"Selepas ditolakkan dengan dua kita akan dapat.." Ayat Cikgu Amani tergantung. Dia bercekak pinggang tatkala melihat Damia yang termenung ke arah tingkap.
"Damia! Damia dengar tak apa yang cikgu terangkan ni?" suara Cikgu Amani bergema dalam kelas.
Damia terkulat-kulat. Azyrah menelan air liur.
"D....deng..dengar cikgu," jawab Damia sambil berdiri. Wajahnya ditundukkan.
Clasrissa dan Neena tersenyum sinis.
"Neena, kau tengok tu. Budak tiada bapa tu tak fokus dalam kelas. Memang padan la muka dia kena marah dengan cikgu," bisik Clarissa kepada Neena disebelahnya. Matanya masih terhala pada Damia yang dihadapan mereka.
"Betul tu. Jangan-jangan lepas ni Cikgu Amani dah tak suka dengan Damia tak?" soal Neena. Air muka perlahan-lahan bertukar ceria.
"Mungkin tapi kau jangan risau. Aku akan pastikan semua cikgu akan benci dekat Damia. Kita dua boleh jadi anak kesayangan cikgu dah lepas ni," bisik Clarissa lagi. Bibirnya tersenyum herot ke kiri.
"Best nya! Tak sia-sia aku kawan dengan kau!" Neena menjerit perlahan. Cukup hanya mereka sahaja yang mendengar.
Cikgu Amani mengeluh.
"Cikgu tak suka bila cikgu mengajar kau orang tak fokus. Minggu depan dah nak exam, kan? Kalau tak dengar apa yang cikgu terangkan kat depan macam mana nak jawab soalan nanti." Cikgu Amani memberi taklimat ringkas. Matanya bergerak pada semua pelajar dalam kelas itu. Dia mahu memberi peringatan kepada mereka.
Cikgu Amani menumpukan semula pandangannya kepada Damia yang masih menunduk.
"Damia, nanti lepas habis waktu cikgu nak kamu jumpa cikgu dekat bilik guru. Kamu boleh duduk."
Cikgu Amani berpaling semula ke arah papan putih. Damia terus duduk. Hatinya menjerit-jerit, itulah kau lain kali fokus! Kalau cikgu beritahu mama nanti, habislah. Damia menggaru pipi yang tidak gatal.
Azyrah yang perasan dengan kelakukan kawan baiknya, menepuk bahu Damia. Mulutnya bergerak 'it's okay'. Damia mengangguk sebelum melemparkan senyuman tipis.
"Cuba beritahu kat cikgu apa masalah Damia. Dah dua tuga hari kamj mcam ni. Risau juga cikgu." Cikgu Amani memujuk lembut.
"Eh... t..tak da apa la cikgu. S....saya okey j...je," bohong Damia gagap.
"Jangan tipu dengan cikgu, Damia. Cerita dengan cikgu apa yang membebankan kamu. Kalau tidak sampai bila kamu naj termenung je macam tadi? Keputusan peperiksaan kamu boleh merosot nanti," nasihat Cikgu Amani prihatin.
Damia sudah bermain dengan jari-jemarinya berura-ura untuk memberitahu perkara sebenar.
"Sebenarnya cikgu... saya...."
Cikgu Amani mengangkat kening, menantikan ayat yang akan terpancul dari bibir anak muridnya.
"Saya tak faham dengan apa yang cikgu ajar," tipu Damia lagi sekali. Damia menelan air liur yang terasa pahit. Minta maaf, cikgu.
Berubah riak wajah Cikgu Amani.
"Emm, sebab tu ke kamu selalu termenung? Kenapa tak bagitahu cikgu? Cikgu boleh ubah cara penerangan dan ajaran cikgu supaya kamu lebih faham." Air muka Cikgu Amani kelihatan seakan sedih. Damia dilanda bersalah.
"Eh, tak! Cikgu dah ajar yang terbaik. Mungkin saya yang lambat sikit nak tangkap. Tak apa cikgu, saya janji selepas ini saya akan lebih fokus masa dalam kelas cikgu," azam Damia.
Cikgu Amani mengangguk lambat. Walaupun pelik alasan yang diberi Damia kerana Damia merupakan pelajar yang sangat bijak dan cepat faham. Sukar untuk dia percaya bahawa Damia kini tidak seperti dulu.
YOU ARE READING
Sincerely Love ✔️
RomanceDELISYA SOFHIA - Kisah seorang wanita yang telah mengalami kisah pahit kematian suami bukan sekali malah dua kali membuatkan dia trauma dengan cinta bahkan perkahwinan. Kehadiran dua cahaya matanya, Damia Batrisya dan Dania Basyirah sentiasa menjadi...