꧁ SL 44 ꧂

107 20 25
                                    

Delisya sedang sibuk menyelesaikan rutin malamnya iaitu menyikat rambut selepas memakai skincare walaupun skin nya tidak pernah 'care'.

Semasa leka menyisir rambut, bunyi pintu dikuak kedengaran. Delisya tidak menoleh sebaliknya sudah tahu siapa gerangan itu.

Harraz yang masuk ke dalam bilik bersama mata yang agak sedikit sembab tiba-tiba berubah menjadi segar. Tidak berkelip dia melihat insan yang sedang menyikat rambut di hadapan cermin. Terlalu sukar untuk dipercaya bahawa ini adalah isterinya. Wajah Delisya automatik berubah apabila tidak mengenakan tudung, dengan rambutnya yang hitam pekat sehingga ke paras pinggang bersama tubuhnya yang lengkap memakai baju tidur pyjamas  amat memukau sepasang mata lelakinya.

Delisya menghembus nafas tatkala perasan gerangan yang masuk ke dalam itu sedang berdiri tidak berkutik. Terkena kejutan budaya nampaknya.

"Dah kenapa, tak pernah tengok orang ke?" sindir Delisya sambil masih menyikat rambutnya yang agak sedikit kusut di bahagian bawah.

Dilihatnya Harraz masih diam tidak berkelip melalui pantulan bebayang pada cermin seolah-olah suaminya itu telah sampai ke alam lain.

"Hey awak ni kenapa?" Delisya memusingkan badannya menghadap Harraz. Sikat yang digenggamnya tadi sudah selamat terletak di atas meja bilik tidur Harraz. Kagum dia melihat dekorasi bilik Harraz yang sangat 'aesthetic' itu. Kelabu dan putih warnanya.

"Yayang? Masya-Allah, cantiknya." Masih dalam keadaan separa sedar Harraz berkata. Sepanjang perkenalannya bersama Delisya tidak pernah sekali pun wanita itu memperlihatkan auratnya. Kagum dengan isterinya yang pandai menjaga auratnya daripada pandangan ajnabi.

Delisya menahan senyum. Butterfly!

"Ah.. abang tak payah nak mengada!"

Harraz berkerut.

"Ayang panggil apa tadi? Ulang lagi sekali..." suara Harraz meleret. Setapak demi setapak dia mendekati gadis yang baru dia nikahi.

Delisya menelan air liur. Pandangan Harraz... menggoda!

"C..cakap.. apa? Eh.. m..mana ada." Delisya sedaya upaya menahan gugup.

Harraz tersenyum nakal.

Mata Delisya meliar sana-sini bagi memikirkan idea untuk melepaskan diri dari suaminya.

"Erh..Eh! Isya nak jumpa Damia dan Dania sekejap. Mesti mereka tak tidur lagi. Jadi.. Isya pergi dulu ya?" pinta Delisya tersengih.

Harraz tersenyum herot. Pandai cari alasan ek? Lantas dia mencapai tangan Delisya.

"Tak payah.. mereka dah tidur. Abang ada borak dengan mereka tadi lepastu mereka dah masuk bilik tidur, mengantuk katanya," ujar Harraz menghalang Delisya dari pergi.

Delisya mengangguk faham. Perlahan-lahan Delisya meleraikan pegangan tangan Harraz pada pergelangan tangannya. Kemudian dia menuju ke arah katil yang bersaiz queen itu.

"Eh, yang.. dah nak tidur ke?" Harraz menyoal.

Delisya mengetap bibir. Aduh, aduh.. dia tak nak lepas aku ke, macam mana?

"H..haah. K..kenapa? A..abang tak nak tidur ke?" Delisya masih gagap.

Harraz menahan tawa. Kalut sungguh isteriku.

"Tak nak." Wajah setenang air kolah dia tayang.

"Okey." Delisya memaling semula wajahnya. Dah dia tak nak tidur? Aku tidurlah..

"Yang!" Tiba-tiba Harraz sudah berada di belakang Delisya yang sedang menuju ke katil. Delisya tergamam.

Harraz memegang bahu Delisya lalu dipusing menghadapnya.

Sincerely Love ✔️Where stories live. Discover now