"Damia.. Jangan la fikir sangat pasal tu. Cuba kau luahkan kat aku apa yang mengusutkan minda kau sekarang ni. Aku sedia mendengar," kata Azyrah mengambil berat.
"Hm, aku tak tahu la. Aku terkilan dengan apa yang terjadi dengan keluarga aku. Kau tahu kan nenek aku tak habis-habis nak dera kita orang," ujar Damia sayu.
"Ya, tapi kau dah cuba beritahu ibu kau tak?"
"Dah! Mama aku tiba-tiba menjerit dan buat aku semakin cemas dengan perubahan mengejut mama. Kalau aku teruskan juga beritahu mama aku, nanti dia meraung semula macam mana?"
Azyrah ramengeluh perlahan. Susah, susah.
"Kau kena sabar sikit, ya? Kau doa dengan Allah banyak-banyak. Minta supaya satu hari nanti ibu kau akan percaya juga yang nenek kau tu sebenarnya punca sebenar masalah kau orang," pesan Azyrah tulus.
"Aamiin. Apa yang membuatkan aku lagi sedih, bila mama tuduh uncle Harraz bukan-bukan. Kalau tiada uncle Harraz, aku rasa aku dan Dania dah mati masa tu." Air mata Damia tumpas juga akhirnya.
"Ish, jangan la cakap macam tu. Tuhan itu maha adil Damia, nanti segala perbuatan yang nenek kau buat akan dihitung juga di akhirat nanti. Sekarang kau sebagai anak tak boleh nak lakukan apa-apa melainkan daripada doa. Aku sayang kau Damia, aku doakan semoga kederitaan yang kau hadapi sekarang akan berakhir satu hari nanti." Azyrah memberi semangat sambil memeluk bahu Damia erat. Air mata Damia juga disekanya.
Selama ini dia tidak boleh melakukan apa-apa untuk membantu Damia kerana sahabatnya itu sudah melarangnya daripada membocorkan rahsia mereka. Nak tak nak dia terpaksa akur.
"Ewah? Ada orang buat 'drama' la kat sini." Muncul seseorang yang baru sahaja menunjukkan mukanya dihadapan mereka.
"Kau sedih ke sebab ayah kau tak ada nak tolong kau orang sekeluarga. Sedih tiada kasih sayang seorang ayah? Hm? Kasihannya aku sama kau Damia. Malang sungguh hidup kau, ya." Suaranya kedengaran keras tetapi sinis.
Damia mengigit bibirnya kuat sehingga luka dibuatnya.
"Apa masalah kau orang ni, hah?! Aku tak faham, asyik nak sibuk tepi kain orang je!" Azyrah sudah panas. Nafasnya tercungap-cungap.
"Eh? Sekarang ni aku tak faham. Kau tu dah kenapa nak cari pasal dengan kita orang? Ada kita orang kacau kau ke? Stupid!" tengking Neena.
"Aku tanya kau orang balik, Damia ada cari pasal dengan kau orang?! Ada dia kacau kau orang? Ada tak? 猪! (Babi!)." Azyrah termaki dalam bahasa cina.
"Cukuplah Zyrah, Rissa, Neena." Damia membuka mulut untuk meleraikan mereka. Dia menunduk ke bawah tidak langsung mengangkat wajahnya. Nada suaranya yang menggeletar di kawal.
"Eyy kau dengar sini Azyrah! Masalah kita orang ialah budak ni! Kita orang benci dia! Dia berlagak! Acah baik je lebih selalu!" kutuk Clarissa masih belum berpuas hati.
"Woi! Dia acah baik ke, berlagak ke apa kes dengan kau orang? Berkurang ke beras dekat rumah tu? Kalau berkurang kau datang sini balik! Dia punya propa mengalahkan anak Dato Siti Nurhaliza! 去死啦你!! (Go to the hell!)," hinanya sekali lagi. Seronok sungguh dia mengutuk mereka yang langsung tidak memahami satu habuk maksud perkataan Azyrah. Siapa suruh mereka cari gaduh, kan?
"Ee kau tengok budak gedik ni Rissa! Memang sama dengan si Damia tu, minta puji!" caci Neena selamba.
"Enough! I said enough!" Bergema satu kelas dengan suara nyaring Damia sekali gus menghentikan perang mulut mereka. Kelas yang tadi bising seperti pasar ikan automatik senyap dan sunyi.
Clarissa dan Neena terkaku. Malu apabila mata-mata dalam kelas sudah memandang ke arah mereka berdua. Azyrah hanya diam. Membiarkan Damia untuk meluahkan perasaannya.
YOU ARE READING
Sincerely Love ✔️
RomantikDELISYA SOFHIA - Kisah seorang wanita yang telah mengalami kisah pahit kematian suami bukan sekali malah dua kali membuatkan dia trauma dengan cinta bahkan perkahwinan. Kehadiran dua cahaya matanya, Damia Batrisya dan Dania Basyirah sentiasa menjadi...