꧁ SL 38 ꧂

97 28 27
                                    

"Mummy! Daddy!" jerit Harraz seraya turun dari tangga dan terus menuju ke arah Datin Halimah dan Dato Harris di ruang tamu.

"Eyy budak ni! Nasib mummy tak tercekik tau!" bebel Datin Halimah kemudian dia menyambung semula menghirup air teh. Hrupppppp.... Ah!

Harraz tersengih busuk.

"Sebenarnya Raz nak sampaikan satu berita untuk mummy dan daddy," maklumnya sambil memicit perlahan bahu Datin Halimah.

"Eh, berita gembira ke berita sedih?" soal Datin Halimah lalu meletakkan cawan yang dipegangnya ke atas meja kaca.

Harraz menghalakan matanya pada Dato Harris yang sedang tekun membaca surat khabar tanpa memperdulikan mereka anak beranak.

"Daddy!" Dia menaikkan suaranya seoktaf membuatkan Dato Harris mengangkat wajah.

"Okay, okay. I'm listening." Dato Harris membuka spek mata lalu meletakkan surat khabar tersebut di atas sofa bersebelahan dengannya.

Harraz berdehem seketika. Jantungnya berdegup kencang. Aduh, nervous pula!

"Raz.... nak... kahwin." Dia menayang sengih.

Terbuka seluas luasnya dua pasang mata mereka. Biar betik anak teruna mereka berkata begitu?

"Kamu ni demam ke? Eh jangan pula sebab mummy, Raz pergi pancing mana-mana perempuan kahwin kontrak. Mummy tak nak!" Datin Halimah melemparkan wajah garang.

"Eh, mummy ni. Itulah Raz dah pesan jangan banyak tengok drama TV3 tu, kan dah terpengaruh. Asal kena paksa kahwin je buat kahwin kontrak oh please! Cliche." Harraz mengulingkan mata keatas.

"Kalau macam tu, macam mana pula Raz tiba-tiba ada calon dalam sekelip mata?"

"Siapa cakap Raz ada calon dalam sekelip mata?"

"Oh.. jadi maknanya selama ni Raz ada girlfriend ya? Sampai hati tak bagitahu daddy dan mummy," sampuk Dato Harris.

"Bukan tak nak beritahu, tapi Raz tak confirm lagi masa tu. Tapi sekarang... Raz betul-betul nak kahwin." tekad Harraz.

"Alhamdulillah akhirnya setelah 31 tahun, hati anak mummy ni terbuka juga untuk 'perempuan'," ejek Datin Halimah mempunyai maksud tersirat.

Harraz mengerut kening seperti faham maksud mummy-nya. Datin Halimah menahan tawa melihat wajah Harraz yang masam.

"Mummy nak kata Raz..." Harraz menyatukan jari telunjuk kiri dan kanannya.

Datin Halimah melepaskan tawa diikuti Dato Harris. Makin kuat gelaknya melihat Harraz yang sudah memuncungkan bibir.

"Raz straight tau!"

"Mummy bukan apa, dah Raz tu tak pernah tunjuk minat Raz dekat perempuan. Jadi mana la tahu Raz kot kot ada taste lain."

"Raz bukan apa mummy, daddy. Raz dah lama fikir nak berkahwin dengan pilihan hati Raz ni selepas permintaan terakhir arwah pada Raz." Nada suara Harraz bertukar perlahan.

Kedua-dua mereka terdiam. Mereka mengangguk faham.

"Raz pasti dengan pilihan Raz. Raz patut berterima kasih pada arwah, kalaulah arwah masih ada dengan Raz sekarang," luah Harraz lagi.

Mereka masing-masing memilih untuk diam. Sebak mengenangkan kembali memori lama.

Dato Harris berdehem perlahan.

"Dah la tu, yang lepas biarkan berlalu. Daddy sangat berbangga dapat anak macam Raz, dan daddy terima dengan hati yang terbuka untuk bakal menantu daddy. Jadi bila Raz nak bawa bakal menantu kami tu datang rumah?" Dato Harris mengalih topik.

Sincerely Love ✔️Where stories live. Discover now