"Assalamualaikum! Ibu, ayah! Kakak!" jerit Daniel setelah melangkah masuk ke dalam rumah.
"Waalaikumus.... Eh! Bertuah punya budak balik tak bagitahu!" Puan Dahlia yang keluar dari dapur itu meluru ke arah anak keduanya yang sedang tersengih.
"Saja nak buat kejutan." Daniel tersenyum sampai ke telinga.
"Nasib ibu ada kat rumah, kalau ibu keluar tadi macam mana?" Puan Dahlia menayangkan wajah garangnya.
"Ala, ibu ada je kan? Mana ayah, ibu?" Daniel bertanya sebelum menyalami tangan ibunya.
"Kat mana lagi, kat pejabat dia la." Puan Dahlia mengucup dahi Daniel. Rindu dia dengan anak bongsunya ini.
Daniel mengangguk.
"Kakak? Oh, ada kat atas ek? Daniel jumpa kakak dulu." Daniel memgorak langkah menuju ke tangga.
"Kakak kamu tiada," jawab Puan Dahlia dingin.
"Tiada? Akak pergi mana? Ala, baru ingat nak suprise dia." Daniel memuncungkan bibir.
"Ibu dah halau kakak kamu keluar dari rumah ni," balas Puan Dahlia acuh tak acuh.
"Hah? Halau?" Daniel terkejut beruk.
Tiada jawapan.
"Ibu halau kakak? Kenapa? Ibu?" Daniel mencapai tangan ibunya. Puan Dahlia memandang ke arah lain.
"Daniel nak cari kakak." Daniel terus merampas kunci kereta dan bergerak ke pintu.
"Daniel! Tak payah cari perempuan tu la!" teriak Puan Dahlia. Namun, kelibat Daniel sudah hilang dari pandangan matanya.
"Huh, perempuan tu kalau tak menyusahkan keluarga aku, tak sah! Anak aku balik pun tercari- cari kau," tempelak Puan Dahlia. Dia mendengus geram.
🌸🌸🌸🌸🌸
"Kakak!" sapa Daniel teruja.
"Daniel! Lama benar kakak tak dengar khabar Daniel, apa citer?" Delisya membalas.
Daniel tersengih.
"Daniel lately ni busy sikit. You know, assigment berlambak.. Daniel call pun saja nak minta location tempat tinggal akak, boleh tak?" tanya Daniel.
Delisya mengerut kening.
"Dah kenapa pula nak location kakak? Entah-entah Daniel dah lupa dah pun jalan-jalan dekat Malaysia ni," ujar Delisya tersenyum.
"Daniel nak tahu akak dekat mana. Selamat ke tak? Okey ke tak, sebab... Daniel dah tahu yang kakak tak tinggal dengan ibu dan ayah."
Delisya terkedu.
"Hm... Okey, nanti kakak bagi." Delisya akur tanpa bertanya lebih.
Daniel tersenyum senang.
"Thanks akak. Okey la Daniel nak sambung study dulu. Bye!" Daniel mematikan talian. Daniel menahan tawa kerana telah menipu kakaknya hidup-hidup.
"Asheminggu ashekali kau datang padaku membawa cintaa.. Amboi, amboi enak amboi amboi, enak." Daniel bergelek-gelek.
Sedang asyik menyanyikan lagu Mas Idayu dengan rancaknya.....
Ting!
Terhenti tubuhnya berdangdut. Laju Daniel membuka aplikasi WhatsApp lalu tersenyum lebar apabila melihat location yang diberi kakaknya itu.
"Kakak.. I'm coming!"
🌸🌸🌸🌸🌸
"Ting! Tong! Ting! Tong!"
YOU ARE READING
Sincerely Love ✔️
RomanceDELISYA SOFHIA - Kisah seorang wanita yang telah mengalami kisah pahit kematian suami bukan sekali malah dua kali membuatkan dia trauma dengan cinta bahkan perkahwinan. Kehadiran dua cahaya matanya, Damia Batrisya dan Dania Basyirah sentiasa menjadi...