"Bestnya Damia! Tak sangka sekarang kau dah dapat papa baru, kan?" ucap Clarissa teruja.
"Betul! Untung nya kau. Ada mama penyayang , papa gentlemen!" tambah Nyna pula.
"Hehehe, thank you. Aku pun tak sangka aku dah ada papa baru. Alhamdulillah aku bersyukur sangat." Senyuman gembira ditayang Damia.
"Kau bila nak bawa kita orang jumpa papa kau? Ala nak juga kita orang kenal-kenal," kata Clarissa.
"Haah, boleh la Damia. Mana tahu kita orang boleh menumpang kasih sayang daripada papa kau, kan?" Sayu sahaja suara Nyna.
"Aww mestilah boleh. Kau orang kan kawan aku! Nanti bila-bila masa kalau kau orang free, jemputlah datang rumah aku. Aku boleh kenalkan kau orang dengan papa," cadang Damia.
"Wah! Betul ke ni Damia? Baiknya kau dengan kita orang walaupun kita orang selalu hina-hina mama kau selama ini." Clarissa menundukkan wajahnya.
"Kita orang minta maaf sangat tau Damia. Memang kita orang jahat sebab pergi maki-maki kau dulu sedangkan kau ni sebenarnya baik sangat," kesal Nyna.
"Tak apa la tu. Benda dah lepas beberapa bulan yang lalu dah pun. Past is past. Kau orang kena bersyukur tau sebab kau orang dah sedar dengan perbuatan kau orang tu. Yang penting sekarang ni kita dah jadi kawan semula!" Damia mendepangkan kedua-dua tangannya untuk menantikan Clarissa masuk kedalam pelukannya. Mereka pun terus mendakap tubuh kecil Damia. Terharu mereka kerana mempunyai kawan sebaik Damia.
Azyra yang kebetulan ingin mengambil buku latihannya di atas meja terjeda. Terjeda memandang Damia, Clarissa dan Nyna yang sedang berpelukan mesra. Ya, dia telah pun mengetahui bahawa hubungan diantara mereka sudah pulih. Dia juga turut menumpang gembira di atas berita tersebut, tapi hatinya terasa lain melihat Clarissa dan Nyna yang terlalu akrab dengan Damia. Bukan sekali dia perasan, malah sudah lebih daripada tiga kali cuma dia hanya abaikan sahaja pandangan negatif terhadap rakan-rakannya itu. Husnudzon katanya.
Namun kali ini terlalu menyentakkan hatinya. Perubahan drastik Damia juga dapat dirasakan di mana Damia, Clarissa dan Nyna sering bersama-sama sehingga kadang-kadang Azyra akan ditinggalkan bersendirian. Tidak tahulah Damia perasan atau tidak.
Azyra menggeleng kepalanya. Cuba untuk beriak biasa sahaja. Dia pun kemudian mengorak langkah ke arah rakan-rakannya itu.
"Hey, seronoknya sembang. Sembang apa tu?" sampuk Azyra tersengih.
"Hai Zy! Tak adalah, sembang kosong je. Eh, kau dari mana ni? Kau pergi mana tadi?" tanya Damia.
Soalan yang diajukan kawan baiknya itu membuatkan hatinya retak. Rupanya Damia tidak mengambil serius pun dengan apa yang dikatakannya beberapa minit yang lalu.
"Wey Damia, aku kena hantar buku latihan matematik ni dekat bilik Cikgu Yusra," beritahu Azyra.
"Oh, okey." Damia mengangguk.
"Teman la aku, jom?" ajak Azyra mengharap.
"Erh.. aku kena siapkan kerja sains ni, kan nak kena hantar pukul dua nanti, tak lama je lagi. Erm.. kau pergi sendiri boleh?" tolak Damia teragak-agak.
"Hm.. tak apa la macam tu. Aku pergi dulu la." Azyra bangun dari tempat duduknya dan mula bergerak tetapi suara Damia menghentikannya.
"Kejap, tolong aku hantarkan sekali borang ni dekat Cikgu Amani, boleh kan?" pinta Damia sambil menghulurkan borang kepada Azyra.
"Okay, no problem." Borang itu bertukar tangan.
YOU ARE READING
Sincerely Love ✔️
Roman d'amourDELISYA SOFHIA - Kisah seorang wanita yang telah mengalami kisah pahit kematian suami bukan sekali malah dua kali membuatkan dia trauma dengan cinta bahkan perkahwinan. Kehadiran dua cahaya matanya, Damia Batrisya dan Dania Basyirah sentiasa menjadi...