Masa berjalan dengan terlalu pantas. Kini, sudah masuk dua bulan Harraz koma tidak sedarkan diri. Namun, Delisya masih belum berputus asa daripada terus memberi semangat kepada suaminya untuk bangkit semula.
Delisya sedang dalam perjalanan untuk melawat Harraz. Tangan tidak mungkin akan kosong setiap kali berjumpa dengan Harraz. Ada sahaja makanan yang akan dibawa Delisya. Kadang-kadang anak lelakinya yang telah berusia dua bulan itupun akan dibawa bersama untuk melawat papa nya. Kali ini dia membawa mihun goreng masak kicap sebagai makanan tengah harinya. Meskipun Harraz tidak mampu melihat apatah lagi bercakap dengannya, dia tetap berasa jiwa Harraz akan sentiasa dekat dengannya.
"Assalamualaikum abang, Isya datang ni. Isya tak bawa Daffwa hari ni. Isya tinggalkan Daffwa kat mummy dan daddy katanya rindu dengan Daffwa," terang Delisya kepada Harraz yang terbaring kaku.
"Abang, abang ingat lagi tak masa kita nak pilih nama Daffwa ni? Abang excited sangat bila Isya cadang nama ni untuk anak kita." Delisya mula mengimbau semula kenangan sewaktu mereka duduk bersama-sama di ruang tamu sebulan yang lepas.
"Abang... Isya dah ada nama anak kita." Delisya mendaratkan kepalanya ke atas bahu Harraz.
"Ewah, tak bincang dengan abang pun." Harraz pura-pura merajuk.
"Alolo ni la nak tanya pendapat abang. Kalau abang ada cadangan yang lagi elok Isya boleh pertimbangkan." Delisya mengangkat wajah menatap Harraz.
"Hm... Apa dia?"
"Kalau baby girl Isya nak letak Dafiyah Balqis kalau lelaki pula Isya nak letak nama Daffwa Zayyad." Delisya tersenyum lebar.
"Aik? Kenapa nama lelaki tu ada Z pula kat belakang? Bukannya patut B juga ke? tanya Harraz pelik. Tangan kiri memeluk bahu isterinya manakala tangan kanan mengusap perut memboyot Delisya.
"Ala tak apa gabungan nama kita berdua. D for Delisya Z for Zafran."
"La kenapa pula Z for Zafran? Kan nama abang Harraz so kena ambil H la." Harraz masih mempersoalkan.
"Ish abang ni banyak bunyi la. Cantik la tu letak Z. Ala bang... Boleh la, penat Isya fikirkan nama ni." Delisya menarik muncung.
Tergelak kecil Harraz dibuatnya.
"Abang okey je pun, cantik apa nama ayang bagi tu. Daffwa dan Dafiyah. Apa-apa pun yang penting sekali sayang papa ni keluar dengan sihat walafiat. Comel macam papa dia dan baik macam papa dia juga." Perut Delisya digomol geram.
"Eh... Mana boleh comel macam papa dia. Papa dia tak comel jadi baby tak boleh ikut muka papa. Baby kena ikut muka mama!"
"Ele kalau baby ni lelaki, abang jamin baby akan ikut muka papa la. Segak, tampan dan bergaya." Kembang kempis hidung Harraz.
"Yakin betul ek baby boy. Mana tahu baby girl lagi untuk kali ketiga ni macam mana?"Delisya menjongketkan kening.
"Tak akan punya. Ini abang la, genetik lelaki abang kuat. Baby kat dalam ni boy, fight me." Terlalu yakin Harraz berkata.
"Amboi, baiklah abang ku sayang. Hm... Apa-apa pun Isya tak sabar sangat nak jumpa anak kita, bang." Pelukan diketatkan.
"Abang pun tak sabar nak jumpa baby. Abang nak azankan telinga anak abang. Abang nak belai anak abang dengan penuh kasih sayang."
Terharu Delisya mendengar kata-kata manis yang terlontar daripada mulut suaminya. Doanya semoga semuanya akan berlaku seperti yang diinginkan.
"Isya? Kau termenung apa tu?" celah Adriana tiba-tiba.
YOU ARE READING
Sincerely Love ✔️
RomanceDELISYA SOFHIA - Kisah seorang wanita yang telah mengalami kisah pahit kematian suami bukan sekali malah dua kali membuatkan dia trauma dengan cinta bahkan perkahwinan. Kehadiran dua cahaya matanya, Damia Batrisya dan Dania Basyirah sentiasa menjadi...