꧁ SL ( PROLOG ) ꧂

152 2 0
                                    

"Aku tak kira! Sesiapa pun nak kacau kerja aku, kau orang mesti mampus sekarang!"

Delisya dan Harraz menutup mata, reda. Dalam hati sudah mengucap dua kalimah syahadah.

"Selamat tinggal..."

"Hoi!"

Dia tersentak. Terkejut dia apabila empat orang sekaligus merempuh masuk ke dalam.

Harraz dan Delisya berkerut. Mata mereka perlahan-lahan terbuka, Harraz mengukir senyuman.

"Kau orang siapa? Macam mana kau orang boleh masuk sini, hah!" jeritnya lantang.

"Bob! Bobby! Acai! Macam mana dorang ni boleh terlepas!" teriaknya lagi.

"Sebab kau bodoh! Lembab!" herdik Ridzwan.

Dia terkesima. Ayat yang dilontarkannya menampar semula kepadanya.

"Ambil budak-budak pun macam siput! Lepastu, ada hati nak culik lima orang. Kau dari dulu aku kenal sampai sekarang sama je! Lemah! Bengap!" herdik Ridzwan. Nafasnya naik turun.

Dia mengancing gigi kuat. Tak! Aku tak lemah! Aku hebat!

"Heh, lebih baik kau buang pistol tu sekarang!" desak Ridzwan sambil memacukan pistol kepada dia. Ridzwan semakin mendekat.

"Jangan harap! Kalau kau tembak aku, aku tak teragak-agak tembak mereka sekali!" ugutnya sambil memacu kan pistol nya tepat ke dahi mereka silih berganti.

Ridzwan menghentikan kakinya dari mendekatinya. Ridzwan mendengus geram.

Secara senyap-senyap Adriana mengendong Daffwa yang di dalam katil bayi itu. Mujur anak kecil ini sudah selamat dengannya.

"Aku kata letak! Letak pistol tu!" arah Ridzwan lagi. Ridzwan cuba untuk melangkah setapak.

Dush!

Dinding di hadapan ditembaknya lagi.

"Kau degil kan!" Tanpa berfikir panjang, Ridzwan pantas berlari ke hadapan untuk memerangkap nya. Mereka bernasib baik apabila polis tiba tepat pada masanya dan terus menangkap orang gila itu. Dia sudah menjadi tidak terkawal dan sekali gus menyebabkan pistol di tangannya terjatuh ke lantai.

"Arh! Lepaskan aku la, sial!" jeritnya meronta-ronta.

Lantas Adrian, Adriana dan Daniel membuka ikatan tali pada tangan mereka.

Dia yang perasan bahawa Harraz dan Delisya sudah bebas, terus meracau hebat sehingga tubuhnya tidak dapat dikawal oleh anggota polis.

Pistol di atas lantai itu pantas dirampas dan dihalakan tepat ke arah Harraz. Tidak dapat semua, seorang pun jadilah. Dia bersedia menekan pistol untuk melepaskan das. Dia tersenyum sinis, selamat tinggal Sir Harraz...

"Jangan!"

Dush!

Sincerely Love ✔️Where stories live. Discover now