꧁ SL 61 ꧂

60 10 16
                                    

"Isya? Kau kenapa ni? Termenung je dari tadi, kau ada masalah ke?" soal Adriana prihatin sambil menuju ke kerusi pejabat yang Delisya duduk.

"Hah? Eh, aku okey je la," jawab Delisya tenang.

"Ye ke okey? Kau cerita la kat aku apa yang membebankan kepala kau tu. Mana tahu bebanan yang kau hadap tu aku boleh tolong selesaikan?" cadang Adriana sebelum meletakkan tangan kanannya di atas kerusi Delisya.

Delisya memilih untuk diam. Otak berfikir sama ada mahu beritahu Adriana mengenai isu Adrian dan Harraz atau tidak.

"Erh... T..tiada la. Mana ada beban...a..aku okey je." Delisya senyum terpaksa. Dia rasa sekarang bukan masa yang sesuai untuk Adriana tahu mengenai hal ini. Lagipun dia belum ada bukti yang kukuh untuk diceritakan kepada Adriana. Dia takut sekiranya apa yang diberitahunya akan menjadi tuduhan atau fitnah pula, lagi-lagi itu adalah bosnya sendiri.

"Kau ni kecil besar kecil besar je aku tengok. Kau kalau ada apa-apa hal bagitahu aku tau, kita kan best friend for life." Adriana tersenyum sumbing. Mata juga terkelip-kelip.

Delisya mengerling Adriana di sebelahnya. Minah ni dah buang tabiat ke apa?

"Kau ni datang-datang tanya aku okey ke tak, apa masalah aku la... Kau nak apa sebenarnya." Delisya meletakkan jari telunjuknya di dagu bersama muka yang curiga.

Kelihatan Adriana tersipu-sipu malu. Eh macam tahu-tahu la makcik ni.

"Aku sebenarnya kan..."

"Delisya," panggil seseorang dari belakang Delisya.

Adrian menggerakkan matanya melihat gerangan di hadapannya yang sedang berdiri sama sepertinya. Delisya memusingkan kepala ke belalang sebelum dia pun turut sama berdiri.

"Bos," sahut Delisya.

"Boleh saya nak cakap dengan awak sekejap?" Lembut nada digunakan Adrian.

"B..boleh..bos." Delisya akur. Air liur terasa kelat.

Tanpa membuang masa, Adrian terus meluruh masuk ke dalam bilik nya. Delisya yang seakan-akan faham lantas membetulkan sedikit tudung dan baju kurung yang dipakainya.

"Dah kenapa bos tu?" soal Adriana sambil menjenguk-jenguk bilik Adrian.

"Lah kau ni sibuk betul mengalahkan makcik bawang rangers ek? Dah pergi buat kerja sana, shu shu." Selamba Delisya menghalau. Sejurus itu dia berlalu pergi meninggalkan Adriana bersendirian.

Adriana hanya menjeling geram sebelum melangkah semula ke tempat duduknya.

Tok tok tok.

"Come in," pelawa Adrian dari dalam.

"Ya bos, ada apa yang boleh saya bantu?" tanya Delisya perlahan setelah masuk ke dalam.

Adrian menggerakkan matanya ke kerusi di hadapannya. Delisya terpinga-pinga.

"Dia suruh aku duduk sini ke? Atau dia termenung kat kerusi tu?" kata hati Delisya. Tanpa dia sedar tangannya naik menggaru pipi yang tidak gatal.

"Delisya, awak boleh duduk. Kenapa? Awak takut ke kalau saya nak apa-apa kan awak kat sini?" Kata-kata yang biasa tetapi mempunyai maksud yang tersirat.

Delisya terkejut dengan ayat yang dilontarkan bosnya. Cepat-cepat dia menarik kerusi lalu melabuhkan punggung di situ. Lain yang aku fikir lain yang dia cakap, haih susah macam ni. Sempat Delisya mengomel dalam hatinya.

"Hm... Saya tahu yang Harraz dah bagitahu semua dengan awak yang kononnya saya la punca pada setiap masalah rumah tangga kau orang, kan?"

Delisya hanya menundukkan wajahnya. Angguk pun tidak geleng pun tidak.

Sincerely Love ✔️Where stories live. Discover now