꧁ SL 12 ꧂

145 55 36
                                    

"Damia, Dania, bangun kita nak pergi kedai ni. Mama nak beli barang dapur," panggil Delisya kepada anak-anak nya yang sedang terpisat-pisat membuka mata.

"Hm? Okey mama. Damia masuk tandas dulu," jawab Damia yang masih mamai lalu menuju ke tandas.

Delisya mengangguk. Dia melihat pula anak bongsungnya.

"Amboi budak bertuah ni! Dania Basyirah, bangun! Minta tolong kakak mandikan Dania sekali mama nak siapkan sarapan. Hurry up don't sleep again," bebel Delisya sambil bercekak pinggang.

"Nantuk ah mama ( mengantuk la mama )," kata Dania dengan mata yang separuh terbuka.

"Kalau macam tu, mama tak nak la buatkan Dania kek coklat," ugut Delisya.

"Aaaaa angan! Ania angun ekayang ( Aaaaa jangan! Dania bangun sekarang)," tutur Dania sebelum terkedek-kedek masuk ke dalam tandas.

Delisya menahan tawa. Tahu takut...

🌸🌸🌸🌸🌸

"Mana satu yang lebih segar ni? Macam sama je dua-dua ni," omel Delisya bersendirian. Matanya melihat dua sayur brokoli ditangannya silih berganti.

"Delisya? Awak buat apa kat sini?" tanya seorang lelaki tiba-tiba. Celah mana datang pun tak tahu la.

Delisya mengurut dadanya terkejut. Kus semangat, nasib baik tak terbaling sayur ni kat muka dia. Sempat Delisya berbisik.

" Eh, bos! Tengah buat apa? Ni, tengah pilih ikan." Delisya tersengih menampakkan sebaris gigi putihnya. Tangannya menunjuk sayur brokoli itu.

Adrian terkedu. Mahu sahaja dia memutar balik ayatnya yang lurus itu. Tak pasal-pasal kena sindir.

"Hahahaha, pandai gurau la awak ni." Adrian ketawa palsu.

Delisya membuat muka pelik. Sejak bila aku bergurau dengan dia? Terkelip-kelip matanya.

Adrian terdiam lagi apabila melihat reaksi Delisya dengan ke-tiber-annya. Dia berdehem kecil membetulkan suasana.

"Eh, hai Damia, Dania. Kau orang sihat?" sapa Adrian mesra.

Damia dan Dania menghadiahkan senyuman. Mereka kenal Adrian, bos kepada ibu mereka begitu juga dengan Adrian. Pernah sekali Delisya membawa Damia dan Dania ke pejabat, tiada orang kat rumah katanya. Dia tiada masalah, asalkan mereka tidak mengganggu staf di situ.

"Sihat, uncle?" soal Damia pula. Dania hanya tersenyum comel memandang Adrian.

"Alhamdulillah sihat juga, erh kalau macam tu uncle nak sambung beli barang dulu la. Korang hati-hati tau," pesan Adrian lembut dan tersenyum manis.

Delisya mengecilkan matanya. Suspicious!

"Erm.. Delisya, awak pun sama. Jaga diri okay? Kurangkan sikit perli-perli orang nanti 'orang' tu boleh potong gaji awak tau. Saya pergi dulu Assalamualaikum." Adrian melemparkan senyuman kepada Delisya sebelum berlalu pergi.

"Waalaikumussalam.... Ewah, ugut aku nampak? " bisik Delisya perlahan sambil bercekak pinggang.

"Ma, cepatlah! Lenguh dah kaki Damia ni tunggu mama beli sayur." Muncung ke depan mulut Damia merungut. Dania pun turut sama mengikut kakaknya.

Delisya tertawa melihat anak-anaknya.

"Ele, ini sayur untuk kau orang juga tau! Kalau tak pilih sayur betul-betul kurang khasiat nanti," nasihat Delisya.

Damia dan Dania membuat muka bosan. Delisya menghamburkan tawa lagi. Kalau beli barang aku semua bosan, tapi kalau masuk kedai mainan sepuluh hari sepuluh malam kita berkhemah pun tak apa, omel Delisya dalam hatinya.

Sincerely Love ✔️Where stories live. Discover now