampai aku tampar kau kat sini. Delisya! Ayah ni! Buka pintu!" Pintu diketuk lagi bertalu-talu.

Tiba-tiba telinganya mengecam bunyi enjin kereta yang datang dari belakang. Kepala terus ditoleh ke arah bunyi tersebut.

"Eh? Itu bukan ayah dengan ibu ke? Apa mereka buat kat rumah?" bisik Delisya perlahan.

"Delisya, awak kenal ke itu siapa?" tanya Adrian bersama mata yang masih terhala pada sepasang suami isteri di hadapan pintu rumah.

"Kenal. Itu ayah dan ibu saya. Okey la saya turun dulu. Terima kasih untuk kali ke berapa pun tak tahu la. Saya terhutang budi sangat dengan bos. Insya-Allah satu hari nanti saya janji saya pula yang akan tolong bos." Delisya menyusun ayatnya.

"Hailah awak ni. Benda kecil je pun. Hati-hati jalan.  Jaga baby baik-baik. Dapatkan rehat yang secukupnya," nasihat Adrian.

"Baiklah bos. Saya keluar dulu. Assalamualaikum." Pintu kereta terus dibuka. Kaki bergerak ke rumah sebelum masuk ke dalam.

"Ayah? Ibu? Kenapa datang tak beritahu ni?" Delisya menghampiri mereka.

"Oi! Ini rumah kau ke?" jerit Puan Dahlia.

Sincerely Love ✔️Where stories live. Discover now