꧁ SL 6 ꧂

181 67 24
                                    

"Delisya Sofhia!" sergah Adriana mengejut.

Pap!

"Auch! My face! How dare you!" tempelak Adriana sambil mengusap-usap pipinya yang jelas kemerahan. Delisya menekup mulutnya, tidak sangka dia sudah tertampat kawannya.

"Ops! I'm sorry but it's not my fault. Siapa suruh kau datang-datang tak bagi salam? Kau tahu kan aku kalau terkejut memang.. you know," jawab Delisya bersama muka tidak bersalahnya.

"Ele, dia sergah aku boleh! Kalau aku sergah dia, terus kena tampar," adu Adriana tidak puas hati. Dia terus bergerak ke tempat duduk nya bersama mulut yang dimuncungkan.

"Ini la namanya takdir untukmu, dear." Delisya menjelir lidah kepada Adriana di hadapannya.

"Takdir konon! Tuhan.. bisakah engkau menurunkan selipar dari langit untuk pukul Delisya? Aku tidak mahu memukulnya tapi aku mahu," bisik Adriana dalam nada indonnya. Delisya melihat Adriana yang berbisik-bisik itu.

"Nyah, kau nak apa tiba-tiba datang sergah aku buat kerja tadi?" soal Delisya sebelum menumpukan semula ke arah skrin komputer di hadapannya.

"Tak, aku ingat nak ajak kau balik sekali dengan aku harini."

"Asal lak?"

"Saja je alang-alang habis kerja aku nak belanja kau makan ice cream masa panas-panas terik macam ni, tapi aku dah tukar fikiran sejak kau tampar aku tadi. Kau balik la sendiri! Aku doakan kereta kau rosak dan terhenti ditepi jalan nanti!" Adriana melepaskan tawa jahatnya.

Delisya mengecilkan matanya. Kecik besar kecik aku perhatikan minah sorang ni.

"Amboi mulut, aku cili juga kang. Heh, aku tak hamak juga la dengan ice cream kau tu! " balas Delisya tidak jujur. Tekaknya sudah kering seperti mahu dibasahkan dengan aiskrim... Lebih-lebih lagi aiskrim vanilla, cair di dalam mulut.

Adriana mencebik. Tanpa menghiraukan Delisya, dia merampas fail di tepi meja nya.

🌸🌸🌸🌸🌸

"Urgh! Tak guna kau Adriana, kau sumpah-sumpah ke kereta aku sampai jadi macam ni!" bebel Delisya geram. Enjin kereta Axia kesayangannya tidak boleh hidup dengan tiba-tibanya. Jika kehabisan minyak, dia baru sahaja mengisi minyak pagi tadi. Semasa dia memandu keretanya keluar dari kawasan pejabat, tiada sebarang tanda-tanda pun yang diberikan oleh keretanya. Tiba-tiba sahaja keretanya boleh berhenti di tepi jalan. Memang masin betul mulut si Adriana ni.

"Apa nak buat ni? Call Adriana pun tak dapat! Haih, nak balas dendam agaknya. Tak apa, kau siap la nanti!" Delisya menendang perlahan keretanya. Peluh yang merinik di dahi dikesat, kan bagus kalau dapat makan aiskrim.. getus hatinya.

Delisya menggeleng kepala, tengah-tengah tepi jalan boleh pula dia terfikirkan aiskrim. Delisya kembali memerhatikan hood keretanya.

"Tak boleh hidup ke?"

Delisya terkesima. Suara itu...

Janganlah dia..

Janganlah dia..

Janganlah...

Delisya menelan air liur. Lelaki misteri ini muncul lagi.

"En..Encik?"

Dia tersenyum, manis.

"Mari saya tengok apa masalah kereta awak." Lelaki itu meminta ruang, Delisya bergerak ke tepi.

Sincerely Love ✔️Where stories live. Discover now