"Tada! Raz bawakan bubur ayam special for my lovely mummy," kata Harraz sambil menghulurkan bungkusan bubur ayam itu kepada Datin Halimah.
"Awww! Thank you my dear, you are the best!" puji Datin Halimah kepada Harraz yang sudah kembang kempis.
"Eh by the way, mummy okay tak ni? Kenapa tiba-tiba rasa nak demam?" soal Harraz risau.
"Tak tahu la, badan mummy panas semacam tadi dengan selesema tapi alhamdulillah dah kurang sedikit," jawab Datin Halimah sambil tersenyum.
"Hm.. Mummy banyak sangat buat kerja kat rumah ni, tu la Raz dah kata nak bagi mummy seorang pembantu rumah untuk tolong mummy, tapi mummy tak nak." Harraz mengecilkan matanya memandang ibunya. Datin Halimah melepaskan tawa.
"Hah pandai la kamu! Tiada nya buat banyak kerja terus demam oi! Mummy okay je buat semua kerja kat rumah ni, buat apa nak ada pembantu rumah kalau mummy masih larat kan?" Datin Halimah berkeras.
Harraz menggeleng kepalanya.
"Raz risaukan mummy je, kita pun bukan tak mampu nak ada pembantu rumah untuk tolong mummy. Ikutkan hati, Raz tak nak pun mummy dan daddy bekerja, biarlah Raz yang tanggung mummy dan daddy sepenuhnya." Harraz menyusun kata.
Datin Halimah sebak. Sungguh dia bertuah dikurniakan seorang anak yang sangat bertanggungjawab.
"Mummy dengan daddy tak nak la bergantung seratus peratus dengan Raz, lagipun kita orang nak buat apa? Duduk-duduk goyang kaki kat rumah? Raz tahukan daddy Raz tu, mana boleh duduk diam kat dalam rumah. Ada je dia nak buat, kalau tak pergi office sekalipun mesti daddy akan menghadap laptop dia tu."
Harraz tertawa kecil. Faham betullah dia dengan ayahnya yang 'workaholic' itu.
"Okey la mummy, Raz nak masuk bilik bersihkan badan dulu. Dah melekit-lekit dah ni, mummy nak harum tak?" Harraz mendekati Datin Halimah yang sedang menyandar di katil. Datin Halimah menolak Harraz yang semakin dekat dengannya sambil mengangat ketiak.
"Eee! Bertuah punya anak, pergi mandi cepat! Mummy dah la selesema, kang makin tersumbat hidung mummy ni, memang siap la Raz mummy kerjakan," bebel Datin Halimah sambil menutup hidungnya.
Harraz menghamburkan tawa jahat sebelum terkedek-kedek keluar dari bilik. Mengusik Datin Halimah adalah salah satu hobinya, sehari tidak sah jika dia tidak menyakat wanita itu.
Datin Halimah menggeleng kepalanya, namun bibir tuanya mengukir senyuman.
🌸🌸🌸🌸🌸
"Thanks tau sebab teman aku hari ini atau lebih tepat sebab mengisi waktu kebosanan aku pada hari cuti yang sungguh sepi." Adriana tergelak kecil sambil melihat Delisya diluar pagar. Damia dan Dania sudah masuk ke dalam rumah.
Sedar tak sedar sudah hampir empat tahun mereka berkawan. Pada mulanya mereka merupakan kawan sekerja sahaja namun lama kelamaan persahabatan mereka menjadi lebih akrab walaupun jarak umur mereka berbeza lima tahun namun itu tidak menjadi masalah bagi mereka. Kisah hidup Delisya sangatlah menjadi inspirasi kepadanya kerana nasib yang ditimpa oleh sahabat baiknya itu sangatlah berat. Dia berasa kecewa dengan tindakan Puan Dahlia iaitu ibu Delisya yang tergamak menghina sehingga sanggup menghalau anak kandungnya keluar dari rumah. Adik kandung Delisya, Daniel Haiqal yang belajar di luar negara masih tidak tahu menahu dengan tindakan ibunya yang membuang kakak kesayangannya. Encik Danish pula, ayah kandung Delisya juga tidak percaya bahawa isterinya telahpun menghalau anak perempuannya setelah dia tiba di rumah. Puas dia memujuk Delisya untuk tinggal semula bersama mereka namun apakan daya Delisya tidak terdaya lagi. Dia tidak mahu dia dan anak-anaknya dicaci seperti anjing kurap tepi jalanan.
YOU ARE READING
Sincerely Love ✔️
RomanceDELISYA SOFHIA - Kisah seorang wanita yang telah mengalami kisah pahit kematian suami bukan sekali malah dua kali membuatkan dia trauma dengan cinta bahkan perkahwinan. Kehadiran dua cahaya matanya, Damia Batrisya dan Dania Basyirah sentiasa menjadi...