꧁ SL 28 ꧂

105 38 47
                                    

"Siapa ahli keluarga Damia Batrisya dan Dania Basyirah?" soal doktor yang baru keluar daripada wad kecemasan.

Bergegas Delisya bangun dan menghampiri doktor yang tertera pada tanda namanya 'Arissa'.

"Ya saya, saya ibu kepada Damia dan Dania. Macam mana keadaan mereka anak-anak saya doktor?" Terpancar riak kebimbangan pada wajah Delisya.

"Alhamdulillah, keadaan anak-anak puan semakin baik. Mungkin cekikan yang kuat pada leher mereka memberi impak yang hebat kepada tubuh badan mereka. Lebih-lebih lagi anak puan yang masih kecil itu. Nanti puan boleh melawat mereka ya," kata Doktor Arissa sambil tersenyum manis.

"Terima kasih doktor," ucap Delisya.

"Baiklah, saya minta diri dulu." Doktor Arissa menunduk sedikit tanda hormat, kemudian dia mengundur diri.

"Anak mama... syukur korang dah sedar." Delisya menuju ke katil Damia dan Dania lalu duduk di tengah sambil mengusap lembut rambut mereka.

"Damia, Dania... Mama nak tanya ni betul ke nenek ada buat benda-benda jahat kat kau orang?" soalnya masih belum berpuas hati.

Dania memandang wajah kakaknya. Dia membuat riaksi muka sebagai tanda 'bagitahu ke kakak?'

Damia pula sudah mengangkat bahu. Matanya dihala kepada Delisya.

"Errr y...ya mama. Nenek pukul kita orang, nenek buat macam-macam kat kita orang." Damia menunduk.

"Kau orang tipu kan? Apa yang uncle tu dah bagi korang sampai kau orang takut macam ni? Bagitahu mama sekarang." Suara tegas Delisya mula menyapa gegendang telinga mereka.

"Ak mama, n..nenek yang u...ukul ami ( Tak mama, n..nenek yang p...pukul kami )," nafi Dania.

"Sekali lagi mama tanya. Apa yang uncle tu bagi kat kau orang? Kenapa uncle tu boleh ada kat situ? Nenek tak buat apa-apa pun, kan? Nenek tak pukul kau orang, kan? Kan?!" Nada suara Delisya sudah naik dua oktaf. Matanya berapi. Dania merengek apabila ditengking oleh mamanya.

Tiba-tiba riaksi wajahnya kepada muram pula.

"Kenapa nenek nak pukul kau orang? Nenek sayang kau orang, tau? Nenek tak pukul kau orang. Nenek tak pukul!" Delisya menjerit lagi tiba-tiba.

Seluruh tubuhnya menggigil. Tangan naik menutup wajahnya. Damia dan Dania bertambah takut melihat keadaan mama mereka.

"Mama! Mama kenapa ni? Jangan macam ni mama... Mama okey ke?" Dengan takut-takut Damia memeluk bahu Delisya dari tepi.

Dania pula sudah tersendu-sendu menangis.

Delisya bangun semula. Damia terkejut.

"Tak! Nenek sayang kau orang! Nenek sayang mama! Nenek takkan buat macam tu! Kau orang tipu! Nenek tak pukul!" Delisya menjerit kembali. Wajahnya kelihatan terlalu pucat.  Keadaannya ketika itu saling tidak tumpah seperti dirasuk sahaja.

Tangisan dan jeritan dalam wad itu semakin kuat.

"Astagfirullazim! Puan? Puan kenapa ni? Bawa bertenang! Sini puan ikut saya," ucap seorang jururawat yang bergegas masuk ke dalam setelah mendengar bunyi bising yang kuat di dalam wad tersebut.

Delisya hanya membiarkan jururawat itu memapah tubuhnya yang tidak bermaya. Kepalanya sakit bagai dicucuk-cucuk dengan pisau tajam. Dia tidak tahu apa yang telah terjadi kepada dirinya. Belum beberapa saat, dia terus pengsan dalam papahan jururawat itu.

"Mama, mama dah sedar? Mama dah sihat?" soal Damia setelah melihat kelopak mata mamanya terbuka. Senyuman teruja terukir dibibir kecil itu.

Delisya melihat kipas berpusing di atas siling hospital. Kepalanya berpinar-pinar.

Sincerely Love ✔️Where stories live. Discover now