"Sayang, mama! Mama betul-betul minta maaf. Mama terlupa, mama..."
"Tak apa mama, Damia faham. Lagipun Cikgu Amira baik sangat sebab teman Damia dari tadi," pintas Damia tersenyum sambil melihat Cikgu Amira yang berada di sebelahnya.
"Terima kasih banyak cikgu sebab tolong temankan anak saya. Saya tahu saya salah, lepas ini hal macam ni tak akan berlaku lagi. Sebagai tanda terima kasih, ni saya bagi cikgu hadiah sikit," tutur Delisya lalu menghulurkan not RM 50 daripada dompetnya sebelum diberikan duit tersebut kepada Cikgu Amira.
"Eh! Tak pa tak pa, Puan simpan duit ni. Lagipun dah memang tugas saya sebagai seorang guru, kan?" tolak Cikgu Amira lembut. Cikgu Amira memakai baju kurung kebaya serta dipadankan dengan bawal berwarna merah terang. Terserlah keayuan wanita itu.
"Betul ni, cikgu?" Delisya bertanya.
Cikgu Amira mengangguk bersama senyuman.
"Kalau tiada apa-apa lagi saya minta diri dulu ya, Puan? Damia sayang. jaga diri baik-baik tau cikgu balik dulu," ucap Cikgu Amira lalu mengusap kepala Damia lembut. Damia membalas senyuman Cikgu Amira.
"Saya minta maaf sebab menyusahkan cikgu. Terima kasih lagi sekali. Cikgu careful, drive safe." Delisya menitip pesanan buat Cikgu Amira.
Bibir Cikgu Amira menyalit senyuman manis kepada Delisya sebelum berlalu pergi meninggalkan anak beranak itu.
"Damia, mama tahu yang mama tak patut tinggal Damia sorang. Mama janji tak buat lagi lepas ni. Pinky promise!" Delisya mengangkat jari kelingking nya dan terus menyatukan jari itu dengan jari kecil Damia sebagai tanda janji.
"Okay, mama! Damia tak marah pun, Damia tahu yang mama sibuk. Tapi, satu je mama." Damia memuncungkan bibirnya.
Delisya mengangkat kening kirinya.
"Damia lapar." Dia tersengih pula.
Delisya tergelak kecil. Dia mencuit hidung comel Damia.
"Disebabkan Damia tak marah mama, mama nak belanja Damia, ice cream!"
Ice cream malam-malam? No problem.
Bersinar terang mata Damia.
"Yay! Jom mama, jom!"
Delisya terus memimpin tangan Damia menuju ke kereta. Dia tidak mahu memikirkan apa yang berlaku petang tadi, sebaliknya masanya sekarang hanya untuk anaknya.
🌸🌸🌸🌸🌸
Adrian memandu kereta nya dengan perasaan yang bercampur baur. Dia seperti berada dalam dunianya sendiri, masih terkilan dengan penolakan cinta Delisya terhadapnya. Sedang asyik melayan perasaan, tiba-tiba dia terdengar bunyi dentuman.
Dum!
Lantaran itu, break ditekan dengan mengejut. Kereta yang dipandunya tidak la jauh sangat namun bunyi hentakan yang kuat itu sedikit sebanyak menghusarkan hatinya.
"Ya tuhan! Apa kau dah buat ni. Kau langgar kereta orang ke, Adrian?" Cemas betul Adrian tika itu. Bunyi ketukan cermin kereta mengejutkannya. Lantas dia membuka pintu dan melihat ke arah gerangan yang dilanggarnya tadi.
"Bro, are you okay? Kau dah langgar bonet kereta aku ni, boleh tahan teruk juga la calar dia," kata lelaki itu lalu melihat kesan calar pada bonet kereta miliknya.
YOU ARE READING
Sincerely Love ✔️
RomansaDELISYA SOFHIA - Kisah seorang wanita yang telah mengalami kisah pahit kematian suami bukan sekali malah dua kali membuatkan dia trauma dengan cinta bahkan perkahwinan. Kehadiran dua cahaya matanya, Damia Batrisya dan Dania Basyirah sentiasa menjadi...